TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Wahai Suami, Puji-Pujilah Masakan Isteri, Barulah Berbaloi Susah Payah Memasak Untuk Anda

4 min bacaan
Wahai Suami, Puji-Pujilah Masakan Isteri, Barulah Berbaloi Susah Payah Memasak Untuk Anda

Suami, tak salah sesekali puji masakan isteri. Barulah, isteri lebih bersemangat nak masak setiap hari...

Lepas balik kerja, pin tudung pun belum sempat buka, isteri terus berlari ke dapur keluarkan barang-barang nak masak dari peti sejuk. Sambil itu, dijeling jam dinding rumah takut tak sempat nak si isteri memasak sebelum suami balik.

Tugas dia tak henti setakat itu saja. Ada lagi tugas kena kemas rumah dan layan karenah anak yang mungkin tengah menangis ketika itu. Fuh, boleh bayang tak betapa penatya dia?

Selesai saja isteri memasak, bunyi kereta enjin suami berhenti depan rumah sebagai tanda suami sudah pulang dari kerja. Tepat jam lapan malam, pasangan suami isteri ini pun menikmati juadah makan malam yang telah siap dimasak oleh si isteri tadi. Tapi tiba-tiba si suami pula boleh cakap begini. 

“Eh, kenapa masak lemak awak ini macam kurang garam”. atau ” Nasi awak masak ini macam lembik saja!” 

Terus sentap hati si isteri. Siapa yang tak sakit hati kan kalau suami bagi complaint macam ini? Bukan nak ucap terima kasih atau menghargai, tapi boleh pula dia komen sana sini. Ini boleh bikin marah! 

Dengan sakit hati dan sebal, isteri pun jawab ” Tak nak makan sudah, buang saja! 

Isteri memasak, kenapa suami susah sangat nak puji? 

isteri memasak

Kredit: Unsplash

Kasihan si isteri, penat dia masak tapi suami sedikit pun tak jamah. Ada juga yang buka tudung saji pun tidak! 

Inilah yang ingin dipesan pada para suami sekalian, sekalipun anda sudah kenyang dari balik kerja, cubalah jamah sedikit masakan isteri itu. Ambil hati dia. 

Anda tahu tak masak ini sebenarnya penat? Mana nak kupas kulit bawang, giling cili, buat santan dan sebagainya lagi. Semuanya memerlukan masa yang agak lama tapi anda encik suami sewenangnya cakap tak sedap!  Nanti dia tak masak baru tahu.

Kalau sudah kenyang sekalipun, jangan cakap direct. Cuba jaga hati isteri itu sikit. Susah ke? 

Setiap kali dia masak, cubalah puji sikit, barulah dia rasa seronok dan dihargai. Sekaligus hilang rasa penat isteri memasak itu.

Esok lusa mesti dia akan perbaiki dari segi “rasa” masakannya nanti. Paling tidak dia sudah berusaha untuk masak buat suami tercinta. 

Jika isteri memasak, cuba bagi idea apa anda nak makan

isteri memasak

Kredit: Pexels

Isteri ini sebelum dia mula masak, mesti dia tanya encik suami nak makan apa, kan? Ha… time inilah anda boleh cadangkan untuk dia sekaligus bantu dia mencari idea masakan yang menarik. 

Jangan pula cakap “tak kisah apapun abang okey saja”. Nanti dia masak tak kena selera, anda juga marah, kan? 

Jadi bila dia tanya, cuba bagi tahu spesifik nak makan apa supaya kerja memasak dia jadi lebih mudah dan cepat. 

Isteri memasak di dapur, tolong-tolonglah bantu dia 

Wahai Suami, Puji-Pujilah Masakan Isteri, Barulah Berbaloi Susah Payah Memasak Untuk Anda

Kredit: Freepik

Kebanyakan isteri zaman sekarang semuanya bekerja jadi adalah bagus jika anda meluangkan masa di dapur dengan membantu isteri memasak. 

Bayangkan dia juga penat bekerja seperti kalian tapi pulang ke rumah kerja lain pula menanti. Jadi tak salah untuk anda ringankan tugas memasak dia dengan bantu potong bawang ke, potong cili ke atau basuh sayur ke.

Pasti dia rasa lebih seronok dan dihargai walaupun hanya bantuan kecil daripada suaminya itu. 

Tips ambil hati isteri tanpa belanja besar 

isteri memasak

Kredit: Freepik

  1. Jika isteri memasak, suami tolong basuh pinggan. 
  2. Isteri basuh baju, suami tolong sidaikan. 
  3. Isteri lipat baju, suami tolong kemas dalam almari 
  4. Tolong basuh kereta isteri. 
  5. Sesekali belikan hadiah buat isteri. 
  6. Ungkapkan kata cinta pada isteri setiap hari. 
  7. Hindari buat sesuatu perkara yang isteri tak suka.
  8. Bawa isteri berjalan atau bercuti ke tempat yang dia belum pernah pergi. 
  9. Buat kejutan seperti sambutan ulang tahun kelahiran atau perkahwinan. 
  10. Akhir sekali, berikan pujian setiap kali isteri masak atau berlawa semata-mata buat suami tercinta. 

Selamat mencuba menang hati isteri ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Pesona Pengantin, Amir Syahir

Baca juga: Akibat nak dilihat perfect, akhirnya wanita ini alami stres melampau! Baca perkongsiannya…

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Wahai Suami, Puji-Pujilah Masakan Isteri, Barulah Berbaloi Susah Payah Memasak Untuk Anda
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham