Pernah Bawa Anak Playdate Dengan Teman Sebaya Tak? Jom Sertai Playdate Menarik 24 November Ini!

Pernah Bawa Anak Playdate Dengan Teman Sebaya Tak? Jom Sertai Playdate Menarik 24 November Ini!

Mencari aktiviti yang baik untuk perkembangan si manja, jom sertai playdate yang penuh dengan informasi ini. Mesti anak-anak pun suka!

Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada tarikh berbeza di setiap negara di dunia. Di Malaysia, Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut pada hari sabtu minggu keempat di bulan Oktober pada setiap tahun.

Ia bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak di samping mencipta kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

Jadi sebagai parents, apa yang kita boleh tawarkan kepada anak-anak sempena hari istimewa ini?

Hari Kanak-Kanak Sedunia: Playdate Untuk Si Kecilmanfaat playdate

Sesetengah kanak-kanak secara semulajadi gemar bersosial, dan mudah berkawan.

Manakala ada yang memerlukan sokongan dalam berinteraksi, lebih pendiam dan mungkin tidak tahu cara memulakan perbualan menjadikan sukar untuk membaca isyarat sosial, berkongsi mainan atau untuk memulakan perbualan.

Walau di mana pun spektrum sosial si manja anda, anak boleh dididik berdasarkan tunjuk ajar parents tentang cara berkawan, berkomunikasi dengan rakan sebaya, bertanyakan soalan dan mengenalkan diri sendiri.

Sebaik sahaja anak telah mempelajari beberapa kaedah asas bersosial, sudah tiba masanya untuk mengaturkan playdate untuk membantu perkembangan sosialnya!

Makchic x LinDees Children’s Day

hari kanak-kanak sedunia

Bagi memupuk perkembangan intelektual, sosial, dan fizikal anak, parents boleh lakukannya dengan bawa si manja menyertai "The Right to Play", sesi playdate khas yang bukan sahaja menyeronokkan, buat anak malah berinformasi untuk ibu!

Anak-anak berpeluang bermain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan yang direka untuk merangsang imaginasi, kreativiti, dan pemprosesan deria.

Parents juga boleh bermain bersama anak-anak  sambil belajar bagaimana menggunakan objek setiap hari untuk bermain kreatif dan terbuka, dan mendalami bagaimana mainan boleh menjadi medium bagi merangsang perkembangan anak.

Playdate Buat Si Manja, Lebih Info Buat Parents!

perkembangan anak, hari kanak kanak

Antara yang menarik buat parents, Makchic dan LinDees juga menyediakan beberapa pakar yang akan bersama-sama hadir pada acara tersebut bagi membantu parents untuk lebih memahami hubungkait bermain dan perkembangan anak.

Pelajari idea-idea dan strategi permainan yang praktikal dan sesuai untuk anak mengikut usia, hanya dengan menyediakan ruang bermain yang bermanfaat di rumah.

Jom tengok barisan panel yang akan bersama-sama untuk berkongsi pelbagai pengisian menarik pada acara The Right to Play ini!

#1 Belajar Melalui Bermain

Dalam sesi ini, pengasas The Nesting Heart, Namrita Bendapundi akan berkongsi perspektif baru untuk bermain dan hubungkait dengan perkembangan otak kanak-kanak. Ketahui strategi praktikal dan mudah di rumah, ia membantu anak-anak mencapai potensi penuh mereka.

#2 Kuasa Bermain

Sesi ini akan dikendalikan secara bersama oleh Pop!, pusat terapi bermain dan Anyaman Preschool yang diinspirasikan oleh Reggio Emilia dengan pendekatan kurikulum yang unik.

Ketahui cara bermain yang diterapkan dalam Pop! dan Anyaman Preschool dalam memanfaatkan bermain sebagai kaedah terapi kanak-kanak. Kedua-dua panel akan memberikan idea yang bersesuaian kepada parents bagi menyediakan ruang bermain di rumah. 

#3 Ikatan Melalui Bermain

Toy Libraries Malaysia percaya bahawa bermain dan interaksi semasa bermain adalah penting untuk pembangunan yang optimum dan holistik khususnya pada kanak-kanak.

Persatuan itu bertujuan untuk membantu, menyelaras, menyokong dan memudahkan penubuhan dan penyeliaan perpustakaan mainan di kawasan kejiranan yang kurang bernasib baik di seluruh negara.

Aileen Hoe, Pengarah Bahasa Inggeris Champ dan Setiausaha Kehormat Persatuan Toy Libraries Malaysia, akan menjalankan aktiviti permainan yang menyeronokkan dengan menggunakan muzik dan pergerakan. 

#4 Bermain Tanpa Batasan

Dalam sesi ini, parents akan mengetahui banyak ilmu tentang permainan hanya dengan menggunakan objek seharian. Sharifah Nurzura AlBaiti akan berkongsi dengan ibu bapa bagaimana objek setiap hari boleh menjadi menyeronokkan dan menarik untuk kanak-kanak.

Play4Play'Sake menekankan bagaimana kanak-kanak boleh mendapat akses mudah  =bermain dengan cara tersendiri dan kebebasan untuk meneroka secara kreatif dan terbuka di tempat yang selamat.

Jangan risau, sementara parents mengikuti sesi pembelajaran ini, anak-anak boleh melakukan aktiviti playdate yang sememangnya tersedia buat mereka! Ruang selamat LinDees menyediakan permainan interaktif, mainan sensori dan perkembangan serta aktiviti kraftangan yang membuat si manja terleka. Hihi.

Acara ini akan diadakan pada hari Ahad, 24 November 2019 bermula 10 pagi hingga 6 petang bertempat di alamat berikut:

LinDees Playland, Lot P18A-P23D 2nd Floor, Hartamas Shopping Centre, 60 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 KL

Tiket boleh didapati pada harga yang tertera di bawah di laman web KIDXY. 

  • RM50 (17-23 November 2019)
  • RM60 (24 November)

Untuk maklumat lanjut dan terkini, semak pautan INI.

Jom, berikan keriangan buat anak-anak untuk Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini dengan teman bermain dan pastinya lebih idea serta info untuk parents juga!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Pernah Bawa Anak Playdate Dengan Teman Sebaya Tak? Jom Sertai Playdate Menarik 24 November Ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner