Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya!

Bagi wanita yang hamil 4 minggu, selain perubahan hormon dan emosi yang ketara, mereka akan mengalami perubahan fizikal.

Hamil 4 minggu adalah momen paling ditunggu-tunggu oleh bakal ibu. Ini kerana kehamilan merupakan salah satu fasa yang membawa perubahan yang sangat besar kepada wanita. Terutamanya mereka yang pertama kali hamil, tentu anda tertanya bagaimana perut anda akan membesar nanti kan?

Dan kebiasaannya, kehamilan 4 minggu ini akan membuatkan para ibu merasakan morning sickness dan gejala kehamilan lain. Malah, janin di dalam kandungan juga kebiasaannya sudah mengalami pembelahan sel, membentuk sistem saraf, hingga pembuluh darah.

Bagi wanita yang hamil, selain perubahan hormon dan emosi yang ketara, mereka akan mengalami perubahan fizikal. Tahukah anda apa yang sedang terjadi di dalam rahim anda dari bulan pertama hingga yang terakhir? Mari kita lihat perkembangan dari bulan pertama hingga ke akhir wanita hamil.

Perubahan perut hamil 4 minggu

Menurut laporan Pregnancy Birth and Baby, pada tahap ini janin anda akan bersaiz sebesar biji, iaitu sekitar 2 milimeter. Janin yang dikandung pada tahap ini dikenali sebagai embrio. Embrio terdiri daripada tiga lapisan sel iaitu ektoderm, mesoderm dan endoderm. Ketiga-tiganya akan berkembang menjadi semua organ dan bahagian badan bayi anda.

Para ibu perlu mengetahui bahawa sebaik sahaja anda hamil, tahap hormon dalam badan akan mula berubah. Anda menghasilkan lebih banyak hormon progesteron - yang menghalang anda daripada mengalami haid dan terdapat juga peningkatan dalam tahap human chorionic gonadotropin (hCG) anda.

Ini adalah hormon kehamilan yang dapat dikesan apabila anda melakukan ujian kehamilan.

Perlu diingatkan juga, jika anda masih belum mengetahui sama ada anda hamil atau tidak, tanda pertama bagi kebanyakan wanita ialah mereka terlepas haid pada akhir minggu ke-4.

Bentuk perut hamil 4 minggu hingga cukup bulan

#1. Hamil 4 minggu

Ibu:

gambar perut hamil 4 minggu Foto ehsan irish health

Bulan pertama memang berlainan bagi setiap individu. Selalunya, di bulan pertamalah kita akan menyedari yang kita hamil atau waktu itu kandungan 4 minggu. Ada yang dapat tahu setelah haid tidak datang, ada yang tahu kerana mula mengalami alahan, malah ada yang memang menanti-nanti saat ini sudah bersedia dengan alat pengesan kehamilan (UPT).

Bayi:

gambar perut hamil 4 minggu Foto ehsan webmd

Ketika ini, bayi anda berukuran lebih kurang 0.1 hingga 0.2 milimeter sahaja. Dan disebut sebagai blastocyst. Pada usia tiga minggu, material genetik bayi anda sudah lengkap malah jantina sudah ditetapkan. Cuma, masih terlalu kecil untuk dilihat melalui ultrasound.

#2. Hamil 2 bulan

Ibu:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan irish health

Di peringkat ini, kebanyakkan ibu hamil akan mengalami simptom-simptom hamil seperti alahan muntah, kerap pening kepala, mudah letih, kerap buang air kecil dan dan payu dara yang sensitif.

Bayi:

gambar perut hamil 4 minggu Foto ehsan webmd

Bayi anda kini hampir seinci dan dia sudah mempunyai semua kaki dan tangan. Namun mata belum terbentuk sepenuhnya lagi. 

#3. Hamil 3 bulan

Ibu:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan irish health

Anda sudah berada di akhir trimester pertama! Rahim anda kini semakin membesar dan boleh dirasaidi bahagian bawah abdomen. Perubahan fizikal lain ialah perubahan bentuk dan saiz payudara. Secara terperinci, saiz payudara semakin besar dan urat jelas kelihatan semakin banyak.

