Pemandu teksi ini bersatu semula dengan anak yang hilang selepas 24 tahun

Pemandu teksi ini telah hilang anak di tempat awam, dia mencuba pelbagai cara untuk mencari anaknya. Pencarian selama 24 tahun akhirnya membuahkan hasil!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hilang anak di tempat awam adalah pengalaman ngeri setiap ibu bapa. Bayangkan kita perlu melalui hari-hari memikirkan sama ada anak kita selamat atau tidak, adakah makan minum mereka cukup ke, bagaimana keadaan dia sekarang. Adakah dia sakit? Takut? 

Lebih 20 tahun lalu, seorang ayah (Wang Mingqing) telah kehilangan anaknya di pasar yang sibuk. Dia membuat keputusan untuk melakukan apa sahaja bagi mendapatkan anaknya semula.

Azam dan rasa sayang pada anaknya akhirnya membuahkan hasil apabila dia bersatu semula dengan anak perempuannya yang hilang selama 24 tahun!

Ini adalah cerita luar biasa tentang usaha Wang Mingqing dalam mencari anak kesayangannya dan bagaimana dia menghadapi segala rintangan untuk bersatu dengan anaknya.

Mimpi ngeri hilang anak di tempat awam menjadi kenyataan buat seorang ayah…

Wang Mingqing sedang menjaja buah bersama isterinya di jalan Chengdu di hari yang malang pada tahun 1994 itu. Ketika anaknya hilang, pasangan ini sedang melayan pelanggan yang ramai.

Tertekan, Wang telah mencuba pelbagai cara untuk mencari anaknya. Dia pergi ke balai polis dan meletakkan tanda orang hilang di jalan-jalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia juga mencari anaknya di tempat perlindungan kanak-kanak dan hospital di bandar. Tetapi semua usahanya menemui jalan buntu.

Wang menjadi pemandu teksi untuk meluaskan lagi pencarian anak mereka.

Pada 2015, Wang membuat keputusan untuk menjadi pemandu untuk Didi Chuxing, perkhidmatan teksi yang besar. Dia percaya dengan menjadi pemandu teksi, ia akan memberi lebih peluang untuk mencari anaknya yang hilang.

Dia kongsi kad maklumat tentang anaknya yang hilang kepada setiap penumpang yang dia bawa. Dia menyuruh mereka untuk menyebarkan maklumat di WeChat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malangnya, Wang tidak ada gambar anaknya. Tapi dia menggunakan gambar anaknya yang lain pada risalah. Kemudian, dia akan menerangkan yang 2 beradik itu mempunyai rupa yang sama.

Ramai wanita muda yang menghubungi Wang selepas kisahnya menjadi viral. Tapi ujian DNA menunjukkan mereka bukan anaknya. 

Hilang anak di tempat awam: Pencarian berhasil

Artis lakaran polis yang tersentuh dengan kisah Wang telah melakar kemungkinan rupa anak Wang sekarang. Lakaran tersebut telah dikongsikan secara meluas di sosial media.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lambat laun, gambar tersebut diterima oleh Kang Ying, seorang ibu berusia 27 tahun yang tinggal di Panshi, lebih 3,000 kilometer dari Chengdu. Kang tidak dapat menafikan persamaan lakaran tersebut dengan wajahnya, jadi dia menghubungi Wang.

Ujian DNA mengesahkan yang genetik mereka padan. Selepas pencarian tanpa lelah selama 20 tahun, Wang berjaya menemui anaknya.

Kisah Kang, anak yang hilang di pasar sibuk

Keluarga angkat Kang telah menemuinya di jalan Chengdu semasa dia kecil. Dia membesar di kota Sichuan hanya 2- kilometer dari ibu bapa kandungnya.

Apabila Kang menemui keluarga kandungnya, dia terus terbang pulang ke Chegdu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kang kongsikan pada media: “Seluruh dunia mengatakan saya tak ada ibu, tapi saya ada!”

Apabila bersama anak di tempat awam…

Dalam banyak-banyak perkara kisah ini mengajar kita, yang paling terselah adalah bagaimana mudahnya untuk kita hilang anak di tempat awam.

Hanya beberapa saat, anak boleh hilang dari pandangan. Apa yang perlu anda lakukan apabila berada di tempat awam bersama anak anda adalah:

  • Buat kad identiti atau tanda untuk anak anda dan pastikan mereka memakainya setiap masa apabila anda di tempat yang sibuk. Masukkan alamat dan nombor telefon supaya apabila anak anda sesat, orang boleh menghubungi anda.
  • Pegang tangan anak anda setiap masa. Pastikan mereka tidak lepas dari pandangan anda. Serta ajar anak anda untuk tidak tinggalkan anda di tempat yang sibuk.
  • Ajar anak anda perkara asas seperti nama penuh, nomboer telefon anda dan alamat rumah supaya mereka kongsi maklumat ini dengan orang dewasa yang lain.
  • Jika anda di pusat membeli belah yang sibuk, tunjukkan tempat jumpa di sana. Sekiranya terpisah, anak anda akan tahu nak pergi ke mana.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

10 Cara Untuk Elak Anak Anda Hilang Atau Sesat Di Khalayak Ramai

Penulis

Nadia Ghafar