Kurang 3 Hari Lagi Bakal Bersalin, Bayi Kembar Lelaki Maut Selepas Ibu Diseret Kereta

Pasangan ini sabar menantikan kehadiran cahaya mata selama 15 tahun. Isterinya sarat hamil bayi kembar, namun hilang sekelip mata setelah kemalangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak adalah anugerah paling bernilai daripada sang pencipta dalam melengkapkan sesebuah perkahwinan. Siapa sangka setelah sabar bertahun-tahun menantikan cahaya mata, anda dapat merasai pengalaman hamil bayi kembar.

Namun tidak semua kehamilan memiliki penamat jalan cerita yang bahagia. Ada pasangan yang diuji kehilangan sekelip mata sehingga alami kemurungan meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi bayi bakal dilahirkan.

Ibu sarat hamil bayi kembar terlibat kemalangan

credit to sources

Sungguh menyedihkan kisah pasangan malang ini. Mereka sudah menunggu cahaya mata selama 15 tahun dan diuji di saat akhir kehamilan sehingga meragut nyawa bayi kembar dalam kandungan.

Pasangan berkenaan dikenali sebagai Munipah, 48 tahun dan Duri, 55 tahun terpaksa berputih mata setelah mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menurut laporan media tempatan, seperti kebiasaannya pasangan ingin akan keluar bekerja bersama-sama seawal 3 hingga 5 pagi demi mencari rezeki untuk anak yang bakal lahir.

Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Pada jam lebih kurang 4 pagi hari kejadian, dia dan isterinya sedang berjalan sambil membawa barangan yang telah dikutip. Duri dikatakan membawa beca, manakala Munipah pula menuntun basikal sebelum kedua-duanya telah dilanggar oleh sebuah kereta.

Akibat kemalangan berkenaan, Munipah telah terseret sehingga 5 meter dan mengalami cedera parah di bahagian kepala. Manakala suaminya hanya cedera pada kaki. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Basikal yang dibawa juga terperosok di bawah kereta dan barangan mereka berselerakan di atas jalan raya. Tidak cukup dengan itu, mereka turut diuji dengan kehilangan bayi kembar berusia 9 bulan dan menunggu masa untuk melihat dunia.

Duit tidak mencukupi untuk tanggung kos rawatan

Tambah Duri, mereka juga tidak mempunyai wang bagi membiayai kesemua kos rawatan hospital. Apatah lagi selepas kejadian ini pendapatannya berkurangan kerana terpaksa menjaga isteri sedang sakit.

Jika dahulu pendapatan harian mereka sekitar RM13 hingga RM19, kini lelaki berkenaan hanya memperoleh RM5.60 hingga RM8.00 sehari. Ketika di hospital, dalam poketnya hanya ada Rp5,000 atau bersamaan kira-kira RM1.40.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Saya menahan lapar dan ketika isteri inginkan minuman, saya tidak mampu mendapatkannya kerana duit sudah tidak ada.''

Nasib baik seorang doktor yang datang merawat bertanyakan adakah saya sudah makan, saya dengan jujurnya menjawab belum. Lalu dia hulurkan sedikit duit untuk makan,'' kongsinya.

Setelah berada di wad selama 10 hari, pasangan itu kemudiannya telah dibenarkan pulang ke rumah. Mereka kini ditempatkan di asrama khas dan perlu menjalani pemeriksaan rutin di pusat kesihatan tempatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Kurang tiga hari lagi isteri saya bakal melahirkan. Namun tuhan berkehendak lain, dua anak kembar lelaki kami meninggal dunia beberapa saat selepas kemalangan,'' ujar Duri.

Lebih menyakitkan sehingga kini pelaku masih tidak dapat dikesan. Duri dikatakan tidak membuat laporan polis tentang perkara berkenaan. Apa pun dia percaya setiap perbuatan yang terjadi akan ada balasannya kelak.

Ganjaran bagi pasangan kehilangan anak kecil

Keguguran atau kelahiran mati (stillbirth) memberikan kesan paling mendalam terhadap mana-mana pasangan berkahwin. Namun usahlah anda berduka cita selamanya kerana Allah menjanjikan beberapa perkara untuk kebahagiaan di akhirat kelak iaitu:

#1. Jaminan syafaat kepada kedua ibu bapa

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak syurga akan menangis apabila mendengar khabar ibu ayah mereka berada di neraka. Justeru malaikat meminta mereka mengadu kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Kemudian, nabi mengangkat tangannya berdoa dan akhirnya mereka dikeluarkaan dari neraka. Mereka terus masuk ke dalam syurga dan disambut oleh anak syurga yang telah terpisah di dunia dahulu.

#2. Anak masuk syurga tanpa hisab

Hikmah yang diperoleh di sebalik keguguran dan kematian anak dalam Islam adalah dimasukkan ke syurga tanpa dihisab terlebih dahulu. Pasti ibu ayah akan berasa senaang mengetahui hal ini, anda akan bahagia kerana anak yang dikandung ditempatkan ke dalam syurga.

Tidak dinafikan kehilangan anak tercinta membuatkan hati terluka sehingga terpaksa menanggung kesedihan luar biasa. Namun sebenarnya anda akan bertemu dengan mereka di akhirat kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.'' (HR. Bukhari dan Muslim).

Sumber: Siakap Keli, Keluarga

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: