X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

4 min bacaan
10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

Susu badan ibu memang berkhasiat. Tetapi, apabila tiba masanya, si kecil anda perlu berhenti dan mula makan makanan pejal pula. Mari ketahui tip untuk buat anak anda cepat cerai susu badan.

Susu ibu sememangnya sangat bagus untuk bayi anda. Namun, apabila sampai usia yang sesuai, dia perlu juga berhenti dari minum susu badan dan mula menyesuaikan diri dengan diet pemakanan biasa seperti kanak-kanak lain.

Jadi, bagaimana caranya untuk membuatkan anak kita itu cepat cerai susu badan? Di sini, kami ada berkongsi 10 cara bijak yang boleh anda cuba di rumah.

10 cara bijak untuk anak cepat cerai susu badan

1. Guna peralatan yang sesuai

cara bijak cerai susu - botol

Sumber: The Asian Parent

Apabila anda mula mahu membuatkan anak kecil anda cerai susu badan, mulakanlah dengan memilih peralatan yan sesuai.

Jika anak anda berusia antara enam ke lapan bulan dan anda perlu menghentikan pemberian susu badan atas sebab tertentu, gantikan penyusuan badan dengan pemberian melalui botol secara beransur.

Jika anak anda berusia antara 8 bulan ke setahun, berikannya susu menggunakan cawan atau sippy cup.

Jika si kecil anda berusia lebih dari setahun, berikannya cawan yang tidak mudah pecah.

2. Latih deria rasa anak

Anda mungkin mempunyai sebab tertentu untuk beralih dari susu badan ke susu formula. Anda boleh melakukan peralihan jenis susu dengan cara melatih deria rasa si kecil anda.

Pada hari pertama sehingga hari ketiga proses perceraian susu badan, berikannya susu anda melalui botol.

Selepas seminggu, campur separuh susu badan anda dengan separuh susu formula supaya anak anda dapat menyesuaikan diri dengan rasa susu formula.

Kemudian, hentikan terus pemberian susu badan dan berikan susu formula sepenuhnya. 

3. Alihkan perhatian

cara bijak - cawan

Sumber: The Asian Parent

Anak kecil mudah untuk dialihkan perhatiannya. Ketika anda mencuba untuk membuatkan anak anda cerai susu badan, gunakan botol, straw, atau bekas minuman yang berwarna-warni!

Warna terang sebegini membantu untuk mengalihkan penumpuan pada rasa susu. Malah, botol yang comel dan berwarna-warni boleh menjadi “hiburan” buatnya ketika minum.

Dia mudah untuk terlupa atau tidak memberi fokus kepada rasa susu yang sedang diminumnya.

4. Bertegas

Jika anak anda sudah besar dan memang patut bercerai susu, anda perlu mengambil pendirian tegas.

Anak anda mungkin menangis dan anda akan berasa sedih melihat “kesengsaraan” dirinya, tetapi ia adalah langkah yang terbaik.

Terangkan kepadanya secara lembut mengapa dia perlu berhenti minum susu badan. Lambat laun, dia akan faham dan berhenti juga.

5. Memberikan puting

cara bijak - puting

Sumber: The Asian Parent

Jika anak anda gemar menghisap dan mudah meragam mahukan susu badan anda, berikannya puting, atau pacifier, sebagai satu langkah peralihan cerai susu badan.

Tetapi, kalau ia boleh dielakkan, anda tidak perlu memberikannya puting, dan terus bertukar ke penggunaan botol susu sahaja.

6. Berikan ganjaran

Gunakan juga teknik ganjaran untuk menggalakkan anak anda segera cerai susu.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Contohnya, apabila dia tidak meragam ketika diminta minum dari botol atau sippy cup, anda boleh memberikannya sticker, mainan, buku atau apa sahaja yang disukainya.

Tetapi, tidak perlulah selalu memberikan hadiah. Anda boleh berhenti apabila dia mula bercerai susu badan secara sukarela.

7. Minta ayah untuk ambil alih tugas memberi minum/makan

cara bijak cerai susu - ayah

Sumber: The Asian Parent

Ini bukanlah satu teknik melepaskan tangan, tetapi lebih kepada menghentikan anak anda dari mengaitkan antara minuman (susu ibu) dengan ibunya.

“Hilangkan diri” anda buat sementara ketika waktu makan. Biar ayah yang mengambil tugas tersebut.

Lambat laun, anak anda tidak akan lagi mencari ibunya apabila dia dahaga atau lapar. Proses bercerai susu juga menjadi lebih cepat dan lancar.

Malah, si ayah boleh mengambil peluang ini untuk membuat hubungan bonding dengan anaknya. 

8. Dedahkannya dengan rakan seusia

Antara cara bijak lain yang boleh anda cuba adalah memperkenalkan anak anda kepada rakan yang sebaya dengannya.

Beritahu kepadanya yang kawan-kawan lain sudah pun berhenti minum susu. Katakan kepadanya, “Abang sudah besar. Macam kawan abang yang lain!”

9. Buat sentuhan fizikal

cara bijak - anak ayah

Sumber: The Asian Parent

Antara sebab mengapa anak anda masih minum susu badan adalah dia sukakan kemesraan dan hubungan fizikal dengan anda ketika menyusu.

Jadi, banyakkan memeluk anak anda supaya dia tahu bahawa dia masih akan dapat bermanja dengan ibunya, walaupun sudah bercerai susu.

10. Buatkan proses bercerai susu badan satu proses menyeronokkan

Yang paling penting, kurangkan rasa stress pada anak. Buatkan proses makan makanan pejal itu menyeronokkan.

Malah, anda boleh berikannya botol susu ketika dia sedang melakukan aktiviti yang disukai.

Contohnya, ketika menonton TV, bermain mainan kegemarannya atau ketika bermain dengan ayahnya.

Jadi, cuba teknik di atas dan lihat bagaimana ia membantu melancarkan proses bercerai susu badan untuk si kecil anda!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Panduan Menceraikan Anak Daripada Susu Botol

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Noor

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • 10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan
Kongsikan:
  • Gambar Menyayat Hati, Ibu Ini Menyusu Anak Buat Kali Terakhir Kerana Kanser

    Gambar Menyayat Hati, Ibu Ini Menyusu Anak Buat Kali Terakhir Kerana Kanser

  • 8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

    8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Gambar Menyayat Hati, Ibu Ini Menyusu Anak Buat Kali Terakhir Kerana Kanser

    Gambar Menyayat Hati, Ibu Ini Menyusu Anak Buat Kali Terakhir Kerana Kanser

  • 8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

    8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.