Bayi:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan pregnancyhealth

Bayi anda kini di dalam fasa fetus dan berukuran dua hingga empat inci panjang. Di hujung trimester pertama, semua organ telah ada. Bayi anda sudah mula bergerak walaupun anda belum boleh merasainya. 

#4. Hamil 4 bulan

Ibu:

gambar perut hamil 4 minggu Foto ehsan fit pregnancy

Permulaan trimester kedua! Ketika ini, hormon semakin stabil, alahan semakin hilang dan badan anda semakin boleh menerima perubahan kehamilan. Kebanyakkan ibu hamil mula membeli belah pakaian baru kerana fizikal badan sudah banyak berubah.

Bayi:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan New Kids Center

Bayi anda kini sudah mencapai panjang lima hingga enam inci dan berat hingga 100 gram. Muka dan jantung bayi sudah terbentuk sepenuhnya di ketika ini. Namun, paru-paru masih lagi sedang membentuk. Bayi anda kini mula menghisap jari.

#5. Hamil 5 bulan

Ibu:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan info baby

Perut anda mulai nampak lebih jelas. Anda mungkin anda mula rasa cepat penat kerana jantung anda mengepam lebih banyak darah. Sesetengah wanita hamil akan mengalami kembung dan sembelit. Ada juga yang akan mengalami pusat terkeluar.

Bayi:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan baby center

Bayi anda sudah melebihi enam inci dan berat melebihi 200gram. Rahim anda sudah setinggi pusat anda. Bayi anda kini boleh menyuap, merenggang dan membuat mimik muka. Jika anda belum merasainya, anda bakal merasai bayi anda bergerak.

#6. Hamil 6 bulan

Ibu:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan fit preganancy

Rahim anda sudah sebesar bola keranjang! Kulit di bahagian perut anda mungkin akan mula terasa gatal kerana kulit sudah mula merenggang. Berat anda juga mungkin akan mula bertambah lebih kurang 500gram seminggu.

Antara yang mungkin akan dialami anda ketika ini ialah sembelit, pedih ulu hati, kekejangan kaki dan gusi berdarah. Jika keadaan tidak dapat ditahan, dapatkan nasihat doktor. Dengar kata badan anda, rehat jika perlu.

Bayi:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan The Bump

Bayi anda sudah semakin besar dan koordinasi tangan telah meningkat. Mata telah terbuka walaupun keadaan masih gelap di dalam rahim anda. 

#7. Hamil 7 bulan

Ibu:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan fit pregnancy

Kaki dan tangan anda mula terasa kejang. Sendi-sendi anda terasa seperti longgar kerana badan anda sedang bersedia untuk bersalin. Sesetengah ibu akan mengalami Braxton Hicks, kontrasi yang tidak produktif.

Bayi:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan youtube

 

Mata bayi anda mula buka dan tutup serta bergerak rancak. Semua pergerakan ini terasa seperti hentaka kuat pada dinding abdomen dan diselangi dengan durasi senyap yang panjang. Jangan risau ini kerana selepas bergerak rancak, bayi anda perlu berehat.

#8. Hamil 8 bulan

Ibu:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan babycenter

Anda akan mula rasa tidak selesa kerana bayi anda mula menolak tulang rusuk dan organ anda. Tekanan di bahagian pelvik juga makin terasa kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah. Tidak hadam dan pedih ulu hati semakin terasa serta kulit semakin merenggang dan Braxton Hicks semakin kerap.

Bayi:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan youtube

Otak bayi anda ketika ini sedang berkembang dengan pesat dan paru-paru sudah hampir sepenuhnya berkembang. Kepala bayi sudah berada di posisi bawah ketika ini. Bayi anda akan dikira cukup bulan selepas melepasi minggu ke 37.

