X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

10 bukti hubungan ayah dan anak perempuan cukup dekat dan istimewa

4 min bacaan
10 bukti hubungan ayah dan anak perempuan cukup dekat dan istimewa

Anak perempuan adalah ratu di hati ayah manakala, ayah adalah hero di hatinya.

Selain ibu, ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidupku, menjadi penyeri dalam kehidupan dan menjaga kita saban waktu tanpa rasa penat.

Ayahlah juga insan yang sanggup menolong ibu membancuh susu kita, ayah juga insan yang keluar mencari rezeki buat seisi keluarga dan ayah jugalah lelaki yang menyuapkan kita nasi tatkala lapar.

Justeru, hubungan ayah dan anak perempuan memang tak akan pernah berpisah meskipun kita telah semakin dewasa. 

Walaupun anak perempuan sudah berkahwin, hubungan ayah dan anak perempuan tidak akan berakhir dan tiada galang gantinya. Berikut adalah 10 bukti kenapa hubungan ayah dan anak perempuan terlalu istimewa.

Hubungan ayah dan anak perempuan : 10 alasan hubungan itu cukup istimewa 

1. Ayah lelaki pertama hadir dalam hidup anak perempuan

hubungan ayah dan anak perempuan, hubungan erat, hubungan ayah dengan anak, hubungan bapa dan anak perempuan, jaga hubungan baik ayah dan anak perempuan, ayah role model anak perempuan

kredit: Emma Maembong instagram 

Ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup anak perempuan. Sebab itu apa yang ingin dilakukan pasti akan meminta restu dan persetujuan ayah terlebih dahulu.

Bagi anak perempuan, selain ibu, ayah adalah insan yang perlu dihormati dan disegani. Bahkan, sikap kebaikan ayah pada keluarga cukup dikagumi anak perempuan.

Ada juga orang mengatakan, biasanya, semasa kecil anak perempuan lebih rapat dan manja dengan ayah. Oleh sebab itu, kasih sayang pada ayah tak pernah hilang walaupun sudah besar. 

2. Ayah protektif pada anak perempuan 

Ayah merupakan seseorang yang protektif pada anak perempuan.  Sebab itu, tak ada siapapun yang berani berbuat jahat atau mengusik anak perempuannya.

Terutama bila ayah sentiasa disamping anak perempuan, orang yang berdekatan pun tak berani nak usik! ha…jaga-jaga ayah dia ada. 

3. Sayang ayah pada anak perempuan melebihi orang lain 

hubungan ayah dan anak perempuan, hubungan erat, hubungan ayah dengan anak, hubungan bapa dan anak perempuan, jaga hubungan baik ayah dan anak perempuan, ayah role model anak perempuan

Anak perempuan adalah istimewa di hati ayah bahkan melebihi isteri. Jika anak sakit seperti demam atau batuk-batuk. Ayahlah insan yang paling risau.

Kadang-kadang sampai tak senang duduk memikirkan anak perempuan yang tak sihat itu. Bahkan, bila anak perempuan nak apa-apa semuanya akan dipenuhi dengan segera kerana kasih dan sayang yang tak berbelah bahagia pada anak perempuan.

Sebab itu, segala kebaikan ayah akan dikenang si anak dan sentiasa menjaga hubungan ayah dan anak perempuan ini. 

4. Anak perempuan melontarkan semua kasih sayang pada ayah 

Anak perempuan menyayangi semua orang yang dekat dengan dirinya. Terutama si kecil yang berusaha buat ayah berasa bangga terhadap dirinya seperti menunjukkan kertas ujian sekolah dengan markah tinggi, mengajak ayah ke taman permainan atau berbuat sesuatu perkara dengan baik.

Apabila ayah tersenyum anak perempuan akan rasa cukup bahagia. 

5. Ayah sayang anak perempuan melebihi anak lelaki 

Jangan salah anggap pula, seorang ayah sayangkan semua anaknya tapi cuma anak perempuan dapat lebih sikit.

Terutama bila anak bongsu adalah perempuan jadi segala kemahuan si kecil akan dipenuhi macam belikan mainan anak patung, bawa berjalan-jalan atau bermain masak-masak dengan si kecil. Semuanya akan dipenuhi walaupun penat juga layan kerenah anak perempuan itu. 

Berbeza pula dengan anak lelaki, apabila dewasa mereka akan ada sedikit berbeza pendapat dengan ayah tapi anak perempuan tidak walaupun sudah dewasa mereka masih memerlukan ayah untuk memberi nasihat dan pendapat. 

hubungan ayah dan anak perempuan, hubungan erat, hubungan ayah dengan anak, hubungan bapa dan anak perempuan, jaga hubungan baik ayah dan anak perempuan, ayah role model anak perempuan

6. Ayah mengajar anak perempuan menjadi kuat dan tak lemah 

Bila dilahirkan sebagai perempuan, biasanya ia sering dikaitkan dengan kelemahan. Jadi, ayahlah insan yang sering membuat kita kuat dan tidak lemah untuk berhadapan dengan dunia luar.

Ini kerana, perempuan dilihat lemah apabila menangis jika gagal membuat sesuatu perkara atau bersedih berkaitan hal-hal tertentu. Jadi bila ada ayah, dia akan sentiasa membuatkan kita lebih kuat dan cekal menghadapi liku-liku dalam kehidupan. 

7. Mudah rapat dan berbaik dengan orang lain 

Psikologi telah membuktikan sekiranya hubungan ayah dan anak perempuan baik, ia akan membuatkan hubungan anak dan orang lain juga turut baik malah anak perempuan mudah bergaul dengan orang ramai. 

8. Jadikan ayah sebagai role model 

Selain ibu, ayah juga menjadi role model pada anak perempuan. Kebanyakan sifat baik ayah seperti suka menderma, bercakap lemah lembut, menegur dengan sopan (jika anak buat kesilapan) dan pendengar yang baik.

Setiap tingkah laku ayah ini akan diikuti si anak hingga besar. Malah, jika ayah berjaya mencapai sesuatu anak juga ingin berjaya seperi ayahnya. 

9. Hubungan ayah dan anak tidak terbatas

Walaupun sudah meningkat dewasa tapi hubungan ayah dan anak perempuan tidak ada batasnya. Anda masih boleh mencium pipi ayah, memegang tangan tuanya atau memeluknya.

Itu membuatkan hubungan kedua-duanya bertambah erat sampai bila-bila. 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

10. Anak perempuan menjadi gadis kesayangan ayah 

Walaupun, anak sudah semakin dewasa tapi ayah tetap menganggap anak perempuan sebagai gadis kesayangan. Bahkan ayah akan selalu memandang anak perempuan seperti gadis kecil yang perlu dimanja dan dikasihani. 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Baca lagi: 
 

https://my.theasianparent.comperjuangan-ibu-mencari-rezeki

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 10 bukti hubungan ayah dan anak perempuan cukup dekat dan istimewa
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham