Pernah tak anda mempunyai hobi yang unik tidak kira semasa kecil atau ketika sudah bergelar ibu ayah?
Sememangnya setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai hobi tertentu seperti yang biasa kita dengar suka membaca, suka kumpul setem, suka menonton Youtube, suka memasak dan banyak lagi hobi yang boleh dikatakan relevan mengikut peredaran masa.
Hobi yang unik untuk jadi bayi
Tapi, lain pula dengan seorang wanita yang berusia 25 tahun dan berasal dari Wilayah Pantai Timur Amerika Syarikat ini.
Apabila sanggup membelanjakan hobi yang unik itu kira-kira AS$300 bersamaan (RM1,268) setiap bulan semata-mata ingin menjadi seorang bayi.
Namun, perbelanjaan bulanannya sebagai bayi itu ditampung sepenuhnya oleh 426 orang pelanggan yang masuk ke dalam laman webnya.
Menjalani gaya hidup seperti bayi kecil
Menurut laporan daripada Mirror, wanita berkenaan yang bekerja sebagai pereka kandungan menjalani gaya hidup seperti seorang bayi sepenuh masa sejak Mei 2018 lagi.
Setiap pagi selepas menukar lampin pakai buang, Paigey Miller yang gemar berpakaian bayi akan meluangkan masa untuk bermain dengan permainan termasuklah koleksi Barbie dan Polly Pocket.
Kemudian, wanita ini akan membuat bahan kandungan untuk komuniti bayi dewasa dalam platform di atas talian.
Bantu menghilangkan rasa malu mempunyai hobi yang unik
Dengan membuat khidmat langganan di laman sendiri, menurut Paigey dia ingin membantu menghilangkan rasa malu golongan sepertinya sambil membiayai perbelanjaan yang mahal untuk gaya hidup seorang bayi.
Menurutnya, dia suka mengumpul permainan dan memang ada perangai lucu seperti seorang kanak-kanak.
Meskipun hobi yang unik tapi semua kawan dan keluarga masih menerima dirinya apa ada.
“Saya pernah mencari di internet untuk melihat adakah wujud individu lain seperti saya dan ia agak mengejutkan kerana ada komuniti lain seperti saya,” katanya.
Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka malu untuk mendedahkan identiti diri tapi Paigey berbeza kerana membuat keputusan dengan berkongsinya di saluran Youtube mengenai kisah orang dewasa sebagai bayi.
Meskipun ada juga yang pertikaikan hobi yang unik itu, tapi wanita ini tidak ambil peduli.
Malah dia terbuka untuk menerima sebarang maklum balas positif mahupun negatif daripada pengikutnya di laman sosial media.
Ramai mengucapkan syabas dan terima kasih
Hampir setiap hari Paigey akan menerima e-mel daripada netizen dengan mengucapkan terima kasih kerana dia menjadi diri sendiri. Walau bagaimanapun, dia tidak menolak bahawa masih ada juga individu lain yang pelik mengapa perempuan dewasa sepertinya ingin menjadi bayi.
Meskipun suka menjadi bayi tapi wanita ini tetap hidup seperti orang dewasa yang normal dan melakukan rutin seperti biasa. Hal ini kerana, bagi Paigey menjalani hidup sebagai seorang bayi membawa seribu keriangan.
Malahan, ia bukan penghalang untuk Paigey merasai pengalaman bercinta seperti individu dewasa yang lain kerana dia merupakan tunangan seseorang sejak lima tahun yang lalu.
Walaupun tunangnya tidak menjalani hidup yang sama namun dia sentiasa menyokong Paigey dengan hobi peliknya ini.
Wah, memang tak sangka wujud rupanya individu yang suka berperwatakan seperti seorang bayi. Apapun asalkan wanita ini gembira dengan kehidupan yang dijalani setiap hari.
Pandangan negatif
Namun begitu, hobi yang unik ini juga kuat didebat dalam talian kerana wanita ini memilih untuk melakukan sesuatu yang tidak masuk dek akal.
Ada juga yang beranggap bahawa perbuatannya ini seolah-olah mencipta daya seksual terhadap anak-anak kecil. Lagi -lagi kerana sebahagian gambar-gambarnya kurang sopan.
Setiap hobi manusia berbeza
Setiap manusia mempunyai hobi tersendiri bagi memenuhi minat dan keseronokan mereka terhadap sesuatu perkara. Tak dinafikan, ada hobi yang percuma dan ada juga yang memerlukan perbelanjaan tertentu.
Contohnya hobi beriadah yang dianggap hobi percuma yang mana anda boleh mendapatkan di taman-taman rekreasi bagi menzahirkan rasa keseronokan itu dengan bersenam, bersiar-siar, berbasikal dan sebagainya.
Sementara itu, hobi yang memerlukan perbelanjaan pula seperti menonton wayang, membaca buku, masak-masak dan sebagainya.
Sememangya dengan hobi ini dapat memberikan kepuasan dan ketenangan jiwa kepada setiap individu. Walaubagaimanapun, hobi tidak boleh dijual beli, diwarisi mahupun dipaksa. Tapi ia datang secara semulajadi.
Jika masih bersekolah, kita sering ditanya apakah hobi anda? Kemudian kita akan memberitahu hobi yang biasa-biasa saja seperti memancing, main bola sepak dan sebagainya.
Namun berbeza dengan zaman kini hobi kanak-kanak dan orang dewasa semakin ekstrem dan pelik. Hal ini kerana mereka bimbang akan digelar ketinggalan zaman, kolot atau tidak mengikut arus permodenan.
Bagaimanapun, biarlah orang nak kata apa pun asalkan anda seronok dan gembira dengan hobi yang unik itu sudah cukup memberi kepuasan sepenuhnya.
Misalnya hobi selebriti terkenal antarabangsa, Johny Deep yang suka mengumpul patung barbie dan kumis palsu yang lucu. Kumis palsu yang dimilikinya itu akan dipakai secara berganti-ganti semasa bertemu dengan peminatnya.
Malah dia tidak pernah rasa malu dengan hobi yang pelik itu selagi ia tidak memudaratkan orang lain.
Oleh itu, tanamkan hobi ini dalam diri anda kerana ia boleh memberikan kesan baik dari aspek kesihatan mental dan fizikal sekaligus menjadikan hidup lebih menarik.
Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Kecil Berubah Sikap Selepas Ke Sekolah? Awas Ibu, Ini Tanda-Tanda Dia Sebenarnya Mangsa Buli
Baca juga: Anak Kecil Ini Beli Rumah Bernilai RM33 Juta Dengan Hanya Reviu Produk di YouTube Sahaja!
Baca juga: Letak Nama Anak Dengan Nama Vjay, Wanita Dikecam Netizen Dedah Maksud Sebenar