3 Posisi Seks Suami Isteri Perlu Cuba Jika Inginkan Anak Perempuan!

Anda ingin tahu cara dapat anak perempuan? Apa kata cuba 3 posisi seks ini. Mengikut teori, ia membuka peluang lebih besar untuk anda dapat anak perempuan!

Wahai ibu dan ayah di luar sana, anda mungkin sedang baca artikel ini kerana nak cuba hamil anak perempuan pula dalam keluarga atau kerana anda ingin tahu cara dapat anak perempuan.

Tapi sebelum anda excited terlebih, kami ingin mengingatkan anda tentang tiada kaedah luar makmal yang mampu menentukan jantina bayi dalam kandungan atau cara dapat anak perempuan.

Namun, ada sesetengah posisi seks yang boleh beri anda lebih banyak peluang untuk hamil anak perempuan. Ini berdasarkan bagaimana sperma “lelaki” atau “perempuan” bertindak.

Artikel ini akan membincangkan tentang posisi seks terbaik yang anda patut cuba untuk hamil anak perempuan. Tapi sebelum itu, jom kita study dulu bagaimana posisi seks ini boleh bagi anda anak perempuan. 

Amaran: Artikel ini mengandungi gambar berunsur seksual yang hanya sesuai untuk pasangan suami isteri. Jangan baca ia di hadapan anak-anak. 

Sebelum lakukan cara dapat anak perempuan, anda perlu kromosom XX

Ibu semua, anda tidak boleh menentukan jantina bayi dalam kandungan sebab telur anda hanya membawa kromosom X. Tapi kromosom pasangan anda yang boleh menentukan jantina bayi. 

Sperma yang dibawa oleh suami anda mempunyai sama ada kromosom X (perempuan) atau Y (lelaki). Kalau sperma itu bawa kromosom X, anda akan dapat anak perempuan. Kalau kromosom Y, kalian akan dapat anak lelaki. 

Kredit: Science 2.0

Sebelum kami mendedahkan apa 3 posisi seks agar anda mudah hamil anak perempuan, anda perlu ingat satu perkara: sperma dengan kromosom Y (lelaki) lebih cepat berenang, tapi hidup lebih pendek. 

Sperma dengan kromosom X (perempuan) pula lambat berenang, tapi lebih lama boleh hidup.

Setiap posisi seks yang kami beri ini akan membuka peluang untuk sperma “perempuan” bersatu dengan telur anda. 

3 posisi seks untuk hamil anak perempuan

Dah bersedia nak tengok posisi seks apa yang anda boleh cuba untuk hamil anak perempuan? Taraaa! Ini 3 daripadanya:

1. Posisi seks gaya missionary

Walaupun posisi seks ini amat common dan tiada yang unik pun, tapi ramai pasangan suami isteri mengatakan ia dapat membantu mereka hamil anak perempuan!

Teori mengapa posisi seks ini membantu anda hamil anak perempuan adalah kerana missionary mengurangkan tusukan zakar, maka ia memberi kelebihan pada sperma “perempuan”. 

Oleh sebab sperma “perempuan” lambat berenang, mereka boleh hidup lebih lama berbanding sperma “lelaki”. Tujahan gaya missionary akan menyebabkan sperma mengambil masa lama untuk mensenyawakan telur.

Maka, ini kelebihan untuk sperma “perempuan” yang akan lebih lama bertahan berbanding sperma “lelaki” yang akan expired lebih awal.

2. Posisi seks gaya spooning

Apabila anda dan pasangan mencuba gaya spooning ini, anda perlu berbaring dengan tidak menghadap suami. Suami pula akan memulakan dayungan dari belakang. 

Sama seperti posisi seks gaya missionaryspooning akan membantu anda dapat hamil anak perempuan kerana ia mengurangkan tujahan. Kaki anda akan menghalang zakar suami masuk lebih dalam. 

Gaya ini amat membantu sebab anda mahu sperma “lelaki” jauh dari pembukaan vagina, dan membenarkan sperma “perempuan” pergi ke telur dulu. 

3. Posisi seks wanita di atas

Gaya ini mungkin berkesan untuk anda mengandung anak perempuan atau anak lelaki. Tapi kalau anda nak anak perempuan, ada petua yang harus anda amalkan ketika posisi seks gaya ini. 

Anda tidak boleh melakukan dayungan terlalu lama, dan yang paling penting, suami tidak boleh melakukan tujahan “terlalu dalam”, kalau tak, mungkin anda dapat anak lelaki nanti!

Satu lagi, ketika posisi ini, anda tidak dibenarkan mencapai orgasme (klimaks) kerana apabila wanita mencapai klimaks, vagina kalian akan lebih bersifat alkali. Ini memberi kelebihan pada sperma “lelaki”.

Sperma “perempuan” lebih berjaya hidup dalam persekitaran berasid. Maka, simpan tips untuk dapat anak perempuan ini, ya!

Walau apapun jantina anak yang dianugerahkan Tuhan, kita sebagai ibu bapa pasti akan membuka tangan untuk menyambutnya dengan penuh syukur. Tapi apa salahnya kita mencuba alternatif untuk dapat anak perempuan, kan?

Setelah sekian lama berderet-deret anak lelaki yang kita dapat, mungkin sudah tiba masanya kita menyerikan rumah tangga dengan kehadiran anak perempuan pula.

Jangan lupa minggu depan kami kongsikan bagaimana anda boleh cuba hamil anak lelaki pula dari posisi seks tertentu ya!

Selamat mencuba.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 6 Posisi Seks Terbaik Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik

Penulis

Ayu Idris