Raikan Insan Bergelar Ibu Dengan 7 Hadiah Istimewa Ini, Pasti Buatnya Tersenyum Gembira

Tengah merancang nak beli hadiah Hari Ibu? Apa kata anda semak dari Photobook Malaysia ini, semuanya menarik dan boleh memikat hati ibu semasa hari tersebut yang bakal berlangsung tak lama lagi!

Menyebut nama ibu, tentu kita akan membayangkan wajah seorang wanita yang melahirkan dan membesarkan kita. Apatah lagi, dialah insan yang sentiasa menyokong apa saja keinginan anaknya.

Jadi, bagi meraikan mereka pada 10 May ini sempena sambutan Hari Ibu, apa kata anda dapatkan hadiah hari ibu di Photobook Malaysia yang menjanjikan hadiah yang cukup menarik lantas mampu membuatkan hidup ibu bertambah ceria dan gembira.

Di Photobook Malaysia, segalanya bakal diraikan menjadi satu kenangan yang cukup indah bagi seseorang dengan menyediakan platform atas talian bersama pilihan Buku Foto dan Album Foto.

Bahkan, dengan pelbagai ukuran buku, kertas, sampul dan aksesori yang tersedia di mana ia dapat memberikan inspirasi serta kreativiti anda bersama Photobook Malaysia secara atas talian yang mudah digunakan.

Selain buku gambar, Photobook Malaysia turut menawarkan cetakan peribadi yang terbaik seperti cetakan kanvas, kad, alat tulis, kalendar dan lain-lain.

Dengan kenangan yang dicetak ini mampu membuatkan anda mengingati semula momen indah tersebut yang tidak hanya pada foto sahaja tapi juga aksesori lain yang boleh anda ingati.

Download aplikasi Photobook Malaysia

Kini, segalanya di hujung jari anda, di mana anda boleh buat album foto dengan menggunakan aplikasi Photobook Malaysia 

Berikut cara-caranya:

1) Membuat pilihan negara terlebih dahulu.
2) Kemudiannya, buat pilihan saiz untuk buku album anda.
3) Setelah itu, ambil gambar pilihan anda dari simpanan kamera atau di sosial media.
4) Anda boleh pilih gambar sebanyak yang mungkin secara minima 21 keping gambar atau paling banyak 195 muka surat.
5) Setelah itu, buat pilihan layout yang anda inginkan. Gambar anda akan disesuaikan secara automatik.
6) Seusai semuanya selesai, anda boleh beri Tajuk pada buku gambar tersebut.
7) Pilih jenis kertas. Kemudian tambah buku tersebut dalam Cart.
8) Boleh masukkan “voucher code" jika ada.
9) Sekarang anda sudah boleh “check out" dan buku foto anda sedia untuk dihantar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia