Jangan LASAK Sangat Di Awal Kehamilan, Kim Kardashian Juga Hampir Keguguran Di Trimester Satu

Selebriti terkenal Antarabangsa Kim Kardashian berkongsi kisah yang hampir keguguran semasa hamil bayi pertamanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang tidak bersedih bila gugur anak di awal kehamilan terutama bila sudah lama anda mengidam mahukan seorang cahaya mata supaya dapat menyinari dalam rumah tangga.

Oleh sebab itu, bintang selebriti terkenal di Hollywood ini iaitu Kim Kardashian telah mendedahkan yang dia mengalami keguguran semasa kehamilan pertamanya.

Bintang Keeping Up With The Kardashians ini muncul di Podcast lalu berkongsi kisah komplikasi kesihatannya yang dialami semasa mengandungkan anak pertamanya yang lalu.

Bercakap tentang kehamilan sulungnya, Kardashian mengatakan dia menderita sakit teruk hingga berlakunya pendarahan. Disebabkan itulah dia mengalami keguguran.

Selepas itu, Kardashian diminta mencuci rahimnya supaya dapat membersihkan sisa-sisa keguguran itu.

Gugur anak, Doktor dapati kandungan Kim Kardashian tiada degupan jantung

Ibu daripada empat orang anak ini mengatakan bahawa doktor memberitahunya tiada degupan jantung yang ditemui semasa melakukan pemeriksaan kehamilan lalu doktor memberitahu dia mengalami keguguran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun keesokannya, dia kembali berjumpa doktor tapi apa yang berlaku mengejutkan kerana doktor dapati degupan jantung si kecil dalam rahimnya kembali muncul.

“Ya Tuhan, Saya sungguh gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk bergelar ibu” – katanya.

Walaubagaimanapun, selebriti ini tetap mengalami beberapa keadaan iaitu menderita preeklampsia dan masalah plasenta.

Preeklampsia adalah satu keadaan di mana menganggu bekalan darah antara ibu dan bayi melalui plasenta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sementara placenta accrete pula merupakaan keadaan apabila uri ibu tertanam terlalu dalam ke dinding rahim.

” Namun, semua ini dilalui saya dengan baik meskipun ia merupakan kehamilan yang sangat teruk.

” Malah, saya juga perlu bersalin enam minggu awal sebelum due date,” katanya.

Menurutnya lagi, banyak kes kematian bayi dari dalam kandungan kerana berpunca daripada masalah palasenta ini hingga membuatkan bayi tidak dapat bertahan lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hampir setahun tunggu kehamilan kedua

Hampir setahun juga Kim Kardashian menunggu untuk hamil yang seterusnya di mana dia menggunakan embrio yang pernah disimpannya.

Malah, dia juga mengalami keadaan yang sama seperti mana kehamilan pertama dahulu.

Menggunakan khidmat ibu tumpang atau surrogate

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itu juga, Kim Kardasian bertindak menggunakan khidmat dua wanita sebagai ibu tumpangan untuk melahirkan dua anak bongsunya.

” Kini saya sudah masuk ke umur 40 tahun. Jadi saya tak mahu bergelar ibu dalam usia yang tua.  Jadi bagi saya, empat anak sudah mecukupi dan ini masanya untuk memberi perhatian kepada mereka,” akhirinya.

Kadar degupan jantung bayi

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengesahkan kehamilan ibu seperti Urine Pregnancy Test (UPT), Imbasan Scan Pelvis, Ultrasound dan lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imbasan scan ini boleh dilakukan paling awal semasa minggu kelima atau keenam kehamilan.

Menurut Dr Tasha, ibu boleh menjadualkan diri untuk melakukan imbasan scan semasa minggu ke 6 kehamilan selain memastikan pundi kencing penuh supaya scan boleh dilakukan.

Pada minggu ini, selalunya ibu boleh melihat kantung kecil di dalam rahim. Sementara ukuran bayi akan diberikan dalam bentuk Crown Rump Length (CRL).

Dengan CRL ini dapat memberikan tarikh due date of delivery.

Sekiranya bayi kelihatan besar, kemungkinan jantungnya dapat dilihat dan didengari.

Kalau doktor terlupa, minta salinan imbasan scan daripada doktor untuk rujukan di masa hadapan.

Degupan jantung bayi di usia 6 minggu kehamilan

Jantung bayi bermula berdegup semasa tiga minggu selepas persenyawaan. Akan tetapi, degupan jantung bayi selalunya dapat didengari semasa enam minggu kehamilan.

Pada minggu keenam kadar degupan jantungnya sebanyak 100-120 denyutan seminit. Seterusnya akan meningkat setelah masuk ke 2-3 minggu kemudiannya.

Selepas itu, masuk ke minggu 9 dan 10, degupan jantung meningkat kepada 170 seminit.

Tapi, denyutan ini kemudian akan menurun perlahan-lahan pada minggu seterusnya.

Manakala pada minggu ke 14 degupan jantungnya akan berdegup 150 denyutan seminit.

Walaubagaimanapun, jantung bayi akan dipantau sepanjang waktu kehamilan, purata kadar denyutan bayi yang normal ialah 110 – 160 denyutan seminit.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Independent.co.uk

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combayi-mati