Sampainya Hati, Pasangan Bunuh Janin Usia 28 Minggu & Sorok Mayat Dalam Rak Kasut

Sampainya hati sanggup gugurkan kandungan walaupun janin itu sudah mempunyai degupan jantung

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tahniah, anda hamil dua bulan! Inilah perkataan yang cukup ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri apabila mendapat tahu bahawa diri bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Lantas dengan itu, ibu akan menjaga kehamilan dengan sehabis baik terutama semasa di trimester pertama kerana sebarang kemungkinan buruk boleh berlaku tanpa kita sedari.

Namun begitu, berbeza dengan pasangan ini yang bernama Kalina VE Gillium dan Braden C. Mull yang tidak mahu bertanggungjawab di mahkamah apabila mendapati membunuh janin mereka dan diletakkan dalam rak kasut.

Menurut laporan yang ditulis oleh WCMH, wanita berkenaan iaitu Gillium telah mengambil sejenis ubat yang diberi nama Misoprostol yang dibeli dari India bagi bunuh janin dalam kandungannya.

Walaubagaimanapun, kes pasangan ini telah dihidu kemudiannya dituduh membunuh janin dan menyembuyikannya dalam rak kasut.

Menurut sumber, semasa itu Gillium berada di fasa Trimester ketiga iaitu kira-kira 28 atau 29 minggu kehamilan. Malah tarikh bersalin juga telah diketahui iaitu pada 19 September tahun lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Difahamkan, ubat yang diambil itu menyebabkan berlakunya kontraksi awal hingga berlakunya keguguran janin secara paksaan.

Gugur bayi – terdapat bungkusan hitam berisi janin

Selepas mendapat tahu kejadian ini, pihak polis mencari kondominium pasangan ini lalu mendapati ada bungkusan beg plastik sampah yang diisi janin yang sudah tidak bernyawa.

Dengan bukti yang ada adalah sangat cukup untuk mendakwa pasangan ini terlibat untuk membunuh janin dalam kandungan dan bekerjasama membeli ubat tersebut.

Setiap seorang daripada mereka menghadapi pertuduhan pembunuhan kanak-kanak sehingga boleh digantung pada $150,000 ikat jamin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa itu ubat gugur bayi Misoprostol?

Kebanyakan ubat ini digunakan bagi preskripsi sakit abdomen ulcers dan pendarahan. Malah ia juga boleh digunakan untuk prosedur pengguguran kimia.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggap misoprostol cara pengguguran saintifik yang selamat dan cekap di mana-mana umur janin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah, adalah satu jenayah untuk membeli misoprostol melalui internet bagi tujuan menggugurkan janin.

Oleh itu, undang-undang telah menetapkan bahawa ubat tersebut harus dibekalkan kepada pusat kesihatan atau institusi perubatan dan bukan lagi farmasi.

Di Ohio, menetapkan perundangan ketat di bawah Akta Perlindungan Hak Asasi Manusia dengan menghalang pengguguran selepas detak jantung janin dikesan yang biasanya berlaku di minggu keenam kehamilan.

Risiko gugur bayi dalam kandungan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Dr. Maiza Tusimin, Ketua Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM berkata ada beberapa risiko yang boleh berlaku kepada wanita iaitu:

-Menggunakan pil cuci noda melebihi 12 minggu akan mengalami kesan yang memudaratkan seperti koyakan yang teruk pada kawasan rahim dan embolism air ketuban.

-Selain itu, penggunaan tanpa pengawasan daripada doktor akan menyebabkan pendarahan yang sangat teruk dari rahim koyak hingga boleh mengakibatkan kematian.

-Sekiranya kandungan tersebut adalah untuk ektopik atau luar rahim dan bukan dalam rahim. Lantas ia menyeababkan pendarahan yang lebih teruk dan boleh membawa maut.

Berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hukum menggugurkan kandungan mangsa yang dirogol adalah seperti di bawah:

-HARAM gugurkan kandungan yang telah berumur 120 hari kerana ia dianggap satu jenayah membunuh atas janin yang telah ditiupkan roh tapi kecuali pengguguran untuk selamatkan nyawa ibu yang mungkin akan terancam jika meneruskan kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

-Mengugurkan janin sebelum berumur 120 hari adalah harus jika didapati janin tersebut memiliki penyakit yang teruk atau cacat yang boleh mendatangkan risiko pada ibu.

Walaubagaimanapun, sebarang keputusan yang dibuat adalah tertakluk kepada penilaian doktor perubatan sahaja dan bukan keputusan daripada diri sendiri. 

Sekiranya doktor mendapati kandunggan itu membahayakan nyawa ibu, maka prosedur pengguguran akan dilakukan di hospital dengan pemantauan yang lebih terperinci.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Newsparliament

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commenggugurkan-janin