X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Peranan Penting Seorang Ayah Dalam Keluarga Anda

4 min bacaan
Peranan Penting Seorang Ayah Dalam Keluarga Anda

Tugas seorang ayah yang komited bukan perkara yang mudah. Sempena Hari Bapa minggu depan, mari kita bersama-sama memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada semua bapa atas sumbangannya.

Baru-baru ini terdapat satu video viral di laman Facebook yang menunjukkan seorang lelaki memainkan peranan ayah dalam keluarga, yang mendodoikan ketiga-tiga anaknya pada masa yang sama.

Dalam video tersebut, bapa itu kelihatan sedang mendukung anak bongsu dengan tangan kanan, sambil menepuk belakang kedua-dua anak lain; satu dengan tangan kirinya, dan satu lagi dengan kaki.

peranan ayah dalam keluarga

Sumber gambar: UShare

Walaupun ia cuma klip video yang pendek sahaja, tetapi ia telah menyentuh dan mencuit hati ramai netizen dari seluruh dunia.

Ada yang geli hati dengan gelagat ayah itu dan ada yang memuji kehebatannya menidurkan ketiga-tiga anak sekali.

Mana-mana lelaki boleh menghasilkan anak, tetapi peranan seorang bapa sebenarnya tidak senang.

Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan ayah mempunyai tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak.

Ini peranan ayah dalam keluarga

1# Ayah sebagai pembawa kestabilan dalam keluarga
peranan ayah dalam keluarga

Kredit: Freepik

Salah satu dari peranan penting seorang bapa adalah untuk menjaga kestabilan keluarganya.

Kajian menunjukkan bahawa jika bapa seorang penyayang,  seorang yang selalu memberi sokongan, dan suka melibatkan diri dengan aktiviti keluarga, dia boleh memberi sumbangan besar kepada anak.

Sumbangan ini adalah dari segi pembangunan sosial, pencapaian akademik, sumber teras dalaman yang kuat, rasa kesejahteraan, dan harga diri yang baik.

Walaupun aktiviti riadah sekeluarga digalakkan dari semasa ke semasa, sebenarnya ia adalah penglibatan bapa dalam kegiatan harian yang boleh menjaga kestabilan keluarga.

Aktiviti harian seperti makan malam bersama-sama, menonton TV, bermain di halaman semuanya interaksi penting kerana ia menyumbang kepada pembangunan kanak-kanak juga. 

2# Pelindung kepada isteri dan anak-anak
peranan ayah dalam keluarga

Sumber gambar: Picescorp

Si isteri dan keluarga perlu berasa dilindungi daripada dunia luar yang serba tidak menentu. 

Rob Palkovitz seorang pakar psikologi telah memberitahu The Atlantic: 

“Para sarjana selalu menggunakan ketiadaan seorang bapa, sebagai faktor penyumbang kehamilan remaja muda.” 

Apabila bapa lebih terlibat, mereka boleh memantau apa yang berlaku di dalam kehidupan anak mereka termasuk interaksi anak dengan rakan sebaya, dan orang lain.

Mungkin disebabkan saiz badan, kekuatan, atau norma untuk melindungi keluarganya, seorang bapa adalah seolah-olah hero yang boleh menjauhkan segala keburukan dari memudaratkan anak.

3# Dia model yang boleh dicontohi

Secara tidak langsung, hubungan antara anak dengan bapanya boleh mempengaruhi corak interaksi anak dengan kawan-kawan, kekasih, dan pasangan. 

Kanak-kanak perempuan akan mencari lelaki yang mempunyai sifat-sifat seorang bapa yang baik, kerana satu hari nanti mereka akan berkahwin juga.

Oleh itu, jika bapa mereka seorang yang baik hati, penyayang, dan berperangai lembut di rumah, ciri-ciri itulah yang menjadi asas apabila mencari pasangan hidup. 

Kanak-kanak lelaki pula, akan memodelkan diri mengikut bapa mereka.

Oleh itu, jika ayah panas baran, suka mengawal dan memerintah, inilah ciri-ciri yang akan ditiru dan dicontohi. Maka ia adalah amat penting bapa menunjukkan karakter yang baik agar menjadi sumber inspirasi kepada anak.

