Ibu Tuntut Bayar Air Susu Badan Sebab Anak Berkeras Tuntut Harta Pusaka Arwah Suami

Seorang ibu nekad mengharamkan air susu badan kepada anaknya kerana melanggar wasiat dan mahu menuntut peninggalan harta pusaka arwah suami.

Gerun bunyinya. Seorang ibu nekad mengharamkan air susu badan yang pernah diberikan kepada anaknya kerana anak itu bertindak melanggar wasiat dan mahu menuntut peninggalan harta pusaka arwah suami.

Dia tidak memaafkan anaknya dan bertekad mahu anaknya itu membayar air susu yang pernah diberikannya dulu. 

Marah betul ibu itu hingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa kepada anaknya yang kini sudah berusia 32 tahun.

Harta pusaka punya pasal, air susu diharamkan 

Kredit foto: Media Utama

Difahamkan, menurut laporan Siakap Keli yang memetik mediautama wanita berusia 52 tahun dari Lombok, Indonesia itu bertindak demikian kerana kecewa dengan tindakan anak lelakinya yang tetap mahu menuntut harta pusaka bapanya dan melanggar wasiat arwah bapanya.

Difahamkan, pusaka peninggalan yang dituntut anak lelakinya adalah sebidang tanah seluas 4.2 ekar, sejumlah duit dan rumah.

“Sememangnya saya tidak maafkan dia. Sepatutnya dia kena bayar air susu saya. Saya sudah penat jadi ibu. Saya sudah bosan,” katanya.

Jelas wanita itu lagi, tuntutan anaknya itu nyata telah melanggar wasiat arwah suaminya yang meminta agar harta pusaka tersebut tidak boleh dibahagi.

Meskipun ‘diancam’ dengan kata-kata ibunya, anak lelakinya dilaporkan tetap berkeras mahu menuntut peninggalan tersebut kerana dakwanya, pembahagian harta pusaka itu penting kerana setiap orang (pewaris) akan jelas akan hak mereka.

Difahamkan, arwah suami wanita itu sewaktu masih hidup dahulu pernah meninggalkan satu pesanan wasiat berkenaan harta mereka yang mana rumah yang diduduki tidak boleh djual dan dibahagi. 

5 tertib pengurusan harta pusaka dalam Islam

Pengurusan harta pusaka adalah sebahagian daripada proses perancangan kewangan yang penting. Justeru pengurusannya dalam kalangan umat Islam penting untuk difahami.

Pengurusan harta pusaka yang tidak baik dan bercelaru bakap menyebabkan konflik seperti perebutan harta, permusuhan keluarga hingga memerlukan penyelesaian oleh pihak mahkamah. 

#1. Asing

Lakukan pengasingan terhadap harta yang dimiliki atau yang diuruskan oleh si mati ketika hayatnya. Mungkin tidak semua harta yang diuruskan si mati adalah kepunyaan mutlaknya seperti harta wasiat, harta yang telah dijual, harta yang dihibahkan dan juga harta yang diwakafkan oleh si mati pada hayatnya.

#2. Tuntut

Dalam langkah ini, waris perlu melunaskan hutang piutang yang telah ditinggalkan oleh si mati. Hutang yang dimaksudkan dibahagikan kepada dua kategori iaitu hutang dunia dan hutang akhirat. Hutang yang melibatkan orang perseorangan, syarikat atau pihak kerajaan dianggap sebagai hutang yang perlu diselesaikan.

Hutang akhirat seperti pelaksanaan ibadah haji yang belum dibuat oleh si mati sedangkan dia berkemampuan boleh dilunaskan dengan menggunakan harta peninggalannya.

Dalam hal ini, waris juga perlu melunaskan tuntutan cukainya mengikut Seksyen 74 dan Seksyen 106 Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) mempunyai kuasa untuk menuntut baki cukai tertunggak daripada waris atau pentadbir harta pusaka.

Tuntutan tersebut akan dibuat terhadap hartanya. Waris perlu memastikan si mati tiada sebarang tunggakan cukai pendapatan sebelum ia diagihkan. LHDNM juga boleh membuat tuntutan baki cukai yang tidak dijelaskan melalui tindakan sivil

#3. Bahagi harta sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang dimiliki dan diusahakan secara bersama oleh si mati dan pasangannya semasa hayatnya. Sekiranya pasangan tidak bekerja atau tidak mempunya sumber pendapatan yang tetap, pasangan yang hidup juga boleh menuntut harta sepencarian.

Contohnya isteri yang tidak bekerja atau tiada punca pendapatan yang tetap serta menjadi suri rumah sepenuh masa boleh menuntut harta sepencarian yang ditinggalkan oleh pasangannya yang telah meninggal dunia.

#4. Pelaksanaan wasiat

Wasiat ialah hasrat atau pesanan si mati yang dibuat semasa hayatnya namun ia hanya boleh dilaksanakan apabila pewasiat sudah meninggal dunia.

Harta yang ditinggalkan oleh si mati boleh diuruskan dengan pelaksanaan wasiat asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang ditinggalkan. Wasiat juga boleh diberikan kepada bukan waris asalkan tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta yang telah ditinggalkan. 

Wasiat perlu dibuat secara bertulis melalui pihak yang menyediakan perkhidmatan wasiat seperti Amanah Raya Berhad dan lain-lain agensi wasiat yang diktiraf di Malaysia. Kandungan wasiat juga boleh berubah berdasarkan perkara yang diingini oleh pewasiat semasa hayatnya.

#5. Pelaksanaan faraid

Faraid ialah bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak kepada waris si mati. Waris pula terbahagi kepada beberapa kategori iaitu waris utama, waris gentian, waris sisian pertama dan waris sisian kedua. Waris utama adalah insan yang paling rapat dengan si mati iaitu ayah,ibu, pasangan (suami atau isteri), anak lelaki dan anak perempuan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: mypf.my, siakap keli, mediautama

Baca juga: 

Penulis

Lala Annuar