Bila Buat Seks Selalu Tak Puas, Ini 7 Alasan UTAMA Mengapa Keintiman Anda Sendu & Tak Ghairah

Hubungan seks jadi kurang menyengat disebabkan beberapa punca ini, jom semak balik apa yang silap itu

Keretakan rumah tangga biasanya boleh terjadi di sebabkan beberapa perkara. Terkadang masalah hubungan intim suami isteri juga boleh menjadi punca pada perpisahan atau perceraian.

Malah, anda akan sering bertengkar dek kerana masing-masing tidak berpuas hati dengan aksi yang ditonjolkan semasa melakukan hubungan seks itu.

Berikut ini 7 hal yang memicu kepada masalah hubungan intim suami isteri hingga merosakkan keseluruhan mood anda untuk aksi yang seterusya.

7 Punca hubungan intim suami isteri jadi suram & kurang menyengat

Kredit: Bumbumcak

Semasa anda sudah memasuki alam perkahwinan, bersiap sedialah untuk diuji dengan pelbagai masalah yang kekadang boleh merobek hubungan seks anda.

Bahkan, penelitian turut menemui bahawa hubungan seks menjadi salah satu sebab masalah dalam rumah tangga.

Namun, di awal pernikahan, hasrat untuk bersama itu seolah-olah memuncak kepada fasa keghairahan. Tetapi, selepas bertahun lamanya dalam perkahwinan, rasa intim itu kian memudar hingga tenggelam terus sampai tak ada mood untuk mengemudi ke alam seks itu.

Ayuh, kita semak ini!

#1. Enggan berbicara tentang seks semasa berdua

Bersikap lebih terbuka boleh menjadi kunci kepada aktiviti atas ranjang yang boleh memuaskan perasaan itu.

Bahkan, ada banyak pasangan yang enggan membicarakan soal seks ini kerana dianggap tabu atau memalukan.

Justeru, ia membuatkan hubungan intim suami isteri jadi bosan dan tak puas!

Ini kerana perasan malu itu membuatkan anda tidak pasti posisi mana yang boleh memuaskan pasangan anda. Tapi, anda berdua saja yang boleh merasakannya.

Sebab itu kalau rasa tak best dengan mana-mana posisi, adalah lebih baik berterus terang dengan pasangan anda dan jangan rasa segan dengannya.

#2. Tak hiraukan penampilan

Tidak mempedulikan penampilan juga akan memberikan kesan buruk kepada hubungan intim suami isteri.

Dengan penjagaan penampilan bukan hanya menyenangkan pasangan semata-mata tapi anda juga lebih berasa selesa.

Apatah lagi, libido anda juga bergantung kepada kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Sesekali pergilah ke salon untuk memperbaiki penampilan diri dan tak ada salahnya untuk tampil seksi di hadapan pasangan.

#3. Seks untuk hari istimewa

Kalau lebih awal anda merancang untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan ia dapat mengurangkan rasa spontan itu.

Namun cara ini terbukti dapat membuatkan aktiviti ranjang rasa lebih puas.

Bahkan, ia dapat membuatkan anda dan pasangan rasa lebih berghairah sekaligus mewujudkan fantasi yang sering diimpikan.

#4. Terlalu banyak tuntutan

Seterusnya, berikan kebebasan untuk pasangan mencari bagaimana cara mendapatkan kepuasan saat berhubungan seks.

Berbincanglah mengenai apa yang anda dan pasangan paling suka. Ini kerana, kadang-kadang suami atau isteri akan merasai tubuh yang tidak ghairah, tidak ada mood, stres dan sebagainya.

Jadi untuk memancing hasrat dan keghairahan itu, foreplay dan rayuan sangat diperlukan.

#5. Berpura-pura mencapai orgasme

Bukan hanya wanita saja yang selalu berpura-pura orgasme demi menjaga hati pasangan tapi lelaki juga sering melakukan hal yang sama.

Kebiasaan tersebut pada awalnya memang tidak ada salahnya namun kalau terlalu kerap sangat berbuat demikian boleh menimbulkan kemarahan dan kurang ketidakpercayaan antara satu sama lain.

#6. Rutin yang biasa

Kredit: Sentiasa panas

Ada juga pasangan yang rasa tak enjoy semasa hubungan intim kerana menganggap ia adalah aktiviti rutin biasa.

Apapun, sentiasa bersikap terbuka dalam mengekpresikan diri secara seksual sebagai kunci agar hubungan seks kalian di atas ranjang tidak membosankan.

#7. Elak seks sebab tak ada mood

Terlalu sibuk dengan kerja boleh menyebabkan hasrat hubungan seksual jadi berkurangan.

Malah, kondisi tubuh yang lemah dan tidak berstamina juga boleh membuatkan anda tiada mood untuk melakukan seks.

Sesibuk mana pun anda, jika ada rasa untuk bersama dengan suami sebaiknya segera melaksanakan kewajipan ini untuk rasai kepuasannya.

Sekiranya waktu terlalu batas, anda boleh melakukannya secara quickie. Sebabya, walaupun singkat tapi ia tetap boleh memperkuatkan hubugan seksual anda.

Kesimpulannya, jangan rasa canggung untuk bicarakan soal intim bersama pasangan, biar sama-sama rasai kepuasannya tatkala anda berada di atas ranjang. Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Honest Docs

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Kebaikan Seks Antara Pasangan Termasuk Kulit Awet Muda & Cantik? Wow, Tak Sangka Ya!