Wanita Ini 'Terberanak' Lepas 20 Minit Doktor Beritahu Dirinya Hamil, Simptom Hanya Kembung Perut & Keletihan

Gara-gara tidak menyedari yang dirinya hamil 9 bulan, seorang wanita melahirkan bayi sejurus 20 minit doktor memberitahunya hamil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu mendedahkan bagaimana dia tidak menyedari bahawa dirinya hamil 9 bulan sehingga rasa nak terberanak selepas 20 minit doktor memberitahu dirinya mengandung. 

Pada mulanya, dia hanya merasakan dirinya berasa letih dan kembung tanpa menunjukkan ciri-ciri orang mengandung.

Menurut Karin Fortwangler yang berasal daripada Pennslyvania, dia memberitahu media bahawa dirinya mengalami seperti tanda-tanda kehamilan termasuklah keletihan yang melampau.

Tetapi beliau menyangkal perasaan itu dan beranggapan ia hanyalah tekanan perasaan kerana menjadi ibu yang terlalu sibuk dengan kerja-kerja rumah.

Bahkan, dia juga mula mengalami morning sickness dan mual di waktu pagi namun Karin menganggap itu adalah disebabkan perut masuk angin seperti mana anak-anaknya.

Tetapi pada 15 Mac yang lepas, ibu dari tiga orang anak ini terbangun di waktu malam lalu merasakan sakit di bahagian punggung seperti mana yang dirasai sewaktu melahirkan tiga orang anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Suami saya bangun pada pagi tersebut dan mula bersiap untuk ke tempat kerja. Kemudian saya berkata kepadanya, adakah anda menganggap yang saya ini gila? Sebab saya rasa saya ini betul-betul gila, dan sekarang saya rasa patut dihantar ke hospital untuk bersalin".

Suami Karin kemudiannya, menghubungi tempat kerjanya untuk menyatakan bahawa dia membawa isterinya ke hospital.

Semasa tiba di hospital, doktor melakukan ultrasound di mana doktor mengesahkan yang dirinya sedang hamil dan doktor memberitahu dia mungkin akan bersalin beberapa minggu lebih awal.

"Doktor turut memberitahu akan melakukan beberapa pemeriksaan yang lain supaya dapat memastikan bayi boleh mencecah ke minggu 36 atau 37.

Walaubagaimanapun, keadaan menjadi huru hara apabila dua puluh minit kemudian, Karin merasakan ingin meneran dan mendorong untuk mengeluarkan bayinya selepas dicek pintu serviks telah terbuka 7 CM.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tepat jam 8 pagi, Karin menyambut bayinya ke dunia dan ia berlaku tiga jam sebelum dia mengalami kesakitan kontrasi.

Bahkan doktor mendapati bayinya yang diberi nama Katherina berada dalam keadaan yang sihat dan hanya menghabiskan masa dua hari di hospital.

"Sesungguhnya saya menangis bila mendapat tahu diri hamil lagi dan sememangnya tidak mahu lagi untuk ada anak kecil. Apatah lagi, anak perempuan saya baru sahaja masuk umur setahun pada Januari yang lalu," katanya.

Bagaimana Karin tidak sedar yang dirinya sudah hamil 9 bulan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh kerana dia masih menyusukan anak perempuan bongsunya, Karin tidak mengalami haid dan dia menahan rasa penat demi menjaga tiga orang anaknya sepenuh masa.

Oleh kerana dia baru sahaja beranak pada tahun lalu, Karin dapat merasakan yang pakaiannya terasa sedikit ketat sebelum melahirkan bayi keempat ini.

Suami bergurau ingin beli kereta besar

Sementara itu, suaminya Adam bergurau bahawa mereka memerlukan kereta yang lebih besar dan mula membuat kotak pakaian bayi yang mereka mahu gunakan semula.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, dalam menyambut kedatangan bayi kecil mereka sewaktu krisis korona virus (covid-19), maka mereka memerlukan bantuan rakan- rakan untuk memberi lampin pakai buang, tisu basah dan barang keperluan
yang lain.

Beliau turut menggambarkan agak sedikit bercelaru untuk duduk dengan empat orang anak secara berkurung di rumah ditambah pula kehadiran bayi comel ini yang lahir secara mengejut.

Tanda-tanda hamil bagi ibu yang mengalami haid tak teratur

#1. Antara gejala awalnya adalah mengalami morning sickness atau mual dan muntah-muntah. Biasanya ia berlaku pada awal seminggu kehamilan sehingga 4 minggu. Jika ini berlaku pastikan anda minum air supaya tetap dehidrasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Berasa letih ini disebabkan wanita mengalami kehamilan yang mempunyai ketidak seimbangan hormon progesterone dalam badan. Apapun simptom ini tidak terkecuali bagi anda yang memiliki haid teratur.

Apatah lagi, anda sering berasa letih dan mengantuk meskipun sudah mendapatkan tidur yang mencukupi di waktu malam.

#3. Mengalami simptom perut memulas dan tak selesa juga menunjukkan bahawa diri anda sedang mengandung. Ini berlaku kerana hormon kehamilan telah mempengaruhi saluran otot antara perut dan kerongkong untuk berada dalam keadaan yang rileks hingga mengalami kembung perut.

#4. Oleh kerana hormon tak menentu, ada individu yang hamil mengalami demam atau suhu badan meningkat. Jika mengalami keadaan ini sila dapatkan rehat yang mencukupi supaya suhu badan kembali ke paras normal.

#5. Tanda hamil 9 bulan lain yang dianggap common berlaku juga adalah kerap berpeluh atau selalu kencing dengan begitu kerap.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: The Sun 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga