Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan perintah kawalan pergerakan dilanjutkan untuk fasa ke-4 sehingga 12 Mei ini, seluruh rakyat diminta bertenang menjalani ibadah puasa seperti biasa tanpa pulang ke kampung.
Bagi memeriahkan suasana Ramadhan ini, kami di theAsianparent telah menyediakan pelbagai tawaran menarik sepanjang 30 hari berpuasa dan pastinya ia sangat berguna buat para ibu! Antaranya ialah:
#1. Histopoint
Anda perlukan barangan ibu dan bayi dari jenama premium antarabangsa? Histopoint adalah satu-satunya pengedar eksklusif beroperasi lebih 30 tahun yang memasarkan barangan bayi berkualiti tinggi di Malaysia, Singapura dan Brunei. Jadi, ibu ayah tidak perlu lagi menempah tiket penerbangan untuk ke sana!
#2. Telekung De Humaira
Walaupun tidak dapat menunaikan solat tarawih di masjid, jangan risau kerana anda dan keluarga masih berpeluang untuk melakukannya di rumah! Telekung De Humaira dan Delayla menggunakan kualiti terbaik mampu membuatkan anda lebih selesa dan tidak panas. Pastinya anda menjadikannya pilihan pertama ketika ingin menunaikan ibadah.
#3. D’Fluer
Siapa sahaja tidak suka akan material kapas yang menjamin keselesaan 100% kepada pengguna? Dengan telekung keluaran Dfleur ini anda tidak perlu risau menunaikan ibadah dalam jangka masa lama kerana ia mampu mengelakkan rasa panas atau berpeluh.
#4. The Manja Co
Di samping melalui perjalanan sepanjang bulan Ramadhan ini, ibu ayah pastinya memerlukan barang kelengkapan bayi yang terbaik. The Manja Co membekalkan pelbagai keperluan si manja dengan kualiti tinggi dan dicipta harga yang mampu milik. Justeru, senanglah anda nanti kerana tidak perlu berdepan ragam anak akibat rasa tidak selesa ketika di rumah!
#5. Lacte Malaysia
Lacte adalah jenama tempatan dan menjadi kebanggaan Malaysia. Ia adalah pakar dalam menghasilkan produk membantu proses penyusuan susu ibu menjadi mudah. Selain memperkasakan susu badan adalah yang terbaik untuk anak-anak, Lacte telah mengeluarkan variasi breastpump.
#6. Handmade Heroes
Anda adalah pencinta produk penjagaan kulit berasaskan bahan semula jadi? Handmade Heroes mencipta khas produk bebas daripada bahan pengawet, paraben, vegan dan kekejaman terhadap haiwan. Justeru, kekalkan kesihatan kulit wajah dengan jenama ini kerana ia mampu meningkatkan keserian sepanjang bulan Ramadhan ini dan pastinya anda tampil lebih menawan ketika Hari Raya Aidilfitri nanti!
#7. In c studio
Hadiah yang diterima menggunakan kotak yang cukup eksklusif mampu membuatkan anda berasa lebih bahagia dan dihargai. In c studio amat menekankan senyuman pada wajah si penerima melalui item kualiti terbaik, jaminan barangan praktikal, berfungsi dan direka sangat cantik.
#8. Tanamera
Dalam bahasa melayu, ia bermaksud Bumi Merah. Tanamera telah mencipta produk menggunakan bahan mentah dari tanah yang kaya dengan hutan hujan tropika. Produk unik ini diformulasi secara semula jadi untuk keselamatan anda dan keluarga. Ia dibangunkan melalui inspirasi daripada rawatan tradisional Asia yang dilengkapi dengan pelbagai ramuan.
#9. Turkishbazaarmy
Alami budaya Turki yang meriah melalui pilihan barangan import dan asli dari Turkishbazaarmy. Ia menyediakan pelbagai lampu mozek Turki, produk reka bentuk Ottoman, permaidani, seramik yang dilukis dengan tangan, barang tembaga, buah-buahan deli, kacang-kacangan dan rempah-rempah, set kopi serta teh. Cipta kelainan Ramadhan dan Aidilfitri anda dengan barangan mewah ini.
