Jadi isteri ketiga dan bermadu, wanita ini BANGGA kahwin suami orang!

Wanita ini memilih untuk bernikah dengan suami orang dan menjadi isteri ketiga. Namun, tak semua wanita sanggup hidup bermadu dan berkongsi kasih bersama orang lain...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita memang sangat sensitif apabila topik hidup berpoligami atau hidup bermadu ini disentuh. Kalau makan ‘madu’ memang sedap tapi kalau bermadu? Alamak boleh terbalik dunia rasanya!

Cerita pasal hidup berpoligami ini hangat diperkatakan semula apabila seorang wanita mengaku dan BANGGA bergelar isteri ketiga.

Bagi Haryani Ithnen, dia mempunyai sebab tersendiri kenapa memilih hidup berpoligami walaupun tahu dia akan berkahwin dengan suami orang dan tidak kisah menjadi isteri nombor tiga.

Akibat daripada perkongsiannya itu, ramai wanita atau kalangan para isteri yang lain merasa ‘bengang’ dan memberi kecaman hebat pada setiap ‘posting’ yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

Hidup berpoligami : kenapa saya pilih bernikah dengan suami orang? – Haryani Ithnen

Petikan ini dikongsi daripada Facebook miliknya. Jom kita lihat kenapa dia memilih suami orang sebagai pasangan hidupnya.

Pertama

Saya ada masa bersendirian. Saya suka bergolek di atas katil sampai tengah hari. Kalau lapar saya ke dapur dan bila sudah kenyang saya tonton filem. Itu adalah terapi paling best yang tak boleh dibayar walau semahal mana sekalipun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kedua

Bila berjauhan dengan suami, rasa teruja nak jumpa dia. Rindu.

Mungkin peringkat permulaan rasa janggal tapi bila fikir balik ramai saja sahabat saya amalkan perkahwinan jarak jauh. Jadi kenapa kita tak boleh pula, kan?

Ketiga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk wanita lewat usia, sama ada janda atau perawan. Cabaran terbesar adalah bagaimana nak cari lelaki bujang yang lebih tua dari dirinya dan baik.

Selalunya lelaki yang baik-baik ini, di universiti sudah nikah. Paling tidak, sebelum umur 30 mereka sudah tamatkan zaman bujang. Jadi suami orang adalah pilihan tepat.

Keempat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tak suka jadi isteri sepenuh masa. Penat nak kena sediakan semua keperluan suami 24 jam. Sebab itu, saya suka jadi isteri separuh masa.

Kelima

Saya ada banyak masa dengan keluarga. Sebab itu saya pilih hidup berpoligami. Siapa yang belum jumpa manisnya berpoligami. Itu tanda masih kurang ilmu dan teruskan belajar.

Hidup berpoligami: wanita ini dikecam teruk oleh netizen 

Walau bagaimanapun, tak tahu tujuan sebenar wanita tersebut berkongsi kisah peribadinya di laman sosial. Mungkin dia ingin berkongsi kegembiraan atau seronok hidup secara bermadu?

Apa kata anda? Ini antara kata-kata yang kami kumpul dari beberapa netizen yang komen pada post wanita tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesimpulannya, setiap manusia berhak memilih jalan hidup masing-masing.

Sekiranya memilih untuk hidup bermadu, mestilah kuat dan cekal hati dalam mengharungi kehidupan ini. 

Selain itu, anda sebagai isteri tak kira yang keberapa sekalipun harus sentiasa mengingatkan suami agar berlaku adil dengan isteri-isterinya. Barulah rumah tangga aman damai dan sentosa. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Oh My Media

Baca juga:

10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah