Hanis Zalikha Sebagai Ibu Baru

Di sini kami kongsikan memori Hanis Zalikha bersalin dan sebagai seorang ibu yang sanggup mengorbankan bidang lakonannya untuk keluarga tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah Hanis Zalikha bersalin dan jadi ibu baru

Hari ini, theAsianparent Malaysia akan berkongsi detik manis ketika Hanis Zalikha bersalin dan menjadi ibu buat pertama kalinya. Hanis Zalikha dikenali sebagai model, pelakon dan hos tv tetapi sebelum ini, beliau adalah seorang blogger popular.

Mempunyai blog sendiri adalah asas untuk meningkatkan populariti beliau apabila dia membuat keputusan untuk masuk ke dunia persembahan.

Sedikit mengenai beliau, dia dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak kedua dari tujuh adik-beradik. Beliau mendapat Diploma dalam Pengurusan Perniagaan pada tahun 2012 di Universiti MARA Segamat.

Hanis berkahwin pada Jun 2015 kepada Hairul Azreen dan majlis itu dilangsungkan di Majestic Hotel di Kuala Lumpur. Ramai kawan-kawan selebriti beliau dan keluarga berada di sana untuk meraikan detik-detik gembira pasangan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan itu juga aktif dalam Instagram supaya mereka tidak mengecewakan peminat mereka. Mereka sering memuat naik gambar dan maklumat tentang mereka.

Oleh itu, melalui Instagramlah, Hairul mengumumkan bahawa Hanis mengandung 4 bulan pada Disember 2015 lalu. Hanis mengakui bahawa kehamilannya agak mencabar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun ibu-ibu lain melalui sakit pagi hanya pada trimester pertama, dia terpaksa melaluinya walaupun dalam 7 bulan kehamilan beliau. Namun begitu , dia tetap kuat demi bayi sehingga bayi itu telah selamat dilahirkan.

Sekali lagi, melalui Instagram Hairul, yang kita tahu Hanis telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 3 Jun 2016. Mereka telah menamakan dia Yusuf Iskandar dan beratnya 3.85kg, seorang bayi yang sihat.

Sejak kelahiran bayi lelaki beliau, Hanis telah memutuskan untuk berhenti dari bidang lakonan untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga beliau dan lebih fokus dengan perniagaan beliau dan suaminya. Yang berminat, bolehlah kunjungi kedai mereka, “His & Her”kat Shah Alam , Selangor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh