Habbatusawda, adakah ia selamat untuk wanita hamil?

Malah kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan habbatusawda asli dari tumbuhan dengan dos yang serdahana dapat memberi manfaat kepada janin jika diamalkan oleh wanita bermula dari sebelum dan semasa hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nigella sativa L., black seed atau juga dikenali sebagai habbatusawda memang terkenal dengan kebaikan terhadap kesihatan. Namun, adakah ia juga bermanfaat buat ibu hamil? Ikuti perkongsian ringkas berikut untuk info lanjut.

Imej dari diamondherb

Apa itu habbatusawda?

Imej dari library.islamweb

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Habbatusawda ialah sejenis biji benih yang diperoleh dari pokok Nigella sativa itu sendiri. Ianya sering kali dikaitkan dengan kesihatan sejak beribu-ribu tahun yang dulu lagi. Ramai pakar kesihatan mengatakan yang habbatusawda dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit serta membantu mengekalkan badan yang sihat.

Kelebihan habbatusawda

Menurut sejarah, habbatusawda telah digunakan untuk merawat penyakit atau jangkitan seperti parasit, konjuvitis, nanah, sakit mata atau telinga. Sekarang, habbatusawda diperluaskan dalam membantu merawat sakit perut, pendarahan, asma dan alergi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu kajian yang telah diterbitkan mendapati habbatusawda tinggi dengan bahan kimia semula jadi yang dikenali sebagai thymoquinone, thymohydroquinone and thymol.

  • thymoquinone Merupakan salah satu bahan aktif di dalam habbatusawda, sejak dari tahun 1960an lagi para penyelidik telah mula mengkaji mengenai thymoquinone. Ia sangat dikenali kerana sifat anti oksida, anti radang dan anti kanser yang dikatakan dapat membantu dengan penyakit seperti encefalomyeletis, diabetis, asma dan karsinogenesis. Thymoquinone juga bertindak sebagai radikal bebas yang mengawet enzim antioksidan glutathione peroxidase dan glutathione S-tranferase.  Glutathione peroxidase dan glutathione S-tranferase adalah komponen utama dalam membantu sistem pertahanan kerana mereka membantu hati dari toxin.
  • thymohydroquinone : Hampir seperti thymoquinone, ia merupakan inhibitor acetylcholinesterase (AChE) semula jadi yang amat kuat. Inhibitor AChE ialah bahan kimia yang menghentikan aktiviti enzim, lalu menyebabkan durasi masa yang lebih untuk neurotransmitter acetylecholine untuk kekal aktif di dalam otak. Memberi kesan yang sama seperti ubat farmasi yang digunakan untuk penyakit seperti Alzheimer, Dementia, Autisme, Skizophernia dan Galucoma.
  • thymol : Thymol ialah monoterpene semula jadi yang memberi banyak manfaat seperti;
    • digunakan di dalam tuberculocide dan virucides untuk membunuh TB dan pelbagai virus.
    • digunakan sebagai pembasmi medikal dan umum.
    • sebagai perasa makanan, pewangi, pencuci mulut  dan kosmetik.

Imej dari greenmedinfo

Habbatusawda dan kehamilan

Habbatusawda mempunyai manfaat yang banyak dan baik untuk membekalkan nutrisi yang baik untuk wanita hamil. Namun, dos yang diambil haruslah tidak berlebihan. Antara khasiat habbatusawda untuk wanita hamil ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Meningkatkan imunisasi badan. Habbatussauda mengandungi antioksidan yang tinggi jadi dapat mengurangkan radikal bebas yang menjadi punca kepada banyak penyakit dan juga yang boleh menyebabkan kecacatan pada janin.
  2. Sifat anti kuman, anti radang dan anti kanser pada Habbatussauda dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan buat wanita hamil sertamembasmi kuman dan virus penyebab penyakit.
  3. Dengan kandungan yang tinggi dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral di dalamnya, Habbatussauda mampu membekalkan nutrisi  sihat yang diperlukankan oleh janin.

Malah kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan habbatusawda asli dari tumbuhan dengan dos yang serdahana dapat memberi manfaat kepada janin jika diamalkan oleh wanita bermula dari sebelum dan semasa hamil.

Sumber: Draxe

Penulis

Aqma