Ada tak di kalangan anda sekarang sedang pening memikirkan hadiah untuk suami? Ya, memilih hadiah memang sangat mengelirukan dan sebenarnya sangat susah! Sebelum membeli hadiah, lebih baik anda siasat dulu tentang minat dan pilihan suami supaya tak tersalah pilih pula.
Apa kata anda tengok minat si suami, contohnya jika dia suka bermain muzik, anda boleh membelikan gitar. Jika dia suka menonton bola sepak, anda boleh mendapatkan jersi pasukan pilihannya.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cadangan hadiah untuk suami
- Mengapa cadangan ini paling sesuai untuk mereka?
15 cadangan hadiah untuk suami yang menarik dan istimewa
Masih bingung juga? Jangan khuatir, anda boleh terus bertanyakan kepadanya, tidak salah melakukan itu ya! Jika anda masih keliru nak mendapatkan hadiah untuk suami, jangan risau, kami ada sediakan pilihan untuk anda.
Jom tengok idea hadiah yang menarik untuk lelaki ini!
#1. Kasut sukan
Jika suami anda gemar bersukan, apa kata anda berikan kasut sukan yang sudah lama diminatinya atau survey kasut kasut terbaharu di pasaran.
Pastikan anda memilih kasut dengan warna kegemaran suami dan jenis minatnya ya!
#2. Mesin pembuat kopi
Ada lelaki yang gemarkan kopi, malah setiap harinya pasti tidak ketinggalan minum kopi. Jika suami suka minum kopi, anda boleh memberikannya mesin pembuat kopi manual.
Dengan memberikan hadiah ini, suami anda pasti senang kerana dapat menikmati kopi segar hanya dari rumah. Mana tahu, bila dia buat minuman kegemarannya ini akan teringat anda pula, hihi.
#3. Kaca mata hitam
Kaca mata hitam juga antara hadiah anniversary untuk suami yang paling digemari. Ia merupakan kombinasi sempurna antara retro dan moden. Pasti suami akan kelihatan bergaya!
Suami anda tentu sukakannya, malah dia boleh membawa ke mana-mana sahaja.
#4. Sneakers
Bagi suami yang gemar berpenampilan sederhana dan suka memakai sneakers, ini merupakan pilihan tepat. Pastinya suami akan kerap memakai sneakers kerana dia sering berpakaian kasual bukan?
Malah sneakers sesuai dipakai dengan kebanyakkan pakaian lelaki.
#5. Jam tangan
Bagi isteri yang mempunyai suami yang sering mengejar masa, malah sering terlambat, jam tangan merupakan pilihan terbaik baginya.
Dengan memakai jam tangan setiap hari, siapa tahu suami boleh mengatasi sikap buruknya itu.
#6. Hadiah untuk lelaki-minyak wangi
Agar anda sentiasa selesa di sisi suami, berikan minyak wangi sebagai hadiah. Minyak wangi juga boleh menambahkan keyakinan si suami. Tidak hairanlah ia menjadi hadiah untuk lelaki yang paling ramai diberikan oleh kebanyakan isteri.
#7. Jaket
Jika suami anda seorang yang gemar bergaya makan jaket kulit, jeans model terbaharu pastinya merupakan pilhan terbaik.
Suami mana yang tidak gembira apabila isteri berikan barangan yang mereka suka, termasuklah jaket bergaya khas untuk suami yang fashionable.
#8. Gel rambut
Jika suami obses memiliki rambut yang berhaya, anda boleh memberikan gel rambut sebagai hadiah. Gel rambut dapat membantu suami menata gaya sehingga mendapatkan hasil yang diharapkannya.
Selain itu, gel rambut boleh membuatkan rambut suami nampak berkilau, sekaligus dapat menaikkan keyakinannya.
#9. Set pencukur
Bukan wanta sahaja yang memerlukan penjagaan diri, lelaki juga perlukannya. Ini merupakan pilihan yang bagus buat suami yang bermisai atau berjambang!
#10. Tali leher
Tali leher palihan tepat bagi suami yang bekerja di pejabat. Pastinya pilihan tali leher yang baru akan menggembirakan suami.
#11. Powerbank
Ketika suami kerap menggunakan telefon ketika bekerja atau mungkin kehabisan bateri telefon ketika memandi, mengapa tidak anda memberikan power bank bagi mengatasi masalahnya itu?
Dengan power bank, suami pasti rasa dibantu kerana boleh terus berkomunikasi dengan rakan sekerja dan pada masa-masa penting. Suami pun akan semakin sayangkan isteri kerana peka mengenai apa yang diperlukannya.
#12. Sweater
Apa kata anda belikan sweater untuk suami?
Pejabat suami yang sejuk dengan penghawa dingin pasti memerlukan dia memakai pakaian yang tebal. Malah sweater merupakan pilihan bijak yang boleh digayakan semasa berjalan-jalan di pusat membeli belah bersama keluarga juga.
#13. Speaker bluetooth
Apabila suami sering mendengar muzik, malah mempunyai playlist yang banyak, hadiah speaker bluetooth boleh menjadi pilihan yang hebat. Suami pasti makin teruja mendengar muzik dengan speaker barunya!
#14. Meja lipat
Pilihan hadiah yang dapat diberikan kepada suami seterusnya adalah meja lipat. Alasan memberikan meja lipat kerana ia sangat bermanfaat, apalagi jika suami perlu menyiapkan kerja dari rumah.
Meja lipat ini juga boleh memudahkan suami menyelesaikan tugasnya sambil bersantai dengan penuh selesa. Malah ia boleh digunakan untuk menghidangkan makanan kegemaran suami.
#15. Beg serbaguna
Bukan wanita sahaja yang perlukan beg ya, suami juga akan sukakan bila mempunyai beg yang memudahkan mereka menyimpan pelbagai barang peribadi.
Lelaki bukannya selalu bertukar beg seperti wanita, jadi bila sekali-sekala dapat hadiah beg dari isteri tercinta pasti dia akan senyum sampai telinga!
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat izin theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Pasangan Suami Isteri Yang Tidur Tanpa Berpelukan, Berisiko Pendek Umur
Baca juga: Kalau Rasa Nak Marah Suami, Pandang Wajahnya Dahulu Mungkin Dia Penat Mencari Rezeki
Baca juga: Hangatkan Hubungan Di Hari Lahir Pasangan Dengan ‘Hadiah’ Birthday Untuk Suami