5 perkara kecil yang membuat kanak-kanak lebih berjaya di masa depan

Ibu mana yang tidak bangga saat buah hati mereka tumbuh menjadi orang dewasa yang berjaya dalam bidangnya masing-masing? Namun, kejayaan itu hanya dapat diraih melalui peranan ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi seorang ibu atau ayah adalah pekerjaan full time dan tak pernah menjadi mudah kerana ibu bapa lah yang bertanggungjawab atas kesihatan dan perkembangan anak.

Seorang anak tumbuh menjadi orang dewasa yang mandiri, sopan dan ceria, akan mencerminkan ibu bapa dan pola pengasuhan mereka.

Ketika seorang anak tumbuh menjadi manja, kasar dan malas, banyak orang akan langsung menyalahkan ibu bapanya yang telah gagal dalam mendidik anak.

Pastikan anak-anak anda mengawali hidup mereka dengan baik. Ikuti lah saranan berikut untuk ketahui bagaimana membantu anak mencapai kejayaan.

1. Ajarkan tentang keriangan

Kredit: Kompasiana.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak periang selalu tumbuh menjadi orang dewasa yang berjaya. Ini kerana anak-anak selalu dapat melihat sisi positif dari semua kejadian yang paling buruk sekalipun dan selanjutnya menghadapi kenyataan. Anak-anak yang riang tidak akan mengucapkan ‘aku benci hidupku’ atau ‘seluruh dunia membenciku’.

Biasakan diri untuk mengarahkan anak melihat sisi cerah dari semua kejadian dan tak pernah menyerah meskipun telah membuat kesalahan atau mengalami kejadian yang tak menyenangkan. Ini adalah salah satu cara untuk membantu anak anda menjadi orang dewasa yang berjaya.

2. Berikan kasih sayang

Sebaik apapun anak anda, dia tak akan pernah mencapai kejayaan jika kurang merasakan kasih sayang. jangan kurang memberikan pelukan, ciuman, pujian dan dukungan, terutama pada saat anak anda membutuhkannya.

Jika anak anda telah beranjak remaja, jangan lupa berikan pujian semasa dia membuat keputusan tepat seperti belajar dan menjauhi televisyen tanpa anda memintanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atau ketika dia lebih memilih makan buah apel daripada keripik kentang. Anak remaja anda mungkin akan menganggap anda berlebihan, namun jauh dalam hatinya mereka merasa bahagia dengan perhatian dan pujian anda.

Kasih sayang anda membuat anak anda mampu menghadapi apa sahaja

3. Memarahi dengan bijaksana

Tunjukkan pada anak bahawa anda menerima mereka dengan apa adanya. Anak-anak bukanlah suatu benda yang segera dapat anda perbaiki atau ubahsuaikan ketika anda merasa tidak puas.

Jika anda menginginkan mereka bertingkah laku baik, ucapkan dengan kata-kata yang pantas dan tidak akan membuat mereka merasa kesal atau membenci anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada mengatakan ‘kenapa awak tak boleh dikawal?’ atau ‘Ibu kan dah bilang tak boleh buat macam itu!’, lebih baik katakan sesuatu seperti ‘Ibu tahu awak tak suka, tapi kita harus melakukannya.’ atau ‘Duduk disini dulu dan temankan ibu ya. Nanti kita main sama-sama.’

4. Dengarkan pendapat anak anda

Ibu bapa sering lupa bahawa anak-anak punya pendapat sendiri. Salah satu cara untuk membantu anak anda menjadi orang dewasa yang berjaya adalah menanyakan apa yang mereka fikirkan berkaitan dengan masalah tertentu secara berterusan.

Jawapan mereka mungkin tak masuk akal. Namun anak-anak akan tumbuh dewasa dan mereka akan dapat menyatakan perasaan mereka dengan layak, bahkan mempertahankan apa yang telah mereka percaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Jangan paksa anak berbuat lebih daripada kemampuannya

5. Perhatikan bakat mereka

Kredit: Shutterstock

Salah satu cara lain untuk membantu anak anda meraih kejayaan adalah dengan memperhatikan bakat mereka. Nilai matematika anak lelaki anda tidak terlalu bagus, namun dia mampu menggambar bangunan bak seorang arkitek.

Anak gadis anda tidak terlalu cerdas di bidang akademis, namun dia mudah berteman dengan siapa saja. Perhatian anda terhadap bakat yang dimiliki atau sesuatu bidang yang dia suka akan membuat mereka belajar untuk mencintai diri sendiri, dan lebih mempercayai diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga ulasan di atas bermanfaat!

Penulis

Dyah