#9. Hamil 9 bulan

Ibu:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan pinterest

Anda akan mula boleh bernafas lebih mudah kerana bayi anda semakin memasuki kawasan pelvis, memberi ruang di bahagian abdomen anda. Namun, waktu tidur menjadi lebih tidak selesa kerana size perut anda yang semakin besar. Malah anda akan mulai resah kerana rasa seperti bakal bersalin bila-bila masa.

Bayi:

Anda Hamil? Ini Perubahan Perut Hamil 4 Minggu Hingga 40 Minggu, Terujanya! Foto ehsan WBdaily

Bayi mencapai full term (cukup bulan) apabila tiba 38 hingga 40 minggu. Untuk keselamatan ibu dan bayi, selalunya doktor akan memastikan usia kandungan tidak melebihi 42 minggu.

Mitos bentuk perut ibu

Umum sedia maklum, sehingga hari ini masih ramai yang mempercayai mitos di mana jika ibu hamil itu memiliki perut berbentuk bulat, maka wanita tersebut sedang hamil bayi lelaki. Manakala perut berbentuk lonjong pula adalah bayi perempuan.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Bung Karno Surakarta, Dr. Andy Wijaya, Sp.OG, M.Kes, percaya bahawa pandangan ini hanyalah mitos yang diwarisi turun-temurun dalam keluarga.

“Penentuan jantina janin berdasarkan bentuk perut wanita hamil adalah mitos yang semakin berkembang,” jelas Doktor Andy.

Jelasnya lagi, bentuk perut wanita hamil yang boleh berbeza-beza tidak menjejaskan atau menentukan jantina bayi. Perbezaan dalam bentuk perut ibu hamil boleh berlaku disebabkan oleh kepelbagaian ketinggian.

“Malah, bentuk perut wanita hamil dipengaruhi oleh bentuk badan semulajadinya, bukannya jantina janin yang dikandungnya,” jelas Andy.

Perut jatuh tanda nak bersalin?

Ya benar, apabila usia kandungan mencecah usia 36 minggu ke atas, ibu perlu lebih waspada kerana salah satu tanda nak bersalin adalah kedudukan bayi jatuh ke bawah. 

Buat ibu-ibu baharu di luar sana, pasti anda tertanya apakah yang perlu diberikan perhatian sebagai tanda sudah tiba masanya anda bersalin, bukan? Di sini kami senaraikan tanda-tanda bersalin yang perlu diberi perhatian.

  • Kepala bayi telah turun
  • Servik melebar
  • Kejang dan sakit belakang
  • Sendi terasa longgar
  • Cirit-birit
  • Berat badan berhenti bertambah
  • Kelesuan
  • Bahan buangan faraj bertukar warna dan kekerapan
  • Kontraksi yang lebih kuat dan kerap
  • Air ketuban pecah

hamil 4 minggu apa yang dirasakan

Jika ini kali pertama anda mengandung, perlu diingatkan bahawa bayi anda akan turun ke kawasan pelvis. Ia kebiasaannya akan berlaku beberapa minggu sebelum tanda yang serius muncul.

Biasanya, kehamilan jika dah masuk 38 minggu, ibu perlu bersedia kerana bila-bila masa saja bayi boleh keluar awal. Tapi anggaran kehamilan biasanya 38 hingga 42 minggu. 

Para suami, lihatlah perubahan yang dialami isteri anda. Diharap agar perkongsian gambar perut hamil 4 minggu hingga cukup bulan ini dapat membantu anda lebih bersedia dengan perjalanan kehamilan anda.

Kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca jugaPerut Mengeras Tanda Nak Bersalin Atau Hanya Kontraksi Palsu? Ketahui Perbezaannya

Baca juga: Kepala Bayi Dah Terkeluar, Suami Tenang Jadi 'Mak Bidan' & Sambut Anak Dalam Kereta

Baca juga: Kontrasi Teruk Tapi Bukaan Tak ADA, Ini 3 Jenis Induced Ubat & Semulajadi Yang Boleh Bantu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!