Kini suasana mula terasa seperti Krismas di Malaysia, kerana bahagian paling meriah musim cuti telah tiba – hiasan perayaan yang menerangi pusat membeli-belah dengan lampu berkelipan dan warna ceria merah, putih, dan hijau.
Walaupun kita mengalami hari-hari hujan di Malaysia berbanding salji seperti dalam filem-filem Hallmark, anda masih boleh merasai suasana musim sejuk yang ajaib di pusat membeli-belah yang disenaraikan di bawah ini, yang memiliki dekorasi atau hiasasn Krismas paling cantik di Lembah Klang.
Hiasan Krimas Yang Cantik Di KL Dan Selangor
1. Suria KLCC
Pokok Krismas Tertinggi di Malaysia
Pokok Krismas bukan hanya tempat untuk meletakkan hadiah sahaja, dan Suria KLCC membuktikannya. Pusat membeli-belah KL ini menampilkan pokok Krismas setinggi 100 kaki sebagai mercu tanda utama dalam hiasan Krismas mereka. Untuk pengetahuan anda, pokok ini memiliki gelaran sebagai “replica pokok Krismas tertinggi di Malaysia”, dengan ketinggian setinggi kira-kira empat tingkat.
Pokok Krismas yang dihiasi dengan ribuan lampu berkelipan dan aksesori ini kembali diletakkan setiap tahun di lokasi antara fountain utama di Esplanade luarnya dan Menara Berkembar Petronas yang ikonik. Sudut mana pun yang anda pilih untuk bergambar, hasilnya pasti sempurna, jadi jangan lupa untuk membawa telefon yang penuh bateri!
Alamat: 241, Menara Berkembar Petronas, 50088, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Hubungi: 03-2382 2828 | Laman Web Suria KLCC
2. The Gardens Mall
Hiasan Krismas Semua Berwarna Putih
The Gardens Mall menawarkan dekorasi Krismas ajaib berwarna putih yang memberi anda pengalaman seakan-akan berada di destinasi musim sejuk yang jauh untuk meraikan Krismas putih.
Pameran The Wishing Forest menampilkan rusa dan burung hantu berwarna putih yang bersembunyi di sekeliling dedaunan yang berunsur salji. Di atas, salji yang berkilauan bergayut, dan lantai yang berkilauan menambah suasana musim sejuk yang memukau. Jika anda gemar mengambil gambar, lokasi ini sempurna untuk diteroka!
Alamat: Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Hubungi: 03-2297 0288 | Laman Web The Gardens Mall
3. IOI City Mall
Pokok Ajaib Dengan Rama-Rama Bergerak
Sebagai pusat membeli-belah terbesar di Malaysia, IOI City Mall tidak pernah mengecewakan dalam menyediakan hiasan musim perayaan yang cantik dan meriah. Tahun ini, mereka mempersembahkan Enchanted Christmas Wonderland di LG East Court dengan paparan tema berwarna pastel yang sangat menarik.
Pokok Krismas yang menjadi pusat perhatian adalah pokok perak bersaiz besar yang dihiasi dengan aksesori berwarna-warni, pita holografik besar, dan rama-rama yang bergerak – sempurna untuk dikongsi di Instagram dan Reels!
Alamat: Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Hubungi: 03-8328 8900 | Laman Web IOI City Mall
4. The Exchange TRX
Pokok Krismas Berwarna Biru Tiffany yang Elegan
The Exchange TRX memilih tema yang berbeza dengan tradisi Pokok Krismas berwarna hijau mereka dengan pokok berwarna biru Tiffany yang menawan. Pokok ini dihiasi dengan cahaya berkilauan dan aksesori Bird on a Rock yang menjadi ikon eksklusif jenama Tiffany & Co.
Di sekelilingnya terdapat pokok bersalji dan haiwan hutan seperti beruang kutub dan rusa, yang bersembunyi di antara dedaunan salji, menambah keunikan dekorasi ini.
Alamat: Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Hubungi: 03-8682 9888 | Laman Web The Exchange TRX
5. Sunway Pyramid
Pokok Krismas Berkilauan Dengan Susun Atur Kaca Berwarna
Sunway Pyramid tampil dengan tema Christmas Colourama yang menampilkan pokok Krismas dengan reka bentuk kaca berwarna cerah. Dengan pameran ini, suasana hiasan Krismas mereka adalah lebih unik dan memukau dengan refleksi berwarna yang indah.
Selain pokok kaca berwarna-warni yang menawan, kawasan ini juga menawarkan sudut bergambar yang sempurna dengan latar belakang geometri berkilauan dan aksesori Krismas ikonik seperti rusa yang megah.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500, Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Hubungi: 03-7494 3100 | Laman Web Sunway Pyramid
6. Mid Valley Megamall
Hutan Dongeng dengan Patung Burung Hantu Raksasa
Mid Valley Megamall selalu tampil dengan tema Krismas yang menawan setiap tahun. Untuk 2024, mereka memilih tema A Winter’s Tale, iaitu suasana seperti hutan ajaib yang dihiasi pokok Krismas megah dan patung raksasa seperti arnab dan burung hantu untuk pengalaman bergambar yang menarik.
