Hasil kajian 5 dekad menunjukkan memukul anak menyebabkan hasil yang sama seperti mendera

Lebih banyak mereka dipukul, lebih cenderung mereka mempamerkan perilaku anti-sosial dan mengalami masalah kesihatan mental.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Earth based mom baru-baru ini telah berkongsi satu penulisan tentang kajian 5 dekad yang menunjukkan memukul anak menyebabkan hasil yang sama seperti mendera anak. Penulisan ini merujuk kepada satu artikel keluaran oleh Universiti Texas yang ada menyebut analis terbaru yang paling lengkap tentang asosiasi dengan memukul anak.

“Lebih banyak kanak-kanak dipukul, lebih cenderung mereka untuk menentang ibu bapa mereka serta akan meningkatkan perilaku anti-sosial, agresif, masalah kesihatan mental dan kesukaran kognitif, menurut satu meta analisis baru yang kajiannya sudah dijalankan selama 50 tahun oleh pakar di Universiti Texas, Austin dan Universiti Michigan.”

Menurut kajian ini lagi, para penyelidik ada menjelaskan yang “Lebih banyak mereka dipukul, lebih cenderung mereka mempamerkan perilaku anti-sosial dan mengalami masalah kesihatan mental.

“Mereka juga akan lebih menyokong hukuman fizikal buat anak-anak mereka, di mana menerangkan lagi salah satu kunci mengapa sikap mereka terhadap hukuman fizikal di turunkan dari generasi ke generasi.”

Memukul anak memang satu isu kontroversi di dalam dunia keibubapaan. Ada yang berkata, memukul anak itu wajar dan itulah yang menjadikan mereka manusia kini. Ya, ini memang betul. Tetapi, memukul anak berlebihan bukan caranya.

Malah, di dalam Islam sendiri menekankan tatacara menegur anak nakal dan memukul merupakan salah satu jalan terakhir. Bagaimana caranya mendidik anak yang nakal atau tidak mendengar kata menurut Islam? Ikuti perkongsian berikut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Menegur dan menasihati dengan lembut dan baik

Ini merupakan salah satu cara yang sebenarnya paling berkesan dan banyak diamalkan oleh ramai ibu bapa. Cara ini juga sangat bermanfaat dalam membetulkan salah dan silap anak. Mengapa cara ini sangat disarankan Islam malah semua agama?

Kerana selain menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak tentang bagaimana kita mengawal perasaan marah kita terhadap perilaku nakal mereka, mesej yang disampaikan dengan cara yang lembut lebih mudah diterima mereka.

2. Menunjukkan reaksi marah

Reaksi marah yang dikatakan ialah menunjukkan muka masam atau tidak berbicara dengan mereka untuk satu jangka masa yang pendek.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini akan membuatkan anak-anak sedar yang perbuatan mereka merupakan satu kesalahan dan anda tidak menyenangi perbuatannya itu.

Dengan tidak menegur mereka di dalam satu jangka masa yang pendek akan memberi mereka ruang untuk berfikir tentang kesalahan mereka.

3. Menggantungkan rotan di hadapan mereka atau memukul selain anggota badan anak

Di dalam erti kata lain, menunjukkan rotan di hadapan mereka atau memukul benda selain anggota badan anak seperti dinding atau kerusi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tujuan utama cara ini ialah bagi mendidik anak-anak agar mereka tahu yang kita sebagai ibu bapa tegas dan apa yang mereka lakukan itu salah.

Bukanlah mengajak ibu bapa mengugut anak-anak, namun hanya untuk menunjukkan yang kita sebagai ibu bapa tegas dengan yang salah tetap salah.

Memukul anak di dalam Islam

Ya, memang di dalam ada menyebut tentang memukul anak. Namun terdapat tatacaranya. Antara contoh larangan di dalam tatacara memukul anak di dalam Islam ialah;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • dilarang memukul anak yang belum berupaya memahami sesuatu keadaan atau ajaran
  • dilarang memukul anak yang tidak sihat atau kurang keupayaan tubuh badan
  • dilarang memukul di dalam keadaan marah
  • dilarang memukul hingga mendatangkan kesan seperti lebam atau luka
  • dilarang memukul di anggota lebih tinggi dari betis (betis dan ke bawah sahaja).

Tiada agama yang menggalakkan kekasaran atau keganasan di dalam semua perkara apatah lagi dalam mencorak anak-anak yang umpama kain putih. Apa yang kita tunjukkan kepada mereka, itu yang pasti mereka ikuti.

Anda mungkin juga berminat membaca tentang bagaimana untuk mendisiplinkan anak tanpa perlu memukul; telah diuji sebanyak 5 kali

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma