Bayi Suka Goyang & Hentak Kepala Tanda Autisme? Parents, Tolong Alert

Bayi kerap geleng dan goyang kepala sememangnya sesuatu yang membimbangkan ibu bapa. Tetapi adakah ianya sesuatu yang berbahaya ataupun tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risau bila anak anda asyik-asyik goyang dan hentak-hentak kepala? Walaupun anda dah suruh anak berhenti mereka masih lagi nak goyang kepala.

Untuk ibu bapa yang melihat anak mereka berkeadaan begini, mesti anda rasa terkejut pada mulanya apabila anak dah mula goyang kepala.

Perkara pertama yang anda fikirkan mestilah adakah perkara ini normal untuk bayi? Atau ini hanya permulaan kepada sesuatu masalah yang lebih serius?

Apa yang anda perlu tahu

Gelengan kepala dalam kalangan bayi sebenarnya adalah merupakan salah satu daripada tahap perkembangan bayi. Bayi boleh menggerakkan kepalanya ke arah bunyi yang didengarnya seawal umur 2 bulan. Apabila mereka menjangkau umur setahun dan ke bawah, anak anda sudah boleh mula menggelengkan kepalanya.

Apabila anak anda menggelengkan kepalanya, ia sebenarnya penting kerana ia menunjukkan perkembangan refleks dan motor anak anda.

5 sebab kenapa anak anda goyang kepala

#1 Komunikasi

Bayi sudah mula memahami perkataan sebelum mereka boleh bercakap. Jadi, anak anda boleh memahami apa yang diperkatakan kepada mereka seawal 6 bulan hinggalah anak anda berusia setahun.

Punca kenapa anak anda geleng atau goyang kepala adalah anak anda ingin menzahirkan emosinya. Anak anda mungkin menggelengkan kepala untuk menunjukkan bahawa dia tidak mahu sesuatu atau sekiranya anak anda berasa marah ataupun kecewa bila tidak dapat apa yang anak anda mahukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Belajar benda baru

Bayi menguasai kemahiran baru apabila mereka sentiasa melatih diri mereka untuk mempelajarinya. Apabila anak anda mendapati bahawa dia boleh menggerakkan kepalanya, sudah pasti anak anda akan cuba bereksperimen. 

Pada permulaan bayi yang baru sahaja belajar menggerakkan kepala mereka, mereka akan cuba menggerakkannya sedikit demi sedikit dan kemudian akan mula boleh menggelengkan kepala mereka ke kiri dan ke kanan. Ini merupakan pencapaian yang besar bagi mereka.

Walaupun pada mulanya keadaan ini nampak menakutkan kerana bayi akan sentiasa mencuba benda baru, tetapi ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Ini merupakan tingkah laku yang normal untuk bayi yang sedang membesar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Bermain

Bayi juga akan menggerakkan kepala mereka sewaktu bermain. Kebiasaannya ini akan berlaku sewaktu mereka dalam bulan pertama. Apabila anak anda bermain, anda juga boleh memerhatikan bahawa ada kalanya si kecil akan menggelengkan kepalanya dengan kerap apabila anak anda berasa teruja ataupun gembira.

Semakin anak anda membesar, anak anda akan cuba meniru tingkah laku serta pergerakan kanak-kanak yang berada di rumah. Malah, anak anda akan cuba menggunakan pergerakan tangan dan kepala untuk menirunya.

#4 Menenangkan diri

Dalam keadaan sekiranya bayi berasa tidak tenang, gelisah ataupun berada dalam keadaan tidak selesa, bayi kebiasaannya akan menggelengkan kepala sebagai satu cara untuk menenangkan diri.

Bagi bayi yang ingin menenangkan diri, perkara ini dianggap sesuatu yang biasa dan dilihat sebagai sesuatu yang tidak merbahaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Mendengar bunyi

Anda perasan tak bila ada bunyi sahaja anak anda terus mencari-cari bunyi tersebut?

Apabila terdapat situasi orang bercakap, kepala bayi akan bergerak ke kiri dan ke kanan untuk mengenal pasti pemilik suara. Ia menunjukkan bahawa bayi berasa alert dengan setiap bunyi.

Tetapi, kalau tiada bunyi dalam bilik, anak anda tidak akan menggerakkan kepalanya 

Bayi geleng kepala tanda anak autism?

Geleng kepala dalam kalangan bayi adalah sesuatu yang biasa dilihat tetapi sekiranya bayi anda menggelengkan kepala berulang kali dan wujud beberapa tanda yang anda tidak biasa lihat. Ia mungkin bermakna bahawa anak anda mengalami autism.

Berikut adalah tanda-tanda yang dialami anak yang mengalami autism.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kurang interaksi sosial

Bayi yang kurang interaksi dengan penjaga atau ibu bapa malah adik beradik, tidak memandang sewaktu dipanggil, tidak menunjukkan minat kepada sesuatu perkara dan juga senyum boleh menjadi tanda autism dan harus diperiksa secepat mungkin.

  • Tidak boleh menguasai kemahiran penting

Bayi yang menghidapi autism menunjukkan kesukaran untuk memahami bahasa  dan menguasai bahasa. Kebiasaannya berlaku pada umur 9 hingga 12 bulan yang mana bayi tidak boleh membuat eye contact dengan orang lain.

  • Tidak boleh berkomunikasi

Bayi akan cuba berkomunikasi dengan anda dengan menggunakan suara ataupun pergerakan badan. Tetapi, tidak dapat menggunakan sebarang gerakan untuk berkomunikasi dan menzahirkan perasaan mereka.

  • Pergerakan berulang-ulang

Sekiranya bayi sentiasa membuat pergerakan berulang-ulang tanpa henti ataupun menunjukkan kelakuan aneh tanpa mempelajari apa-apa. Itu mungkin adalah tanda autism.

  • Menhantukkan kepala

Bayi anda menghantukkan kepala ke dinding dengan kerap tanpa perasaan takut dan kelihatan seperti ingin mencedarakan diri sendiri? Ini adalah sesuatu yang perlu anda bimbangi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sila hubungi doktor atau rujuk pakar segera sekiranya anak anda mengalami satu atau lebih tanda-tanda ini.

Selain autism, terdapat sebab lain dalam perubatan yang menyebabkan anak anda sering menggelengkan kepala.

  • Jangkitan dalam telinga
  • Epilepsi
  • Gangguan neorologikal

Sumber: Medicalnewstoday

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara-Cara Mengendali Kecederaan Kepala Bayi Baru Lahir, Wajib Tahu

Penulis

Nina Osman