Alamat: Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Hubungi: 03-2938 3333 | Laman Web Mid Valley Megamall
7. Pavilion KL
Salji Buatan dan Pameran Dior yang Mewah
Pavilion KL terkenal dengan paparan Krismas mereka yang mewah dan unik. Setiap tahun, mereka mencipta tema yang berbeza, dan kali ini mereka menawarkan pengalaman berbeza dengan salji buatan dan pameran eksklusif Dior yang berkilauan di seluruh kawasan mereka.
Alamat: Jalan Raja Abdullah, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam (Setiap Hari)
Hubungi: 03-2118 8833 | Laman Web Pavilion KL
8. 1 Utama Shopping Centre
Istana dan haiwan topiary dalam ruang taman
1 Utama Shopping Centre membawa suasana luar ke dalam demi pengunjung sempena Krismas ini. The Joyful Christmas Garden di pusat membeli-belah ini menampilkan hiasan pokok Krismas setinggi 30 meter dengan pari-pari emas dan haiwan topiary yang menghiasi ruang taman yang indah.
Di belakang pokok ini, istana juga menjadi lokasi terbaik untuk bergambar – dan Santa Claus turut singgah di sini untuk sesi bergambar!
Alamat: 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam, Setiap Hari
Hubungi: 03-7710 8118 | Laman Web 1 Utama Shopping Centre
9. Intermark Mall
Hiasan bertema Eropah untuk Krismas
Intermark Mall’s Christmas Wonder membawa sedikit keunikan Eropah ke Malaysia dengan paparan yang diinspirasikan oleh gaya Eropah di Atrium Utama pusat membeli-belah ini. Anda akan melihat hiasan pokok Krismas yang besar yang dikelilingi dengan bangunan gaya Eropah yang menawan dan vendor pop-up yang menjual dekorasi, makanan, dan hadiah perayaan.
Di beberapa hari terpilih, anda juga berpeluang menikmati persembahan string dan orkestra.
Alamat: 348, Jalan Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam, Setiap Hari
Hubungi: 03-2166 8170 | Laman Web Intermark Mall
10. Pavilion Bukit Jalil
Taman permainan bertema CoComelon dan dekorasi Krismas
Pavilion Bukit Jalil adalah destinasi sempurna untuk merasai semangat perayaan bersama keluarga tahun ini. Pusat membeli-belah ini menampilkan CoComelon Christmas Playland yang merupakan gabungan taman permainan dalaman dan instalasi Krismas.
Taman ini dihiasi dengan taman permainan yang boleh melantun. Pokok Krismas dihiasi dengan bola merah, hijau, dan putih turut menyerlahkan suasana yang ajaib.
Alamat: 2, Persiaran Jalil 8, Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam, Setiap Hari
Hubungi: 03-8092 8833 | Laman Web Pavilion Bukit Jalil
11. Fahrenheit88
Paparan avant-garde bertema Krismas
Di fahrenheit88, ia bukan sekadar hiasan pokok Krismas dan bola perhiasan sahaja. Pusat membeli-belah ini berkolaborasi dengan kumpulan tarian Jepun, Avantgardey, untuk mencipta paparan Starry Christmas yang avant-garde. Hiasan ini memaparkan ilustrasi gaya ikonik mereka yang unik sebagai dekorasi pada pokok besar berwarna emas dan ungu.
Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti mesin jualan Avantgardey dan sudut bergambar yang menarik.
Alamat: 179, Jalan Gading, Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam, Setiap Hari
Hubungi: 03-2148 5488 | Laman Web fahrenheit88
12. Pavilion Damansara Heights
Pokok unik bertema biskut Krismas
Pavilion Damansara Heights menghadirkan pengalaman yang unik dengan hiasan pokok Krismas yang tinggi 3.5m dihiasi dengan tin Krismas hijau dari GPR yang menyerupai jarum pinus.
Sebuah pentas dengan latar rumah gingerbread menjadi lokasi untuk persembahan seperti nyanyian carol dan orkestra yang memeriahkan suasana.
Alamat: 13, Jalan Damanlela, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam, Setiap Hari
Hubungi: 03-2637 8833 | Laman Web Pavilion Damansara Heights
Hiasan Krismas Paling Cantik di Lembah Klang
Untuk menceriakan mood perayaan anda, lawati pusat membeli-belah ini di Lembah Klang yang menawarkan dekorasi Krismas yang unik dan menarik.
Dengan pokok Krismas yang besar dan dekorasi eksentrik, ia pasti membantu anda memulakan percutian hujung tahun dengan penuh semangat!