Kuala Lumpur, Malaysia – 3 Oktober 2024 – Menjelang Hari Penglihatan Sedunia 2024, HOYA Malaysia memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan mata kanak-kanak, sejajar dengan tema global #loveyoureyeskids bagi mencegah kebutaan di masa depan.
HOYA Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen ”A Million Visions”, menyediakan pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Kempen ini juga menyokong matlamat global HOYA dengan penyediaan sejumlah 1 juta pemeriksaan mata percuma untuk kanak-kanak di seluruh dunia.
Ia bertujuan menangani kebimbangan yang semakin meningkat tentang miopia di kalangan mereka dan menekankan keperluan untuk pengesanan dan rawatan awal. Kempen ini juga menggesa para pakar penjagaan mata untuk mempertimbangkan intervensi awal yang terbukti secara klinikal, seperti kanta MiYOSMART, untuk memperlahankan perkembangan miopia di kalangan kanak-kanak berisiko tinggi.
Memahami Miopia dan Kesan Globalnya
Miopia, atau rabun jauh, ialah kesalahan refraktif yang menjejaskan berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia. Menurut kajian terkini, kondisi miopia telah mencapai tahap yang membimbangkan, dengan unjuran menunjukkan hampir separuh daripada populasi dunia mungkin mengalami miopia menjelang 2050[1]. Miopia yang tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit mata serius seperti glaukoma, katarak, dan detasmen retina. Ini menekankan keperluan untuk menangani kemudaratan kesihatan awam sebegini.
Ramai ibu bapa masih tidak menyedari tanda-tanda awal miopia pada anak-anak mereka, sering menangguhkan pemeriksaan mata. Kelewatan sebegini tidak boleh diambil secara remeh kerana kanak-kanak yang mungkin telah mengalami miopia selama bertahun-tahun sering menganggap penglihatan mereka yang terjejas sebagai normal dan tidak mengadu mengenainya. Pemeriksaan mata secara rutin dari umur 5 hingga 12 tahun adalah penting untuk mengesan dan mengawal miopia lebih awal.
Salah Faham Lazim Tentang Miopia
Terdapat beberapa salah faham mengenai miopia yang perlu diperbetulkan. Salah satunya ialah percaya dengan memakai cermin mata akan memburukkan lagi miopia atau menyebabkan pergantungan penuh kepada cermin mata – ini tidak benar.
Hakikatnya, miopia yang tidak dirawat awal boleh menjadi teruk, meningkatkan risiko masalah penglihatan yang kritikal di kemudian hari, termasuk menyebabkan kebutaan mata.
“Miopia sendiri tidak menyebabkan kebutaan secara langsung, tetapi ia boleh meningkatkan risiko untuk perkembangan masalah mata kronik dan membawa kepada kehilangan penglihatan. Pengesanan dan intervensi awal adalah kunci untuk mengelakkan ini,” kata Dr Norazah Abdul Rahman, seorang Pakar Oftalmologi terkemuka di Kuala Lumpur.
Tindakan: Apa yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ibu bapa digalakkan untuk mengambil langkah proaktif bagi melindungi penglihatan anak-anak mereka:
- Aktiviti Luar Rumah: Kebanyakan Pakar Penjagaan Mata mengesyorkan melakukan aktiviti di luar rumah sekurang-kurangnya 2 jam sehari untuk mengurangkan risiko permulaan miopia dan perkembangannya.[2]
- Lakukan Pemeriksaan Mata Secara Rutin: Pastikan anak-anak menjalani pemeriksaan mata secara rutin untuk mengesan dan merawat miopia atau masalah penglihatan lain lebih awal. Berhati-hatilah bahawa kanak-kanak mungkin menyembunyikan atau tidak mengenal pasti masalah penglihatan.
- Berikan Mata Rehat: Galakkan anak-anak untuk mengikuti peraturan 20-20-20 iaitu setiap 20 minit, lihat sesuatu sekurang-kurangnya 20 kaki jauhnya selama sekurang-kurangnya 20 saat untuk mengurangkan ketegangan mata akibat penggunaan skrin dan kerja dekat.
Sekiranya miopia dikesan, penyelidikan telah menemui teknologi inovatif seperti kanta Defocus Incorporated Multiple Segments (D.I.M.S) yang terdapat dalam kanta MiYOSMART HOYA.
Bukti menunjukkan ia dapat memperlahankan perkembangan miopia sehingga 60%[2]. D.I.M.S. ialah teknologi kanta yang mencipta beberapa zon de-fokus pada permukaan kanta, membantu memperlahankan peningkatan tahap miopia dengan mengawal pertumbuhan mata sambil tetap memberikan penglihatan pusat yang jelas. Kanta sebegini boleh memperlahankan perkembangan miopia, menawarkan kanak-kanak kesihatan visual yang lebih baik dan mengurangkan risiko pada masa hadapan.
Bersempena dengan Hari Penglihatan Sedunia 2024, HOYA Malaysia berkomited melancarkan kempen ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kesihatan mata kanak-kanak terutamanya dalam kalangan ibu bapa.
Kempen ini juga akan menawarkan pemeriksaan mata secara percuma dan perkongsian gaya hidup sihat oleh pakar penjagaan mata untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun. Ibu bapa boleh membuat temu janji di salah satu daripada 400+ kedai optik yang mengambil bahagian di seluruh negara antara 24 – 26 Oktober 2024 melalui laman web HOYA: https://tinyurl.com/wsdhoya .
Pendaftaran akan bermula pada 7 Oktober 2024 dan ditutup pada 22 Oktober 2024 atau apabila semua slot telah diisi. Kempen ini atas dasar tiba dahulu layan dahulu dan tertakluk kepada terma-terma & syarat-syarat.
“Kami komited untuk memperkasa ibu bapa dengan pengetahuan dan penyelesaian untuk melindungi penglihatan anak-anak mereka. Pengesanan awal membawa perbezaan besar dalam mencegah perkembangan myopia dan menjamin masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda kita,” kata Puan Lew Chee Quin, Pengarah Urusan di Malaysian Hoya Lens Sdn. Bhd.
[1] Holden BA, Fricke TR, Wilson DA, Jong M, Naidoo KS, Sankaridurg P, Wong TY, Naduvilath TJ, Resnikoff S, Global Prevalence of Myopia and High Myopia and Temporal Trends from 2000 through 2050, Ophthalmology, May 2016 Volume 123, Issue 5, Pages 1036–1042.
[2] Shah RL, et al. Time outdoors at specific ages during early childhood and risk of incident myopia. Invest Ophthalmol Vis Sci (2017).
[2] Lam CSY, Tang WC, Tse DY, Lee RPK, Chun RKM, Hasegawa K, Qi H, Hatanaka T, To CH. Defocus Incorporated Multiple Segments (DIMS) spectacle lenses slow myopia progression: a 2-year randomised clinical trial. Br J Ophthalmol. 2020 Mar;104(3):363-368.