Hubungan ibu dan anak perempuan
Keinya Booker bukan seorang ibu typical. Tapi dia seorang ibu yang cool.
Bukan senang nak mempunyai hubungan yang baik antara ibu dan anak perempuan. Namun, ibu ini membuktikan sebaliknya.
Keinya adalah seorang ibu yang masih kekal awet muda hingga ramai yang tidak percaya dia merupakan ibu kepada 2 anak gadis.
Lihat saja gambar di bawah ini. Sekarang anda boleh teka siapa ibu dan siapa anak?
Kisah tentang rahsia awet muda Keinya tular di media sosial apabila beliau pada mulanya memuatnaik gambar beliau dan 2 anak perempuan itu dalam versi “sebelum-dan-sekarang”.
Sejak itu, Keinya dikatakan telah tular dan dianggap sebagai “triplet” bersama anak perempuannya yang giat membesar.
Bukan ibu lagi, ya!
Hubungan ibu dan anak perempuan yang rapat
Keinya ketawa kecil apabila mengimbas kembali bagaimana gambar beliau dan anak-anaknya telah mencetuskan “sensasi” panas di media sosial.
“Saya hanya muat naik gambar throwback 12 atau 13 tahun dulu. Gambar yang bawah itu baru gambar sekarang.
Ramai yang ingat saya bukan ibu kepada anak-anak saya. Mereka kata saya berlakon menjadi “seorang ibu” sedangkan saya mungkin kakak yang menjaga adik.
Mereka salah. Dan saya bukan melahirkan anak-anak saya ketika saya masih remaja.
Saya juga bukan kes Benjamin Button! (kes Brad Pitt berlakon dari seorang tua jadi bayi balik)
Hubungan antara saya dan anak-anak memang rapat. Mungkin sebab itu kami seperti kawan saja.”
Jadi, apa rahsianya? Takkan dengan membentuk hubungan ibu dan anak perempuan yang rapat saja sudah cukup membuatkan wanita dan ibu ini kekal awet muda?
Jeng, jeng, jeng…
Rahsianya, Keinya merupakan seorang pakar dalam bahan semulajadi. Semua benda yang dia laku dan guna adalah dari bahan-bahan semulajadi.
Malah, produk rambut yang dia dan anak perempuannya guna sekarang juga mengambil bahan-bahan semulajadi sebagai ramuan.
No chemical!
Hubungan ibu dan anak perempuan, anda yang mana?
Hubungan yang erat antara ibu dan anak perempuan ini bukan saja membuatkan mereka kelihatan seperti adik beradik, malah seperti kawan baik!
Cuba bayangkan hubungan anda dan anak perempuan seperti itu.
Saya juga merupakan anak tunggal yang amat rapat dengan ibu. Kami seperti kawan baik kerana ibu saya masih muda dan melayan saya seperti kawannya juga.
Menurut The Telegraph, ada beberapa kategori untuk mengklasifikasikan hubungan antara ibu dan anak perempuan.
Cuba anda tengok kategori ini dan beritahu kami anda dan anak perempuan dalam kategori yang mana, hehe!
#1 Best friends
Hubungan ini sama seperti dengan kawan baik anda. Anda dan anak perempuan akan bertukar baju (kalau muat!), bertukar pujian, rahsia dan sebagainya.
Walaupun hubungan seperti ini agak kurang sihat kerana si ibu mungkin akan bersifat lebih “kebudak-budakan”, namun ibu yang bijak takkan memaksa anaknya menjadi best friendnya.
Sebaliknya, dia akan memupuk rasa percaya hingga anak sendiri yang akan percaya dan suka “berkawan dan berkongsi” dengan ibunya.
#2 Call seminggu sekali
Hubungan ibu dan anak perempuan jenis ini menunjukkan ibu atau anak tersebut menghargai bagaimana mereka boleh berdikari dengan sendiri.
Tapi, ia tak bermaksud kita tak boleh mengambil berat di antara satu sama lain, kan?
#3 Benci tapi sayang
Kadang-kadang, ada anak perempuan yang “tidak boleh masuk” dengan ibu sendiri. Ada saja yang tidak kena.
Mereka bergaduh, baik semula, tapi bergaduh balik. Tapi ini bukan bermaksud si anak perempuan membenci ibunya. Cuma mereka seperti api dan air.
Walau bagaimanapun hubungan antara seorang ibu dan anak perempuan, percayalah, ibu itu akan sanggup melakukan apa saja demi anak perempuannya.
Hargailah ibu anda selagi anda mampu.
Sumber rujukan: Yahoo Lifestyle, The Telegraph
Kredit gambar: Instagram Keinya Booker
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.companduan-membesarkan-anak-perempuan/