Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku-Tunjukkan Tanda Terima Kasih Anda Dengan 7 Hadiah Ini

Tarikh 10 Mei diraikan setiap tahun sempena hari ibu. Selain memohon doa yang baik, anda sebagai ayah dan suami juga boleh memberikan hadiah istimewa ini!

Pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anak tidak dapat dibalas dengan wang. Selain mengirimkan doa untuk hari ibu, anda sebagai suami atau anak juga boleh memberikan hadiah buat ibu seikhlas hati sebagai tanda dirinya sangat berharga.

Tidak dinafikan bagi seorang lelaki, anda dilanda kebuntuan dalam memilih hadiah yang disukai oleh wanita kesayangan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan item kecantikan dari atas kepala sehingga ke hujung kaki. Bukan itu sahaja, perbezaan ‘selera’ lelaki dan perempuan juga tidak sama.

Sebagai anak pastinya anda ingin memberikan terbaik buat isteri atau ibu, kan? Kami mencadangkan hadiahkan sahaja batik sebagai simbol kewanitaan. Namun, anda juga boleh semak beberapa hadiah lain untuk menambat hati wanita tersayang di sini.