Selalu Dirogol Di Dapur Rumah, Budak 14 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa Tiri

Seorang gadis berusia 14 tahun di Kediri, Jawa Timur menjadi hamba seks bapa tirinya sejak bertahun-tahun lamanya dan sering dirogol di dapur.

Seorang gadis berusia 14 tahun di Kediri, Jawa Timur menjadi mangsa hamba seks bapa tiri sejak bertahun-tahun lamanya.

Lebih menjijikkan, perbuatan terkutuk itu sering dilakukan pelaku yang berusia 38 tahun itu di dapur ketika mangsa sedang memasak.

Pelaku melakukan perbuatannya apabila ibu kandung mangsa keluar dan tiada di rumah

Hamba seks bapa tiri, gadis 14 tahun sering dirogol di dapur 

Kredit foto: BAH News

Menurut polis, perbuatan terkutuk pelaku terbongkar apabila gadis berkenaan bercerita kepada saudaranya kerana sudah tidak tahan diperlakukan begitu.

Lelaki berkenaan akhirnya ditahan polis bersama bukti perlakuan terkutuknya iaitu baju milik mangsa. 

Polis berkata lelaki berkenaan merogol anak tirinya kerana mahu memenuhi hasrat peribadinya. 

Lelaki itu dalam pengakuannya berkata perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah, apabila isterinya keluar.

Selain itu, perbuatan berkenaan sudah dilakukan berkali-kali di dapur ketika mangsa sedang memasak. 

Mangsa kini ditempatkan dalam jagaan pihak berkuasa untuk memulihkan trauma dan diberikan khidmat kaunseling. 

Pelaku kini ditahan di penjara Polresta Kediri dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman 15 tahun penjara. 

Tips elak anak jadi mangsa rogol

Kredit foto: siraplimau

Kes rogol membabitkan kanak-kanak bukan perkara baru, malah ia sering didengar. Di mana silapnya? Apa yang boleh kita sebagai ibu bapa lakukan.

#1. Ajar anak 'term' yang betul 

Paling asas adalah, anak mesti tahu nama yang betul untuk kemaluan dan alat sulit mereka. Jangan bagi nama samaran atau panggilan untuk bahagian berkenaan.

Sering kita dengar faraj atau vagina di panggil 'bunga', 'rama-rama', 'pek pek' dan banyak lagi. Manakala zakar atau penis sering dipanggil 'burung', 'boboi', bird dan sebagainya.

Apa kata lepas ini tukar kepada nama yang betul supaya mereka tahu setiap peranannya. Malah nama samaran ini mungkin tidak boleh diguna pakai di mahkamah nanti!

#2. Didik anak mengenai bahagian yang selamat dan tidak selamat disentuh

Kredit foto: Pro Parenting

Ini penting kerana ada mangsa rogol yang tidak tahu bahawa ada bahagian yang tidak sepatutnya disentuh oleh orang lain. Ajar mereka untuk menjerit atau melarikan diri bila rasa tidak selamat atau disentuh di bahagian tidak sepatutnya.

#3. Amal sikap terbuka dengan soalan sensitif daripada anak

Mereka perlu tahu. Kita bukan lagi ditakuk lama, ana kini memang tersedia dengan segala maklumat di hujung jari. Lebih baik mereka merujuk kepada kita daripada orang lain di luar sana.

#4. Sentiasa berkomunikasi dengan anak

Jangan biarkan anak anda sendiri. Jadi rakan kepadanya yang dia boleh berkongsi apa saja dengan anda. Sentiasa bertanya mengenai aktiviti mereka dan kenali kawan di sekelilingnya. Lagi dekat mereka dengan anda, potensi untuk mereka terjebak dengan perkara tidak diingini dapat dielakkan.

#5. Dedah anak dengan pendidikan seks

Masyarakat kita sering malu apabila berkaitan pendidikan seks. Tapi tahukah anda, dengan belajar mengenainya, kita boleh elakkan anak daripada menjadi mangsa nafsu serakah perogol. Pendidikan seks bukan lagi perkara memalukan untuk dipelajari, ia adalah keperluan dalam kehidupan serba moden kini.

Anak berhak tahu mengenainya. 

#6. Ajar anak seni mempertahankan diri

Kini wanita atau lelaki harus dilengkapkan dengan seni mempertahankan diri dalam diri mereka. Bukan untuk menjadi mereka kasar, tetapi ia boleh digunakan apabila perlu.

Pelbagai kelas seni mempertahankan diri boleh disertai anak-anak seperti taekwando atau silat. Anda tidak akan menyesal untuk masukkan anak ke kelas sebegini kerana ilmu itu boleh dipraktikkan hingga akhir hayat mereka.

#7. Ajar anak lelaki 

Bukan hanya perempuan diajar untuk jaga diri, anak lelaki juga perlu diajar bahawa perbuatan menyentuh bahagian sulit milik orang lain adalah salah sama sekali. 

Antara perkara yang sering kali kita dengar biasa tetapi sebenarnya tidak boleh diterima adalah, pemakaian seorang wanita membuatkan dirinya dirogol.

Ajar anak lelaki bahawa wanita berhak memakai apa saja. Ramai yang menganggap wanita harus berpakaian sopan untuk mengelak daripada dirogol.

Tapi, berpakaian sopan tidak bermaksud jenayah rogol tidak berlaku. Sudah tiba masanya kita mengajar anak-anak kita untuk menghormati pilihan orang lain. 

Sumber: bantensuara , ohbulan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca Juga: 

Penulis

Lala Annuar