4# Ayah sebagai seorang pendisiplin
peranan ayah dalam keluarga

Kredit: Freepik

Anak-anak perlu dibimbing sejak zaman kanak-kanak mereka lagi. Ayah haruslah menjadi pendisiplin kepada keluarganya untuk menyingkirkan tabiat-tabiat buruk yang boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan mereka.

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Si ayah perlu mendidik anak-anaknya bahawa sikap tamak, menipu, berbohong, mencuri, bersikap kurang ajar serta tingkah laku buruk adalah sikap-sikap yang tidak baik.

Tujuan seorang ayah mendisiplinkan anaknya adalah bagi membantu mereka menjadi orang yang berguna kelak – bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Cara seorang bapa mendisiplinkan anak juga berbeza dari ibu. Carol Gilligan seorang psikologi pendidikan menunjukkan perbezaan ini:

Ayah:

  • lebih suka menegakkan keadilan, kesaksamaan dan tanggung jawab (berdasarkan peraturan)
  • menggunakan kaedah-kaedah sistematik dan tegas untuk mengajar anak akibat perbuatan yang baik dan yang salah.

Ibu:

  • lebih ke arah simpati, penjagaan anak dan ingin membantu (berdasarkan perhubungan)
  • lembut, dengan rahmat dan simpati, dan selalu memberi harapan.

Kedua-dua pendekatan disiplin ini jauh berbeza, tetapi apabila digabungkan ia adalah cara disiplin yang seimbang dan baik untuk anak.

Peranan Penting Seorang Ayah Dalam Keluarga Anda

Sumber gambar: ISPCC

Anda boleh melihat dengan mata sendiri, tugas seorang ayah yang komited bukan perkara yang mudah.

Oleh itu, mari kita bersama-sama memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada bapa yang berkerja keras untuk kesenangan keluarga di Hari Bapa minggu depan.

Saya pasti setiap bapa akan lembut hati apabila anak-anak mereka mengatakan, “Terima kasih bapa, kerana sumbanganmu.”

Sumber: Ushare, Huffington Post, Parenting

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 4 Bukti Hubungan Erat Antara Seorang Ayah Dan Anak Perempuannya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Peranan Penting Seorang Ayah Dalam Keluarga Anda
Kongsikan:
  • Pengemis menabung selama 2 tahun untuk membeli gaun cantik untuk anaknya

    Pengemis menabung selama 2 tahun untuk membeli gaun cantik untuk anaknya

  • Suami Kini Lebih Banyak Luangkan Masa Urus Anak Banding Dulu, Sebab Itu Mereka Anak Ayah Sangat! - Kajian

    Suami Kini Lebih Banyak Luangkan Masa Urus Anak Banding Dulu, Sebab Itu Mereka Anak Ayah Sangat! - Kajian

  • Jangan Asal Pilih Mandian Bayi. Ini 8 Jenama Sabun Mandi Yang Sesuai dan Selamat Untuk Si Kecil

    Jangan Asal Pilih Mandian Bayi. Ini 8 Jenama Sabun Mandi Yang Sesuai dan Selamat Untuk Si Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pengemis menabung selama 2 tahun untuk membeli gaun cantik untuk anaknya

    Pengemis menabung selama 2 tahun untuk membeli gaun cantik untuk anaknya

  • Suami Kini Lebih Banyak Luangkan Masa Urus Anak Banding Dulu, Sebab Itu Mereka Anak Ayah Sangat! - Kajian

    Suami Kini Lebih Banyak Luangkan Masa Urus Anak Banding Dulu, Sebab Itu Mereka Anak Ayah Sangat! - Kajian

  • Jangan Asal Pilih Mandian Bayi. Ini 8 Jenama Sabun Mandi Yang Sesuai dan Selamat Untuk Si Kecil

    Jangan Asal Pilih Mandian Bayi. Ini 8 Jenama Sabun Mandi Yang Sesuai dan Selamat Untuk Si Kecil

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.