#10. Ardora Natural
Ardora Natural adalah produk semula jadi organik untuk menjadi Produk Semula Jadi Organik yang Paling Disukai di Asia. Kekalkan kesihatan rambut si manja anda menggunakan produk dari jenama ini!
#11. 59S
Inginkan perlindungan optimum dari sebarang serangan penyakit untuk diri dan seluruh ahli keluarga? 59S menyediakan kaedah pembasmian kuman dengan cepat, mudah alih dan mesra alam menggunakan teknologi LED UVC. Ia berupaya meningkatkan tahap kebersihan seharian dan bebas kimia.
#12. Lexin Leia
Menawarkan pelbagai aksesori wanita yang dibawa khas dari negara Turki. Koleksi Lexin Leia begitu menarik pasti mampu meningkatkan nilai kewanitaan anda, justeru rebut peluang ini untuk memilikinya secara percuma dan bolehlah para ibu bergaya ketika hari raya nanti!
#13. Pikalula
Sebilangan besar kasut bayi yang terdapat dalam pasaran adalah jenis tapak kaki keras dan ini pastinya tidak baik buat mereka. Keadaan kaki si manja lembut memerlukan mereka kasut lembut untuk menyokong perkembangan secara normal. Justeru, Pikalula mencipta sarung kaki buatan tangan menggunakan material premium dan sangat comel!
#14. Poplook
Anda memerlukan gaya pakaian yang menerapkan aspek kesopanan, berkualiti, pilihan pelbagai dengan harga mampu milik? Jenama fesyen moden No.1 Malaysia, Poplook menawarkan lebih daripada 1 500 pilihan reka bentuk dari saiz XS sehinggalah 4XL.
#15. Lunavie
Memandangkan tempoh kawalan pergerakan memberikan kesukaran untuk anda keluar mendapatkan keperluan bayi yang bakal lahir dan persiapan menghadapi proses bersalin, Lunavie sedia menawarkan variasi produk dengan keperluan peribadi. Setiap keluaran dicipta dengan teliti mengikut keselesaan, kebersihan dan bahan yang selamat!
#16. Blouse.Sya
Meskipun cuaca di Malaysia agak panas, pastikan anda mengenakan pakaian yang selesa berasaskan kain kapas keluaran Blouse.Sya sepanjang masa! Ia menawarkan pelbagai pilihan mengikut perubahan fesyen semasa sama ada pakaian formal atau tidak formal.
#17. Mommoremilk
Tidak semua ibu memiliki bekalan susu badan yang banyak dan mencukupi. Mommoremilk memahami masalah anda dengan mengeluarkan pelbagai jenis pencuci mulut laktasi berkualiti tinggi dan buatan sendiri.
Bahan-bahan yang digunakan adalah semula jadi, berkualiti tinggi dan menyihatkan. Dengan pengambilan bersesuaian, ia mampu meningkatkan jumlah susu ibu!
#18. Umma
Jenama pakaian wanita moden, sederhana dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat, Umma menjanjikan anda tampil dengan selesa, bergaya, harga mampu milik tanpa menjejaskan kesopanan sebagai wanita muslimah. Pakaian yang cantik mampu meningkatkan tahap keyakinan anda untuk mengharungi perjalanan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan ini!
#19. Bebebundo
Kasut bayi Crafting Leather sejak 2016, Bebebundo kini membawa hampir 40 reka bentuk kasut bayi dan menghasilkan pakaian berkualiti untuk keperluan si manja. Pastinya sambutan Aidilfitri ini mampu menonjolkan gaya comel anak-anak dengan pelbagai corak kasut yang cukup menarik!
#20. Tema
Tema adalah jenama Malaysia yang mempunyai visi untuk membawa seni atau budaya Malaysia ke dunia melalui produk eksklusif bagi memenuhi keperluan setiap generasi.
