Mengandung Selepas Keguguran Cenderung Untuk Dapat Kehamilan Sihat, Menurut Kajian

Keguguran sangat menyayat hati, tetapi menurut penyelidik, terdapat juga faedahnya. Ini beberapa sebab mengandung selepas keguguran satu benda sihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu pasukan dari University of Aberdeen mendapati wanita lebih cenderung untuk mendapatkan kehamilan yang berjaya jika mereka hamil dalam tempoh enam bulan selepas keguguran. Nampaknya, mengandung selepas keguguran bakal membawa berita baik kepada anda suami isteri!

Ramai wanita tertanya-tanya, bila waktu subur selepas keguguran dan selepas gugur bila boleh mengandung lagi.

Nasihat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) adalah wanita perlu menunggu selama enam bulan selepas keguguran sebelum cuba untuk hamil sekali lagi.

Tetapi, kajian ini mendapati jika anda hamil dalam tempoh enam bulan selepas keguguran, anda akan berisiko lebih tinggi untuk keguguran atau kelahiran pramatang!

“Bertentangan dengan garis panduan WHO, mencadangkan sekurang-kurangnya enam bulan selepas keguguran, analisis kami menunjukkan kurang daripada enam bulan adalah yang terbaik,” Dr. Sohinee Bhattacharya berkata kepada The Telegraph.

Battacharya mengatakan pasangan tidak perlu melambatkan kehamilan atas nasihat perubatan, tetapi harus cuba untuk hamil lagi “sebaik sahaja mereka rasa bersedia dari segi mental dan fizikal”, dia memberitahu BBC.

Para pengkaji masih belum mendapatkan jawapan yang jelas mengapa kehamilan selepas keguguran lebih berjaya, tetapi Bhattacharya memberikan beberapa pandangan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Salah satu penjelasannya adalah seseorang yang baru sahaja mengalami keguguran mungkin telah menjaga kesihatan diri mereka dengan lebih baik, lebih bermotivasi dan mungkin juga lebih subur. Tetapi, itu hanya spekulasi pada ketika ini.”

Pasangan boleh mencuba lagi apabila mereka rasa bersedia untuk berbuat demikian

Gambar: Fotolia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kajian ini adalah amat penting,” Ruth Bender Atik, pengarah kebangsaan Persatuan Keguguran memberitahu BBC.

“Ia menggalakkan pasangan yang ingin mencuba untuk hamil selepas keguguran, dan juga meyakinkan pasangan yang bimbang bahawa mereka mungkin mengandung terlalu awal selepas keguguran sebelumnya. Paling penting, ia mengesahkan bahawa pasangan boleh memilih untuk mencuba lagi apabila mereka rasa bersedia untuk berbuat demikian. “

Kajian ini menunjukkan bahawa cubaan untuk hamil tidak lama selepas keguguran adalah selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, Janine Elson daripada Royal College of Obstetricians menggesa pasangan untuk berbuat demikian hanya apabila kedua-dua mereka berasa bersedia dari segi fizikal dan emosi.

“Kaunseling perlu ditawarkan untuk membantu menguruskan tekanan psikologi,” kata Elson.

“Wanita perlu memastikan bahawa kesakitan dan pendarahan mereka telah berhenti dan mereka telah mengambil asid folik sebelum meneruskan aktiviti seksual.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Penulis

Michelle Goh