Haid berhenti bila anda berenang
Dulu sewaktu masih remaja, saya selalu risau nak pergi berenang atau mandi air terjun jika saya datang haid. Tapi ibu meyakinkan saya yang haid berhenti bila wanita masuk dalam air.
Jadi satu hari, saya cuba apa yang dikatakan ibu itu. Setiap kali saya masuk ke dalam air atau ketika mandi, nampaknya haid seakan hilang sekejap! Kadang saya tertanya-tanya, kenapa haid tiada sekejap, eh?
Adakah darah haid itu tidak boleh mengalir keluar kalau wanita dalam air? Jadi, saya cuba mendapatkan pandangan pakar.
Haid berhenti bila wanita masuk dalam air itu mitos!
Menurut Dr. Hasan Abdessamad, seorang pakar OB-GYN di Seattle, tiada istilah haid “hilang sekejap” atau berhenti apabila wanita masuk dalam air. Semua itu hanyalah mitos!
“Tiada kaitan langsung bagaimana haid wanita akan hilang apabila kalian masuk dalam air. Air tidak akan menjejaskan kitaran haid sama ada secara fizikal, hormon atau biologikal.” ujar Dr. Hassan.
The Access Project menerangkan, haid wanita tidak akan berhenti keluar kerana salutan dalam rahim akan terus bekerja untuk mengeluarkannya. Namun, tekanan dari air boleh menghalang haid daripada keluar.
Jadi, air tidak serta-merta menghentikan pengaliran darah haid. Suhu air juga tidak memainkan sebarang peranan. Tekanan air yang menolak akan menghalang haid dari keluar ketika anda berenang.
Satu lagi, haid seakan hilang sekejap ketika anda mandi atau berenang kerana graviti. Apabila anda berenang secara terlentang (mendatar) graviti tidak mampu menarik ke bawah, maka darah haid anda tidak akan keluar.
Apabila anda kembali berdiri atau menegak, haid akan kembali seperti biasa.
Jangan berenang terlalu lama ketika haid
Walaupun haid memang seakan hilang sekejap ketika anda berenang, tapi itu tak bermaksud anda boleh meluangkan masa berjam-jam berenang ketika haid.
Saat berenang, kondisi pembuluh darah dalam vagina anda akan terbuka. Kolam renang pula tidak terjamin kebersihannya. Jadi, anda berisiko terkena jangkitan bakteria yang boleh masuk dari pembuluh darah itu.
Anda masih boleh berenang tanpa memakai pad biasa yang sering dipakai itu. Caranya dengan memakai tampon atau mestrual cup, untuk mengelak darah haid mengotori baju anda.
Pastikan anda menyalin tampon atau mestrual cup sebelum berenang dan setiap 4 jam sekali bagi mengelak jangkitan bakteria.
Sekarang nampaknya sudah terjawablah kenapa haid “seakan hilang” bila anda masuk dalam air.
Sumber rujukan: She Knows
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkenapa-payudara-kita-sakit-sebelum-datang-bulan/