X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

8 Tabiat Buruk Suami Buat Isteri Rasa Tidak Dihargai, Kurang Keyakinan & Tidak Cantik!

4 min bacaan
8 Tabiat Buruk Suami Buat Isteri Rasa Tidak Dihargai, Kurang Keyakinan & Tidak Cantik!

Kalau suami ada 8 tabiat buruk ini, pasti isteri rasa tidak dihargai dan mungkin menganggap diri mereka "buruk" di mata suami. Apa kata suami ubah perlahan-lahan tabiat buruk ini?

Wanita biasanya mendirikan rumah tangga dengan tanggapan mereka tidak akan rasa diabaikan lagi . Tapi hakikatnya, situasi isteri rasa tidak dihargai itu boleh terjadi, lebih-lebih lagi kalau suami ada 8 tabiat buruk ini. 

Wanita ini emosinya lemah. Mereka boleh rasa insecure dalam pelbagai perkara. Memang keyakinan diri seorang isteri tak terletak sepenuhnya di bahu suami. Tapi suami juga harus bijak mengemudi rumah tangga agar tidak melukakan hati isteri.

8 Tabiat Buruk Suami Buat Isteri Rasa Tidak Dihargai

Ini antara tabiat buruk suami yang membuatkan isteri anggap diri mereka “buruk” di mata suami:

1# Suami tak mahu mendengar

isteri rasa tidak dihargai

Kredit: HuffPost

Apabila isteri mahu bercakap dengan anda, dengarlah apa yang dia ingin cakapkan. Pastikan juga anda memandang matanya. Tahan rasa nak scroll timeline dan semak handphone anda itu.

Ingatlah, isteri anda ini adalah pasangan sehidup semati yang telah anda pilih. Pasti dia lebih penting berbanding semua emel dan newsfeed Facebook atau Instagram yang ada.

2# Suami tak nampak sebarang kelainan yang dibuat isteri

Wahai suami, ketahuilah, isteri anda amat memandang berat segala pendapat anda. Jadi apabila dia membeli baju baru atau menukar stail rambutnya, respons dari anda adalah benda yang paling dia tunggu-tunggu.

Suami pula biasanya susah nak perasan sebarang perubahan “kecil” yang dibuat si isteri ini. Tugas anda sebenarnya adalah menumpu perhatian padanya.

Jika anda nampak sebarang kelainan, puji saja isteri. Dia pasti seronok anda nampak kelainan yang dia ubah. 

3# Puji wanita lain banyak kali sangat

isteri rasa tidak dihargai

Kredit: Redaksi

Tak salah kalau suami memuji kekuatan dan keberanian wanita lain. Tapi kalau anda terlebih memuji wanita itu, isteri anda pasti akan memikirkan anda tengah “membandingkan”nya dengan wanita lain.

Anda tak mahu perang dan tidur di luar, kan? Jadi sila buang tabiat buruk ini! Tidaklah isteri rasa tidak dihargai lagi.

4# Suka tengok pornografi

Menonton pornografi akan menyebabkan wanita fikir dirinya “tak cukup bagus” untuk si suami. Memang ada isteri yang membenarkan suami menonton porno, tapi mereka sebenarnya terluka dan rasa tidak dihargai.

Walaupun suami pandai sorok-sorok tengok porno, tapi porno ini sebenarnya tidak sihat. Ia mampu merosakkan rumah tangga anda!

Menurut kajian Fight the New Drug, pengkaji mendapati lelaki yang banyak menonton pornografi akan rasa semakin kurang mencintai pasangan, dan lebih gemar mengkritik prestasi seksual atau penampilan pasangan. 

Siapa yang suka begitu, kan?

5# Tengok wanita lain macam nak telan orang!

8 Tabiat Buruk Suami Buat Isteri Rasa Tidak Dihargai, Kurang Keyakinan & Tidak Cantik!

Kredit: Sky News

Memang menjadi lumrah, kita akan tertarik pada kecantikan.

Memandang kecantikan wanita lain mungkin tidak boleh diubah, tapi demi isteri anda, tolonglah… Jangan tengok wanita lain macam anda nak telan orang!

Tak kisahlah macam mana anda cover nak tengok wanita lain pun, si isteri akan tahu bila anda buat perangai itu. Anda mahu ke kalau isteri pandang dan puji lelaki lain yang lebih handsome dari anda?

6# Tak cuba goda isteri dulu

Kalau isteri anda saja yang asyik memulakan langkah pertama jika dia mahu beraksi di ranjang, lama-lama isteri anda akan fikir dia ini mungkin kurang cantik. Selepas itu mulalah isteri rasa tidak hargai.

Kadang-kadang, apa kata anda mulakan langkah pertama dulu?

7# Hanya sentuh isteri bila anda mahukan seks

isteri rasa tidak dihargai

Tahukah anda, isteri sebenarnya amat menghargai pelukan dan ciuman di dahi yang anda jarang beri itu? Ia sebenarnya lebih intim berbanding seks.

Jadi anda sebagai suami pun kenalah bijak memberitahu isteri yang dia amat dihargai, tapi bukan dengan seks saja! Isteri kena tahu dialah insan sehidup semati yang paling anda hargai, walaupun ketika anda tiada mood.

8# Jarang puji isteri dengan kata-kata manis

Kalau anda rasa isteri nampak cantik, beritahu dia. Kalau anda rasa anda amat hargai apa yang isteri buat untuk keluarga anda, beritahu dia. 

Jangan ingat isteri tahu semua benda yang anda fikirkan. Kadang-kadang, isteri juga nak dengar sedikit kata-kata manis atau pujian agar mereka rasa dihargai dan dicintai pasangan.

Memang bukan mudah nak ubah 8 tabiat buruk ini dalam sekelip mata. Tapi kalau anda cuba, pasti anda boleh mengubahnya kelak. 

Cubalah, demi isteri anda juga. Anda pasti tak mahu mereka rasa tidak dihargai, kan? Atau lebih buruk, anda mesti tak mahu mereka anggap yang diri mereka itu mungkin “buruk” dan “tak menarik” di mata suami!

Artikel ini disumbangkan oleh theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Lima Gaya Keibubapaan: Manakah Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda?
Lima Gaya Keibubapaan: Manakah Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda?
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Nurturing Money Values: Understanding The Difference Between A Want And A Need
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Mimpi Ngeri Setiap Ibu Bapa: Apabila Anak Jatuh Sakit dan Kita Tidak Dapat Buat Apa-Apa
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila
Pengajaran Tentang Kewangan Yang Anak-Anak Akan Ingat Sampai Bila-bila

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • 8 Tabiat Buruk Suami Buat Isteri Rasa Tidak Dihargai, Kurang Keyakinan & Tidak Cantik!
Kongsikan:
  • Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga

    Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga

  • Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

    Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga

    Anda Rasa Tawar Hati Dengan Suami? Suami Pula Tidak Lagi Tertarik Pada Anda? Ini Punca Kegagalan Rumahtangga

  • Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

    Hentikan 3 Tabiat Buruk Ini SEKARANG Jika Anda Mahu 'Selamatkan' Duit Anda

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.