Hormon Lelaki Juga Berubah Sebaik Saja Ada Anak, Sama Macam Si Ibu! - Kajian

undefined

Sebaik melahirkan anak, ibu akan alami perubahan yang menyediakan diri mereka sebagai ibu. Namun tahukah anda hormon lelaki juga mengalaminya?

Benarkah hormon lelaki turut berubah sebaik sahaja menjadi seorang bapa?

Kelahiran anak selalu dikatakan tidak berkaitan dengan golongan bapa, kerana mereka tidak mengandung dan melahirkan bayi.

Hal ini ternyata memberi pengaruh kepada si bapa, seolah-olah golongan bapa bukanlah yang ‘utama’ bila bercakap tentang penjagaan bayi kerana ikatan yang lebih kuat dengan ibu.

Perubahan Hormon Lelaki Yang Bergelar Bapa

hormon lelaki

Akibat ini, mereka berasa kurang yakin dan mempersoalkan kebolehan mereka: Adakah mereka akan menjadi ibu bapa yang “baik”? Adakah mereka akan ikatan dengan bayi mereka? Bagaimana mereka tahu apa yang harus dilakukan?

Walaupun perkara ini benar, namun para saintis mendapati kedua-dua lelaki dan wanita mengalami perubahan hormon dan otak yang menampakkan peralihan utama ini dalam kehidupan ibu bapa.

Pada dasarnya, menjadi seorang bapa juga mengalami perubahan biologi sebagaimana seorang ibu!

Hormon Testoteron Mempengaruhi Sifat Kebapaan

tentang ayah

Kajian menunjukkan, lelaki dengan tahap testosteron yang lebih tinggi cenderung lebih menarik pasangan yang berpotensi. Namun ini bermakna mereka lebih cenderung menjadi bapa yang lebih baik, dan menolak peluang untuk mencari pasangan lain.

Dr. Lee Gettler, Ph.D., seorang ahli antropologi Amerika berkata, semakin dramatik penurunan itu, semakin besar kesannya pada tingkah laku manusia.

“Kami mendapati lelaki yang baru menjadi bapa mempunyai testosteron yang lebih rendah pada hari selepas bayi mereka dilahirkan.” “Mereka melakukan lebih banyak tugas penjagaan dan bayi yang berkaitan dengan bayi beberapa bulan kemudian.”

Ramai lelaki mungkin mengeluh dengan kajian ini, namun kajian juga menyatakan sekiranya paras testoteron lelaki rendah, ia bermakna dia tidak cenderung untuk mendapat ganjaran yang lebih hebat.

Ganjaran tersebut adalah hormon kasih sayang, oxytocin dan dopamin yang terhasil apabila berinteraksi bersama anak. Bapa bukan sahaja mempunyai ikatan yang kuat dengan anak, malah merangsang kebahagian dan rasa selamat anak pada bapanya.

Perubahan Dalam Otak Lelaki

Menariknya, otak juga nampaknya mengalami perubahan struktur untuk memastikan bapa mempamerkan kemahiran utama keibubapaan.

Pada tahun 2014, Dr. Pilyoung Kim, Ph.D., seorang pakar pembangunan neurosains  di The University of Denver, menguji 16 bapa baru dalam mesin M.R.I. : kali pertama antara 2-3 minggu pertama bayi dilahirkan, dan sekali lagi antara 12-16 minggu.

Dr. Kim menemui perubahan otak yang mencerminkan perubahan yang berlaku pada ibu baru: Sebahagian bahagian otak yang dikaitkan dengan perhubungan, membelai, empati dan keupayaan untuk menafsir dan bertindak balas dengan sewajarnya kepada tingkah laku bayi kelihatan lebih jelas berbanding ujian pertama!

anak ayah

Walaupun kedua-dua ibu dan bapa melalui perubahan hormon selepas mempunyai anak, namun mereka mengalami perubahan dalam bahagian yang tidak sama.

Bagi ibu, perubahan ini membolehkan mereka menjaga, memelihara dan mengesan risiko.

Tetapi bagi bapa, bahagian yang dipengaruhi adalah di permukaan luar otak, di mana mereka mengalami fungsi kognitif yang lebih tinggi, seperti minda sedar seperti penetapan matlamat, perancangan dan penyelesaian masalah.

Kajian yang menarik ini membuktikan menunjukkan ibu dan bapa mendapat “ganjaran” neurokimia yang berbeza selepas tingkah laku keibubapaan tertentu, sekaligus menolak stereotaip yang menyatakan bapa tidak terpengaruh dengan kehadiran bayi!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parenting.nytimes

Baca juga:

Peranan Penting Seorang Ayah Dalam Keluarga Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!