7 Sebab Kenapa Isteri Hilang Rasa Cinta Pada Suami, Soal Tak Hiraukan Anak Paling Buat Isteri Fed up!
Ini sebab mengapa tiada lagi cinta dan hilangnya rasa hormat isteri pada suami
Selepas akad nikah berlangsung, isteri tentunya sudah tahu tentang tanggungjawabnya kepada suami di mana mereka perlu hormat dan taat. Namun begitu, ada ketikanya isteri hilang rasa cinta pada suami disebabkan beberapa perkara hingga keharmonian rumahtangga tidak lagi berseri.
Tak cukup dengan itu, anak-anak juga akan menerima tempiasnya dengan tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya dari kedua-dua ibu bapa. Berikut adalah perkongsian dari seorang bapa bernama Mohd Fhais yang berkongsi pendapat tentang punca dan mengapa isteri hilang rasa hormat pada suami.
7 sebab isteri hilang rasa cinta pada suami dan tiada lagi hormat
#1. Kurang bijak uruskan wang
Sebab pertama yang membolehkan isteri tak hormat adalah bila tiap-tiap bulan isteri yang keluarkan duit belanja dapur. Malah mereka juga yang kena tanggung beli beras, sayur, daging, ayam, ikan, pampers anak, susu anak dan lain-lain.
Kalau suami cakap tak mampu tanggung semua sebab banyak hutang, itu bukan alasan yang wajar diberikan! Sepatutnya anda perlu bijak menguruskan wang dengan lebih baik.
#2. Suka marah tak kena tempat
Ini paling isteri fedup, bila suami selalu marah tak kena tempat. Sikit-sikit nak marah saja kerjanya, tentulah isteri hilang rasa cinta pada suami! Ternyata ia membuatkan isteri terseksa dan diburu rasa benci kerana suami tak pandai urus emosi dengan bijaksana.
#3. Bab masa memang kelaut!
Ini satu lagi yang boleh menyebabkan isteri hilang hormat bila suami tak pandai urus masa dan asyik berkepit dengan telefon bimbit 24 jam!
Ya, tidak salah jika suami nak main game atau layan whatsApp group tapi perlu utamakan keluarga terlebih dahulu dan aktiviti lain itu dilakukan pada masa yang betul.
#4. Urusan rumah memang tak pernah nak bantu
Sememangnya ada perkara tertentu yang isteri memerlukan suami di sisi bagi sama-sama selesaikan masalah. Tapi ada segelintir suami yang bila balik rumah hanya mahu berehat dan mengelak dari mendengar masalah lain. Anggapan ini sebenarnya salah!
Sebab itu, bila isteri nak share masalah dan suami buat tak tahu tentunya isteri akan rasa terseksa jiwa dan raga hingga membuatkannya hilang rasa hormat. Malah timbul rasa menyesal!
#5. Tak endah tentang anak
Ini paling menyakitkan jiwa isteri bila suami langsung tidak endah tentang anak sama ada hal pelajaran anak, baju anak, sakit anak dan sebagainya. Malah semua diserah bulat-bulat pada isteri untuk uruskan.
#6. Isteri tidak dipedulikan
Bukan bab anak saja dia tak ambil pusing tapi isteri juga turut mengalami nasib yang sama bila suami membiarkan mereka berdikari seorang diri. Jadi jangan tanya mengapa isteri makin meluat dengan suami jika perasaan isteri tak pernah dikasihi.
#7. Kurang matang
Ini paling menyirap bila suami tak pernah matang walaupun sudah berkahwin bertahun lamanya. Tak matang yang macam mana? Misalnya tak pernah jaga hati isteri, cakap main lepas saja, dengar nasihat jauh sekali dan banyak lagi.
Ingatlah, kahwin ini bukan sekadar nak seronok seronok je. Tapi perlu disusuli dengan pengorbanan, kasih sayang dan bantu membantu.
Suami tentunya impikan isteri menghormati anda, bukan? Ia mudah saja untuk dipenuhi dengan cara anda juga menghormati perasaan mereka.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mohd Fhais
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga