Hati-Hati Jika Anda Sering Sapu Vicks Pada Anak-Anak!

Hati-hati ibu bapa semua. Anda boleh menyapu vicks pada kanak-kanak yang sesak nafas, tapi bukan pada bayi yang berusia 2 tahun ke bawah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penggunaan vicks untuk bayi

Vicks untuk bayi memang menjadi satu ubat sapu yang wajib ada di setiap rumah. Bahan mentol ini dikatakan mampu meredakan hidung yang tersumbat.

Selalunya, ibu bapa akan menyapu vicks di bahagian hidung anak-anak, jika mereka sukar untuk bernafas atau mengalami hidung tersumbat. Ada sesetengah ibu bapa menyapu vicks di kaki anak-anak untuk meredakan demam!

Dan yang seronoknya... vicks memang beri kelegaan yang cepat. Ia kerana kandungan minyak kayu putih, mentol dan kapur barus yang ada dalam sebotol vicks.

Tapi sebenarnya, vicks tak melegakan hidung yang tersumbat, pun! 

Sapu vicks untuk baby

Jadi, sebenarnya tak baguslah sapu vicks pada anak-anak? Jawapannya anda boleh menyapu vicks pada anak-anak, tapi bukan pada bayi yang berusia bawah daripada 2 tahun.

Kajian baru terbitan Journal Pediatrics mendedahkan sapuan vicks memang boleh melegakan gejala bahagian saluran pernafasan tersumbat dan memudahkan seseorang untuk tidur.

Tapi, ia hanya untuk kegunaan kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas sahaja. Jadi, jangan sesekali sapu vicks pada anak yang masih muda. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian tentang penggunaan vicks

Sebuah kajian melaporkan vicks tak membantu anak anda yang mengalami masalah saluran pernafasan, pun! Malah, ia berbahaya untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Menurut kajian, vicks tidak membuka rongga pernafasan (udara) seperti yang disangka, tapi ia sebenarnya membuat minda anda "berfikir" yang sesak nafas itu telah berjaya dilegakan.

Tapi bagaimana? Melalui pencetus reseptor sejuk dan mentol pada hidung anda! Bila anda rasa kesejukan dari mentol itu, anda "fikir" sesak nafas anda sudah hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan lagi, vicks dikatakan boleh mengakibatkan keradangan di bahagian saluran pernafasan dan menggalakkan penghasilan kahak.

Jadi, berhati-hati ya...

Takut, kan? Jadi berhati-hati ya. Pakar menyarankan ibu bapa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum menyapu atau menggunakan bahan pelega ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda masih memakainya, cuba sapu vicks terus pada hidung anak anda. Campuran kapur barus boleh mengakibatkan sawan atau kesan sampingan buruk, jika termakan.

Untuk bayi yang berusia bawah daripada 2 tahun, cuba sapu minyak salep khas yang mengandungi rosemary, minyak kayu putih, lavendar dan wangian. Ia boleh menenangkan bayi anda.

Perkara terbaik yang boleh anda buat jika anda memang aktif menggunakan vicks adalah - baca dan ikut arahan yang disyorkan pada label botol vicks. Ha, jangan ambil mudah hal ini tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber rujukan & kredit gambar: Mom Junction

Penulis

Ayu Idris