Wanita Lambang Kekuatan Suami & Anak-Anak, Menjalankan Tanggungjawab Sepenuh Kasih Sayang

Ayuh dunia, mari kita bangkit dan menghargai insan yang bergelar 'wanita' dalam hidup kita. Tanpa mereka, tiadalah kita di dunia ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap tahun kita akan meraikan Hari Wanita Sedunia kerana peranan dan tanggungjawab seorang wanita adalah amat besar.

Ini kerana kita boleh lihat bagaimana peranan wanita itu sebagai seorang anak, ibu, isteri dan pekerja.

Bahkan, wanita jua yang diharapkan untuk membantu dalam menjalankan kerja-kerja rumah dan membantu ibu bapa ketika mereka sudah uzur serta menjalankan kewajipan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak.

Apatah lagi, tanggungjawab dan tugas yang diberikan kepada wanita bukan berhenti setakat itu sahaja, ini kerana mereka perlu menjalankan tanggungjawab yang diberikan itu dengan adil dan sepenuh kasih sayang.

Hari Wanita Sedunia 2020

Atas sebab itu, kami di theAsianparent ingin meraikan bersama anda tentang kesusahan, sumbangan dan peranan wanita yang bergelar ibu, isteri dan anak ini.

Bagi meraikan itu, Hari Wanita Antarabangsa diperkenalkan bagi meraikan kaum perempuan pada 8 Mac setiap tahun.

Tahun ini, Hari Wanita Antarabangsa bertemakan “I am Generation Equality : Realizing Women’s Rights”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, perjuangan untuk kesaksamaan dan kepentingan wanita dalam masyarakat telah lama diperkenalkan kerana banyak perkara yang dilakukan wanita dalam kehidupan kita seharian.

Untuk itu, kami berjaya mendapatkan respon daripada para pembaca untuk memberi penghormatan kepada wanita dan bagaimana ia mempengaruhi perjalanan hidup mereka.

Ini adalah cerita yang dikongsikan untuk #tApWanitaBesi mereka.

#1. Fatien Atiqa : Inilah wanita #tApWanitaBesi saya – Norehan Norlida

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita ini dilahirkan pada Januari 1966 dan diberi nama Norehan Norlida. Sepanjang kehidupan ini, mama telah membuktikan bahawa beliau sememangnya wanita besi kerana selalu berani menongkah arus normaliti.

Mama adalah wanita pertama di kampungnya yang berjaya masuk ke Universiti Sains Malaysia (USM) pada ketika itu dan mengambil jurusan Pembinaan Bangunan.

Walaupun bidang ini didominasi oleh kaum lelaki, namun ia tidak mematahkan semangat mama untuk teruskan pengajiannya.

Setelah beberapa tahun bekerja, mama diberi kepercayaan yang besar dan berjaya memegang jawatan sebagai Pengurus Projek terkemuka seperti pembinaan SBP, MRSM dan bangunan utama di negara ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Paling manis, mama juga terlibat untuk memberi tenaga dan idea dalam kerja pembangunan mercu tanda kebanggaan Malaysia iaitu KLCC.

Kemudiannya, mama mengambil keputusan bergelar pensyarah untuk mencurahkan ilmu buat generasi baru seterusnya memulakan pengajian Doktor Falsafah (PhD) pada usia 48 tahun.

Lebih manis lagi, abah sangat membantu mama dalam perjalanannya mengambil PhD dan akhirnya mama bergraduasi sebagai Doctorate di usia 52 tahun.

Sebab itu, saya amat berbangga dengan kedua-dua ibu bapa saya kerana merekalah definisi orang besi yang sebenarnya.

Selamat Hari Wanita Mama dan semua ibu di dunia ini. Anda semua hebat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Norayantie Bakre : Inilah wanita #tApWanitaBesi saya : Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah dan ibuku

1) Saidatina Khadijah

Beliau merupakan wanita dan role idea yang sangat dikagumi oleh semua wanita termasuk saya. Di mana beliau menjadi wanita besi yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada suaminya yang tercinta, Muhammad SAW.

Bahkan, beliau juga wanita pertama yang mencium bau syurga hingga dicemburui oleh setiap wanita lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau juga seorang dermawati yang sanggup berjuang ke arah Jihad Rasulullah SAW.

Budi pekerti beliau mejadi role model untuk saya lantas membuatkan diri sentiasa bersifat sederhana dalam kehidupan dan menjadi isteri yang akan sentiasa menjadi tunggak utama suami tercinta.

2) Saidatina Aisyah

Kelembutan beliau menjadi impian setiap golongan wanita. Manakan tidak, beliau adalah wanita, isteri, anak dan serikandi yang sangat tinggi perjuangannya dalam agama.

Sentiasa memberi semangat kepada suami dan ayahanda tercinta dalam menegakkan agama Islam.

Ketegasan dan kelembutan beliau sebagai seorang ibu untuk mendidik anak menjadi contoh tauladan yang baik kepada semua.

3) Ibuku

Kepayahannya membesar saya dengan menyediakan pelbagai kemudahan hidup seperti pendidikan dan kewangan mengajar saya erti kesabaran agar berjaya sehingga kini.

Sembilan bulan dalam kandungannya, membuatkan saya sedar betapa payahnya seorang ibu menggendong saya tanpa rasa penat malah dicurah lagi dengan kasih sayang yang tidak putus-putus hingga ke syurga.

Bahkan, doanya yang tidak terhijab kerana sentiasa mendoakan kejayaan saya sehingga ke hari ini.

Ibu, terima kasih di atas segala kesabaran, pengorbanan, kasih sayang dan segalanya yang pernah ibu berikan kepada saya. Terima kasih.

Keistimewaan ketiga-tiga wanita ini menjadi sumber inspirasi yang kuat untuk saya yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Dengan harapan saya boleh menjadi ibu yang penyayang dan menjadi wanita yang kuat di samping suami tercinta.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkekuatan-seorang-wanita