Tiada haid atau haid tidak teratur semasa menyusu? Ini sebabnya...

undefined

Tubuh ibu boleh mengalami banyak perubahan ketika menyusukan anak sehingga mampu mempengaruhi kitaran haid mereka.

Adakah ibu-ibu rasa bimbang apabila dengan tiba-tiba haid tidak teratur semasa menyusu? Sejurus selepas bersalin, memang ibu akan kehilangan banyak darah selama 40-60 hari.Tetapi selepas itu, haid ibu akan ditangguhkan kerana hormon-hormon dalam badan akan memulakan proses menyusu pula.

Sebelum bayi dilahirkan, tubuh ibu sudahpun dilengkapi dengan nutrien untuk menghasilkan susu ibu. Tak kira sama ada susu ibu masuk hari pertama mahupun lambat masuk, semua ini bergantung kepada hormon ibu.

Faktor haid tidak teratur semasa menyusu

haid tidak teratur boleh hamil, kitaran haid tidak teratur, penyebab haid tidak teratur tiap bulan, cara mengatasi haid tidak teratur, penyebab haid tidak lancar dan sedikit, tanda hamil bagi haid tidak teratur, sebab tidak datang haid 2 bulan, haid tidak teratur semasa menyusu.

Hormon utama yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu ibu dikenali sebagai Prolaktin dan dihasilkan di bahagian otak yang dikenali sebagai kelenjar pituitari.

Fungsi tambahan hormon prolaktin selain menghasilkan susu ialah untuk menghalang ibu dari datang haid. Apabila ibu sedang menyusu, tahap hormon prolaktin ibu itu sentiasa tinggi.

Oleh itu semakin lama ibu menyusu secara eksklusif, maka ibu itu juga akan memanjangkan masa sebelum haidnya kembali seperti biasa lagi.

Namun, jika ibu cerai susu awal, haid anda akan kembali dengan cepat dan berfungsi secara normal. Kita sering melihat ini berlaku sekitar bayi berusia 6 bulan ketika mula mengambil makanan pejal.

Kelenjar pituariti di dalam otak akan mentafsir maklumat ini dan mengurangkan penghasilan hormon prolaktin. Kemudian, apabila tahap hormon ini semakin turun, haid ibu itu akan kembali seperti biasa, walaupun masih menyusu.

Pengalaman haid tidak teratur semasa menyusu adalah berbeza

Pengalaman datang haid semasa menyusu adalah berbeza kerana setiap ibu mempunyai tubuh badan tersendiri yang lain dari badan ibu lain.

Tetapi di bawah adalah beberapa perkara penting mengenai haid tidak teratur semasa menyusu:

haid tidak teratur boleh hamil, kitaran haid tidak teratur, penyebab haid tidak teratur tiap bulan, cara mengatasi haid tidak teratur, penyebab haid tidak lancar dan sedikit, tanda hamil bagi haid tidak teratur, sebab tidak datang haid 2 bulan, haid tidak teratur semasa menyusu.

  • Ibu tidak menyusu terus dari payudara, dan hanya memberi botol susu kepada bayi. Tempoh sebelum haid kembali mungkin 1 atau 2 bulan selepas bersalin.
  • Ibu yang menyusu secara eksklusif. Tempoh sebelum haid kembali: biasanya sangat lama, berbulan-bulan, ada yang hingga setahun.
  • Sesetengah ibu tidak akan datang haid semasa menyusu, tetapi hanya akan mendapatnya selepas bayi mula mengambil makanan pejal.
  • Kitaran haid tidak teratur semasa menyusu adalah perkara yang normal. Kalau menggunakan perancang keluarga, lambat haid pun tak apa.
  • Jumlah haid yang keluar untuk ibu menyusu mungkin sedikit sahaja.
  • Apabila datang haid, ini juga boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu kerana tahap hormon yang naik turun.
  • Puting payudara yang akan menjadi lebih sensitif semasa haid akibat perubahan hormon dalam badan.

Oleh itu, ibu-ibu tidak perlu risau jika haid tidak teratur semasa menyusu walaupun berbulan-bulan. Penyusuan eksklusif juga salah satu cara untuk mengelak diri dari hamil.

Apabila bermulanya kitaran haid, ini bermakna ibu kembali subur dan boleh hamil jika perancang keluarga tidak digunakan. Walaubagaimanapun, jika ibu masih menyusu, sebaiknya jangan hamil terlebih dulu.

Ini kerana kehamilan dan penyusuan ibu berkongsi hormon yang sama. Sekiranya ibu ingin hamil semasa menyusu, dapatkan nasihat dari doktor terlebih dulu.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthline , Masalah Penyusuan Ibu , Romper

Baca juga:

Period Tak Teratur (Irregular Period): 30 Punca Haid Datang Tidak Menentu, Tanda & Rawatan

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!