Pengalaman Sinematik Untuk Seisi Keluarga Di GSC KL East Mall Yang Baharu Dilancarkan

GSC KL East Mall menawarkan sesuatu kepada semua keluarga dengan sejumlah 8 dewan, termasuk lokasi IMAX GSC yang keempat dan PlayPark ketiga di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kuala Lumpur, 2 Julai 2024 – Golden Screen Cinemas (GSC) telah melancarkan pawagam terbaharunya di GSC KL East Mall yang terletak secara strategik di utara Kuala Lumpur. Pelancaran pawagam ini menjadikan lokasi pawagam GSC yang ke-53 secara keseluruhan serta merupakan sebahagian daripada rangka tindakan strategik organisasi tersebut.

GSC KL East Mall menawarkan sesuatu kepada semua keluarga dengan sejumlah 8 dewan, termasuk lokasi IMAX GSC yang keempat dan PlayPark ketiga di Malaysia.

Bagi penggemar filem, terutamanya keluarga dan golongan muda yang meminati filem aksi dan animasi (dengan tayangan filem ‘Despicable Me 4’ yang ditunggu-tunggu akan tiba tidak lama lagi) kini boleh menghayati sendiri pengembaraan sinematik di GSC KL East Mall.

“Kami mengakui terdapat perubahan besar dalam pemilihan pengguna terhadap hiburan daripada sekadar filem ke penawaran pengembaraan hiburan yang menyeluruh.  Pelancaran GSC KL East Mall mengukuhkan lagi komitmen kami dalam membawakan pengalaman hiburan pada masa hadapan ke hari ini, yang juga merupakan sebahagian daripada rangka tindakan strategik kami.

Ini diteguhkan lagi dengan pelancaran Aurum Theatre, The Exchange TRX baru-baru ini dan pembukaan Velvet Cinemas by GSC pada tahun lepas, menawarkan pengalaman yang unik kepada semua,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

IMAX yang pertama di kawasan anda (Utara KL)

Tonton filem aksi kegemaran anda di dewan IMAX yang pertama di Utara KL. Menampilkan IMAX yang termaju dengan skrin Laser lengkap dengan 12 saluran bunyi, ruang ini merupakan dewan IMAX terbesar di kawasan ini dengan 255 tempat duduk.

Dewan IMAX dengan Laser menawarkan pengalaman yang menakjubkan, membawakan pengalaman sinematik yang tiada tandingan kepada penggemar filem, amat sesuai bagi animasi berwarna-warni seperti Despicable Me 4 (4 Julai) dan banyak lagi filem yang akan datang ke pawagam IMAX. Dengan pelbagai pengalaman sensori yang dipertingkatkan, penggemar filem akan menikmati pengembaraan menonton filem yang menyeronokkan dan mengagumkan dengan tawaran terbaharu GSC ini.

Kepada ibu bapa, GSC PlayPark ialah penyelamat anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buntu antara menonton wayang atau bemain? Mengapa tidak lakukan kedua-duanya sekali? Kini, keluarga dengan anak kecil boleh menikmati masa bermain yang menyeronokkan di GSC KL East Mall, PlayPark GSC yang ketiga di Malaysia.

Ibu bapa kini boleh menonton filem dengan senang hati dalam ruang yang selamat ini bersama anak mereka, lengkap dengan ruang permainan dan kemudahan bersebelahan tempat bermain, sudut membaca, tandas kanak-kanak, bilik menyusu dan bilik persalinan bayi.

Taman permainan di dalam dewan tayangan ini direka untuk melengkapkan pengalaman menonton filem sambil bermain bersama anak anda! Jom rancang masa untuk menonton filem sekeluarga di GSC PlayPark untuk filem-filem mesra keluarga yang akan datang, antaranya ‘Inside Out 2’ dan ‘Despicable Me 4’ (4 Julai).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hadiah eksklusif untuk ahli GSC Reward!

Sempena pembukaan GSC KL East, ahli GSC Rewards boleh menebus satu (1) tiket filem 2D hanya dengan 1,000 GSC coins dan jika mereka membeli dua (2) tiket filem secara atas talian, ahli-ahli layak untuk mendapat satu (1) baucar popcorn bersaiz besar mulai 1 Julai hingga 15 Julai 2024.

Promosi pembukaan pawagam kami diteruskan pada bulan Ogos dengan potongan RM5 kombo popcorn bersaiz sederhana apabila mereka membeli dua (2) tiket filem secara eksklusif di GSC KL East! Tunggu apa lagi?

Kunjungi pawagam terbaharu kami di GSC KL East bersama seisi keluarga hari ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan