Si Kecil Lebih Teruja Bila Menginap Dalam Bilik Bertema Hutan, Istana & Air, Ayuh Pergi Bercuti!

Bilik bertema mula beroperasi di Furama Bukit Bintang yang menjanjikan ruang bilik santai yang dapat memberikan keseronokan berganda pada kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah, betapa terujanya bila diberitahu dapat bercuti sehari di Hotel Furama Bukit Bintang. Lantas dengan itu, saya membuat carian internet tentang hotel ini sambil melihat keunikannya yang tesendiri. Disebabkan ia di celah-celah bandar Kuala Lumpur, maka saya menggunakan waze supaya pencarian lokasi hotel lebih mudah. 

Sampai saja di lokasi, kelihatan sebuah hotel bertingkat yang sungguh indah tersergam di depan mata sambil kereta menyusur masuk ke kawasan perletakan kenderaan. Dalam hati berkata, wah cantik sungguh hotel ini memang benar apa yang ditulis dari review pengunjung yang pernah bermalam di sini!

Furama Bukit bintang sebenarnya telah memulakan operasi sekitar Julai 2011. Ia merupakan sebuah hotel yang terletak bersebelahan dengan Bukit Bintang dan Berjaya Times Square.

Boleh kata, lokasinya berada di tengah kota metropolitan yang mempunyai tarikan dari segi pelancong, pusat membeli belah, kompleks perniagaan dan sebagainya.

Hotel ini juga mempunyai 433 buah bilik tamu yang luas dan bergaya, disusuli dengan ruang bilik mesyuarat dan persidangan dengan kemudahan yang terkini.

Bagi pelancong yang datang dari luar negara, anda boleh melihat pemandangan indah Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Menara Kuala Lumpur dari bilik kediaman anda. Pasti terdetik di hati, Malaysia memang hebat! Apatah lagi ia kelihatan sungguh indah dan menarik apabila dilihat pada waktu malam.

Bukan setakat itu sahaja, jika anda rasa lapar dan tak mahu menghadap kesibukan di jalan raya, anda boleh memesan makanan sama ada sarapan pagi, minum petang atau makan malam di restoran yang dibuka sepanjang hari sambil menikmati hidangan lazat di kawasan kolam renang.

Fasiliti Hotel Furama Bukit Bintang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sini, semua bilik dilengkapi dengan penyaman udara, kemudahan bilik mandi yang luas dan selesa, televisyen LCD 32 inci, set kopi, internet percuma dalam bilik, kemudahan meletak kenderaan percuma dan banyak lagi.

Setiap pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di bilik jenis superior, bertema, exceutive club dan executive suites.

Berhampiran dengan pengangkutan awam

Kalau rasa nak bersantai sambil melihat kehidupan metropolitan, anda boleh berjalan kaki untuk membeli-belah di shopping kompleks yang berdekatan dengan hotel. Malah stesen monorel juga tidak jauh jika anda bercadang untuk ke lokasi yang lain.

Nak lagi best sambil menikmati kehidupan di Kuala Lumpur, anda juga boleh menaiki bas rapid KL dan pemandu akan membawa anda bersiar-siar di kawasan bandar seperti Pasar Sentral dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarkan kenangan anda di Furama tersemat dengan kemanisan dan keindahan.

Furama Bukit Bintang perkenalkan “Bilik Bertema”

Bagi meluaskan empayar perniagaan bilik hotel yang mewah untuk seisi keluarga, Furama Bukit Bintang melancarkan konsep Bilik Bertema dengan nama Castle Room, Jungle Room dan Underwater Room.

Setiap bilik dilengkapi dengan katil berkembar dua tingkat yang sesuai mengikut tema masing- masing. Di sini tetamu kanak-kanak dapat bermain dengan aktif di dalam kamar tidur dengan mainan yang di letakkan di dalam bilik mengikut kesesuaian tema.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut bilik bertema yang terdapat di sini:

1) Castle Room

Ingin menikmati kehidupan bagaikan raja dan permaisuri? Kanak-kanak boleh merasainya dalam ruang Castle Room ini yang dilengkapi dengan hiasan tema istana yang indah dan mereka pasti menyukainya.

Apatah lagi bilik juga dilengkapi dengan perabot, dua katil bertingkat, ruang tamu yang luas, barang permainan dan bilik mandi yang selesa. Semua keperluan yang anda inginkan tersedia lengkap di sini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2) Safari / Jungle Themed Room

Walaupun hidup di bandar, namun tentu sesekali anda ingin berikan anak-anak menikmati pengalaman berkhemah, bukan? Jadi tak perlu susah-susah cari tempat berkhemah kerana Furama Bukit Bintang menyediakan segalanya buat anda.

Dengan bertemakan Safari/Jungle Themed Room, bilik ini dilengkapi dengan khemah dan mainan anak patung haiwan seperti monyet, singa, ular, harimau bintang, orang utan dan banyak lagi.

Ya, sudah tentu ia dilengkapi dengan ruang tamu yang luas, katil bersaiz king dan bilik mandi yang lengkap dengan keperluan mandian anda. Ia benar-benar membuatkan si kecil teruja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3) Underwater

Underwater themed ini memberikan anda kelainan yang pastinya kegembiraan buat semua kanak-kanak yang singgah bercuti di sini.

Pemandangan laut yang mendalam pastinya membuatkan si kecil aktif bermain sekaligus menyalakan daya imganisasi mereka tentang kehidupan dasar laut.

Sambil itu, anda boleh biarkan mereka tidur di tengah ikan jerung sambil anda perhatikan telatah mereka ketika bermain. Lantas percutian ini dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga.

Taman permainan indoor Waka Waka Kuala Lumpur

Bila sudah berkeluarga dan ada anak tentu ramai ibu bapa yang memilih destinasi percutian yang ada taman permainan indoor, kan?

Ini kerana, anak-anak akan bebas bermain sambil diperhatikan ibu dan ayah. Jadi memang tak salah alamat jika anda memilih bercuti di sini kerana Furama memiliki taman permainan indoor yang sesuai untuk anak berumur dua hinga 12 tahun. 

Sebenarnya, taman indoor ini bukan hanya membiarkan anak bermain sahaja, tetapi ia juga dapat meningkatkan kemahiran kognitif, emosi, fizikal dan sosial mereka.

Malah aktiviti di sini cukup menyeronokkan lantas membuatkan si kecil rasa gembira dengan ekspresi wajah masing-masing yang jelas terpancar itu.

Di sini, kanak-kanak boleh memanjat dinding, mendaki gunung berapi, bermain papan gelongsor, merangkak melalui terowong, bergambar di sebelah kereta antik, bermain rumah-rumah dan banyak lagi. Pendek kata memang seronok dan rugi kalau tak bawa si kecil ke sini! 

Kalau ulang tahun kelahiran anak sudah semakin tiba, anda juga berpeluang untuk membuat birthday party di sini bagi meraikan hari istimewa mereka di Waka Waka, KL. Mesti happening!

Buat pengetahun anda, Waka Waka ini dibuka setiap hari, hujung minggu dan cuti umum. 

Apa lagi tunggu ibu dan ayah, ayuh bawa anak-anak ke sini! 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga:

https://my.theasianparent.comhotel-hilton-kuching