Tampil berbeza ketika Aidilfitri ini dengan set kaftan kurung dengan gabungan Melayu moden dan tradisional. Ia dilengkapi dengan beberapa warna dan diperbuat daripada bahan kapas selesa.
#21. Tropika
Anda memerlukan produk penjagaan kulit bayi yang semulajadi menggunakan ramuan kelapa matang berkualiti tinggi? Tropika mencipta rangkaian produk istimewa dengan penggunaan minyak kelapa dara (VCO) bagi memberikan keselesaan kepada si manja anda sebagai terapi badan, pelembap kulit dan makanan tambahan.
#22. Joylee
Pastinya ibu ayah ingin membesarkan anak-anak dengan mudah, kan? Jenama yang dipercayai ramai, Joylee menjanjikan perjalanan setiap hari si manja anda dipenuhi dengan senyuman gembira. Pengalaman ini sekaligus membantu para ibu untuk melalui setiap kenangan menggembirakan meskipun berdepan pelbagai cabaran!
#23. Glamortiz Cosmetics
Glamoritz Cosmetics diformulasikan sepenuhnya di Perancis dan dibuat di Malaysia. Dengan berpegang kepada slogan ‘Be Glam, Wear Glamoritz’, Glamortiz Cosmetics merangkumi produk kosmetik, wangian dan profesional yang berkualiti dengan harga berpatutan.
#24. Sometime by Asian designers
Anda mengimpikan beg tangan mewah dan eksklusif dengan perincian teliti? Pakar pengeluar beg dan aksesori, Sometime By Asian Designer menawarkan reka bentuk beberapa jenama paling terkenal di seluruh dunia yang melibatkan separa buatan tangan. Ia adalah untuk memastikan perincian dan kualiti pada tahap akhir setiap produk yang dikeluarkan memuaskan hati pengguna.
#25. Mamaway
Menjadi seorang ibu bukanlah suatu perkara yang mudah. Mamaway memahami kesukaran ini dengan menawarkan fesyen bersalin, penyusuan dan bayi yang bergaya untuk keperluan harian. Setiap ciptaan produk direka untuk memudahkan wanita seluruh dunia kelihatan bergaya semasa mengandung dan menyusu bayi.
Terma dan syarat penyertaan
Pemberian hadiah ini akan diumumkan dalam story media sosial theAsianparent Malaysia. Bagi yang belum memuat turun aplikasi kami, anda disarankan untuk melakukannya.
#1. Pemberian Ramadan ini dianjurkan oleh theAsianparent Malaysia dari 24 April hingga 23 Mei 2020.
#2. Peraduan ini hanya terbuka untuk semua warganegara Malaysia kecuali pekerja theAsianparent Malaysia, keluarga terdekat atau agensinya (termasuk pengiklanan, media, pengurusan acara dan perhubungan awam).
#3. Seorang pemenang layak menerima satu hadiah. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel dan akan diumumkan dalam aplikasi theAsianparent Malaysia.
#4. Penganjur boleh mengikut budi bicara mutlak, mengisytiharkan sebarang penyertaan tidak sah sekiranya pemenang gagal mengemukakan maklumat diri yang betul.
#5. Keputusan penilai adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
#6. Hadiah tidak boleh ditukar atau ditebus dengan wang tunai, kredit atau hadiah lain. Hadiah juga tidak dapat dikembalikan dan dipindah milik.
#7. Penganjur berhak menggunakan nama atau gambar pemenang untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan publisiti tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada pemenang. Anda juga tidak berhak menuntut hak milik atau lain-lain bentuk pampasan atas penggunaan tersebut.
#8. Penganjur berhak mengubah atau menambah Terma dan Syarat Peraduan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu pada bila-bila masa.
#9. Dengan mengambil bahagian dalam giveaway ini, para peserta dianggap bersetuju terikat dengan Terma dan Syarat dan keputusan pihak penganjur.
#10. Disebabkan oleh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pemenang mungkin menerima proses penghantaran hadiah yang agak lewat.
#11. Semua gambar hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.combazar-ramadhan