Kedai Family Mart Ini Diserang Tikus! Ini Petua Halau Tikus Di Kediaman Anda

Haiwan kecil ini diketahui menyebarkan lebih 35 penyakit berbahaya yang boleh menjangkiti manusia, malah boleh menyebabkan kematian!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah cara terbaik untuk halau tikus?

Di seluruh dunia, tikus diketahui menyebarkan lebih 35 penyakit berbahaya yang boleh menjangkiti kedua-dua orang dan haiwan, malah boleh menyebabkan kematian.

Tambahan lagi, penyakit seperti salmonellosis dan leptospirosis boleh dikontrakkan daripada makanan atau cecair yang tercemar dengan najis atau air kencing tikus.

Tikus Berkeliaran Dalam Family Mart Di Jepun!

Baru-baru ini di Twitter, viral satu video yang menunjukkan penampakan banyak tikus yang berkeliaran di salah satu kedai serbaneka Family Mart di Jepun.

https://twitter.com/Ginkai19990324/status/1158076017698734080?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1158076017698734080&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Fvideo-of-rats-scampering-around-shelves-at-a-family-mart-outlet-goes-viral%2F

Sekurang-kurangnya, setengah dozen tikus dilihat berlari-lari di sekitar Family Mart di Shibuya, Jepun, memanjat dan jatuh di sekitar bahagian sejukbeku.

Dapat diperhatikan beberapa ekor tikus turun dari rak paparan yang diisi dengan beras nasi onigiri dan makanan bento sebelum jatuh di lantai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti kejadian ini menakutkan ramai pelanggan, dan sudah tentu ia menyebabkan ramai bergegas keluar akibat terlalu geli dengan tikus! Nampaknya tikus-tikus tersebut menikmati masa yang seronok pula ya!

Petua Halau Tikus Dari Kediaman 

Tikus tidak sepatutnya berada dalam rumah, kerana ia merupakan punca pelbagai penyakit dan membahayakan kesihatan keluarga anda.

Beberapa langkah berjaga-jaga perlu diambil sekiranya anda mendapati ada tikus berkeliaran di kediaman atau sekitar rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda mungkin mendapati ada sisa makanan di dalam rumah, dinding yang berlubang, cebisan makanan atau sampah ditinggalkan atau bau kencing tikus sekiranya ada tikus berdekatan anda. 

Tanya kepada anda jiran tentang masalah tikus ini kerana mereka mungkin mempunyai masalah yang sama. Berikut merupakan beberapa langkah yang anda boleh lakukan sekiranya ada penampakan haiwan kecil ini di rumah anda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Laporkan apa-apa tanda atau penampakan tikus kepada pegawai kesihatan alam sekitar kerajaan tempatan anda (tapak luaran).
  • Umpan racun adalah cara yang paling berjaya untuk memusnahkan tikus. Banyak jenama boleh didapati di kedai runcit.
  • Sentiasa baca arahan dengan teliti dan letak jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Periksa umpan dengan kerap dan gantikan jika telah dimakan. Jika anda berhadapan dengan masalah tikus besar, anda mungkin perlu memeriksa dan mengganti umpan setiap hari. Tikus boleh makan satu kotak umpan tikus dalam satu malam.

Petua Alternatif Halau Tikus

Selain itu, anda juga boleh meletakkan salah satu dari bahan-bahan ini di laluan tikus untuk menghalang tikus dari memasuki kediaman anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Jering
2. Buah Pong Pong
3. Minyak pudina
4. Daun pandan
5. Kapur barus
6. Daun semambu
7. Buah mengkudu
8. Daun durian belanda
9. Serbuk lada hitam
10. Serai wangi

Jika tidak berjaya, apa kata anda minta bantuan kucing untuk membantu? Hihi. Selamat berjaya!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: worldofbuzz

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcara-halau-lipas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman