Banyak sangat kes yang membabitkan guru rotan pelajar. Adakah ia tindakan yang adil, wajar dan bijak untuk mengajar pelajar supaya lebih berdisiplin?
Memetik petikan ucapan dari bekas Menteri Pendidikan pada tahun 2017, Datuk Seri Mahdzir Khalid, beliau berkata guru boleh memberi kaunseling kepada murid atau pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
Namun, persoalannya keberkesanan kaedah itu masih boleh dipertikaikan.
Katanya, adalah tidak adil sekiranya masyarakat dan ibu bapa memandang negatif terhadap para guru yang menggunakan kaedah tersebut bagi mengawal kes salah laku dalam kalangan pelajar dan membentuk disiplin.
Namun begitu, adakah wajar dek terlalu marah dan mahu disiplin murid dibentuk, seorang guru rotan pelajar hingga merah dan berbirat di kaki?
Inilah yang terjadi pada seorang murid. Akibat terkejut dan tak berpuas hati, bapa murid tersebut berkongsi gambar dan meluahkan perasaan kecewa dan marah di atas tindakan guru rotan pelajar (anaknya sendiri).
Ikuti luahan bapa ini…
Guru rotan pelajar: Bapa kesal dan kecewa
Luah mati mak, telan mati bapak. Itulah pepatah Melayu kata. Tapi aku tak tahu bagaimana untuk mulakan cerita yang terjadi pada diri ini.
Hari ini 22 Mei 2018, jam 1.30 petang, anak aku pulang dari sekolah dan memberitahu yang dia dirotan oleh guru disiplin. Lantas ia membuatkan anak aku tidak larat berpuasa.
“Papa… Isaac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu. Cikgu suruh Isaac beritahu papa yang cikgu rotan Isaac. Kalau tak beritahu papa, esok cikgu rotan lagi.”
Itulah perkataan pertama bila anak aku sampai di rumah. Mulanya, aku anggap itu mungkin denda sebab kenakalannya dan tak perasan apa yang terjadi.
Guru rotan pelajar: Anak tunjuk kesan rotan
Tiba-tiba, anak aku datang menghampiri dan menunjukkan bekas dan kawasan yang dirotan. Itupun, anak aku telah sapu sendiri dengan minyak gamat!
Apa yang aku saksikan depan mata membuatkan hati ini hancur dan berderai air mata bila aku nampak betis anak aku hampir terkoyak di rotan cikgu disiplin itu.
Ya, anak aku mungkin nakal sedikit tetapi umurnya baru saja 7 tahun. Sungguh kecam cikgu perlakukan sebegini!
Guru rotan pelajar: Sekolah elak beri penjelasan
Jika saudara dan saudari yang ada anak, adakah anda sanggup perlakukan anak sebegini? Apa yang menyedihkan lagi, pihak sekolah tidak membantu atau beri kerjasama bila pihak aku telefon meminta penjelasan.
Malah mereka mengelak dan beri pelbagai alasan.
Sedangkan anak aku baru saja 7 tahun bukannya 17 tahun! Adalah tak logik cikgu rotan sampai macam ini sekali!
Guru rotan pelajar: Bapa buat laporan polis
Aku sudah buat laporan polis. Biar pihak polis saja yang uruskan semua. Laporan perubatan Hospital Ampang juga telah dibuat.
Aku tidak berdendam tapi geram tetap geram kerana aku pun ada perasaan. Bahkan, aku tahu cikgu pun ada keluarga dan tidak kejam untuk penjarakan cikgu.
Tapi cikgu, kalau buat kerja biar guna otak jangan ikut hawa nafsu saja. Tapi ini permulaan, ingatan buat cikgu Sean Isaac Sharwane, nama anak aku.
***
Aduh, kasihan. Walau apa pun yang terjadi, kami di theAsianparent berharap agar kes guru rotan pelajar ini dapat diselesaikan dengan cara baik hendaknya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Lebai Kay Khairil Sharwane
Foto: Sinar Harian
Baca juga:
https://my.theasianparent.comanak-kecil-dirotan-ibu-bapanya-sehingga-meninggal-dunia