Dalam alam rumah tangga, banyak perlakuan ataupun perbuatan yang pihak suami mahupun isteri harus dijaga. Ini kerana perkahwinan adalah untuk sepanjang hayat, dan bukan untuk masa yang pendek. Maka hargai isteri sebelum terlambat.
Adab antara pasangan haruslah dijaga untuk memastikan perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Isteri adalah seorang insan yang patut dihargai setiap masa, kerana pengorbanannya yang besar dalam rumah tangga. Hargailah mereka walaupun mereka cuma seorang suri rumah. Isteri adalah seorang wanita yang patut disayangi, kerana perasaannya yang lembut dan sensitif.
Ada banyak cara untuk menjaga hati isteri dari segi perasaannya mahupun kebersihan rumah:
Cara Hargai Isteri Anda Yang Tercinta
1# Hargai isteri sebelum terlambat dengan menguruskan rumah
Jika isteri sudah mencuci baju tetapi belum ada masa untuk menjemur baju, bantulah isteri anda menjemur pakaian. Dengan erti kata lain, membantu meringankan beban isteri di rumah sudah cukup membuatkan isteri terharu.
2# Janganlah membandingkan isteri anda
Tiada sapa yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Begitu juga anda sebagai suami. Terimalah kekurangan dan kelebihan isteri anda, sesungguhnya mereka telah ditakdirkan untuk menjaga anda selepas ibu anda.
Pujilah dengan ikhlas masakan isteri anda, justeru isteri akan menjadi lebih rajin dan bersemangat di dapur sekiranya dipuji.
3# Jadilah pendengar yang aktif
Wanita memang suka bersembang untuk menyatakan pendapat dan meluahkan rasa hati. Tambahan lagi setelah penat bekerja mencari rezeki dan menguruskan rumahtangga.
Jadi, peranan seorang suami di sini haruslah menjadi pendengar setia kepada isteri, kerana suami adalah orang yang paling rapat dengannya setelah mendirikan rumah tangga.
Dengarlah ceritanya, pandangla tepat ke matanya apabila bersembang dengannya kerana isteri merasa lebih dihargai dan menyayangi anda selepas ini.
4# Tegurlah isteri secara berlemah lembut
Hati perempuan sangat sensitif. Tegurlah isteri secara berhemah jika perbuatan mereka tidak disukai anda. Isteri tidak kisah ditegur tetapi biarlah berhemah. Mereka pasti menerima teguran anda dengan hati terbuka jika anda juga ikhlas untuk menegur isteri anda.
5# Ambil berat terhadap isteri anda
Tanyalah isteri anda, jika duit belanja masih cukup untuk bulan ini. Jangan tunggu sehingga isteri meminta haknya. Selalunya, isteri yang baik segan untuk meminta-minta dengan suaminya walaupun dia berhak untuk meminta.
Tetapi, janganlah mengambil kesempatan ini untuk tidak mempedulikan langsung hal kebajikan isteri. Isteri pasti akan berkecil hati dan juga memendam perasaan jika anda berkelauan sedemikian.
Bawalah isteri berjumpa doktor segera jika isteri tidak sihat. Tunjuk lah dengan isteri anda bahawa anda amat mengambil berat tentang dirinya. Layan isteri anda seperti puteri, lebih-leboh lagi semasa isteri sakit.
6# Bersama-sama mempertahankan keharmonian rumah tangga
Jika anda mahu diri anda dihormati, anda harus menghormati isteri anda terlebih dahulu. Jangan buat perkara yang isteri tidak suka, lebih-lebih lagi berkenaan hal kebersihan rumah.
Jangan menyepahkan semula rumah, berusahalah jaga kebersihan rumah walaupun anda seorang yang pengotor. Jika anda tidak suka mengemas rumah, janganlah sehingga pinggan makanan anda sendiri mahu isteri anda bersihkan.
Jika isteri anda merajuk, bawalah berbincang. Janganlah biarkan perselisihan faham berpanjangan.
Percayalah, jika anda berbuat baik kepada isteri anda, isteri anda akan lebih menjaga dan menyayangi anda.
Rezeki anda akan menjadi berkat dan bertambah jika anda menjaga dan menyayangi isteri anda.
Semoga berjaya.
Sumber artikel: Oh Bulan
Sumber gambar: Redaksi
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 benda suami isteri harus buat lepas hubungan intim, barulah rumah tangga makin bahagia!