Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, pastinya sukar untuk mencari waktu untuk berhubungan intim bukan? Dengan anak-anak yang sudah berderet, dengan urusan rumah juga perlu bekerja di rumah pada masa yang sama. Namun sebenarnya penting untuk anda jaga hubungan intim dengan pasangan agar rumah tangga lebih harmoni.
Dan untuk menggalakkan hubungan seks yang sihat bukan setakat mempunyai kitaran seks yang sempurna setiap bulan. Anda juga perlu memastikan diri anda ‘fit to perform’.
Cara menggalakkan hubungan intim yang sihat
#1. Jangan merokok
Sekiranya pasangan atau anda masih merokok, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti. Bagi perokok sudah tentu anda tahu yang kandungan nikotin dalam tembakau berisiko untuk membuat saluran darah menjadi sempit khususnya pada bahagian zakar. Kesannya pada hubungan intim? Sudah tentu akan terjejas! Ada kemungkinan nanti pasangan anda tidak boleh menaikkan zakarnya, atau erti kata lain tiada ereksi.
#2. Hubungan seks yang fleksibel
Sekiranya anda berasa ‘pressure’ untuk kerap melakukannya hanya kerana ingin mengecapi bilangan ideal untuk melakukan hubungan intim, ternyata ianya salah. Tiada peraturan dan bilangan yang tepat berapa kali anda patut lakukan dalam seminggu atau sebulan. Asalkan anda dan pasangan saling memahami dan melakukannya dengan penuh kemesraan dan keghairahan maka sebulan sekali pun boleh.
Tahap libido seseorang adalah berbeza. Anda tidak boleh ikut gaya hidup orang lain contoh jika rakan karib anda asyik bercerita dia dan pasangan melakukan hubungan intim 3 kali seminggu, tak bermakna anda perlu ikut. Nafsu seks kita dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti pekerjaan, usia, kesihatan dan tekanan harian.
Jadi jangan sesekali rasa pressure untuk melakukan hubungan intim hanya kerana orang lain menetapkan bilangan untuk anda.
Yang penting anda dan pasangan saling memahami dan punyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seks anda.
#4. Kawal pemakanan
Sekiranya anda makan malam terlalu kenyang, ia akan memberi efek kepada nafsu berahi anda malam itu. Pastikan anda makan sedang-sedang sahaja sekiranya anda dan pasangan sudah merancang untuk bersama malam itu. Dan elok jika anda makan makanan yang mampu menaikkan nafsu berahi seperti makanan pedas, sayuran seperti timun, atau buah-buahan seperti betik atau strawberi, dan macam-macam lagilah.
#5. Lakukan eksperimen
Cuba tampil berlainan dalam aksi anda, contohnya anda boleh lakukannya di tempat berlainan selain di dalam bilik tidur. Jika mahukan sedikit keseronokan, pasangkan lilin dan tutup gelap semua lampu dan jika rumah anda mempunyai pemandangan yang menarik bukalah tingkap dan beraksi! Tapi pastikan tingkap rumah anda tidak berhadapan dengan rumah orang lain ya, takut nanti jadi persembahan percuma pula,
#6. Berbincang dengan rakan-rakan
Anda dan rakan-rakan yang sudah berkahwin mesti tidak lagi rasakan topik seks ini adalah sesuatu yang tabu bukan? Boleh kata di era moden ini, rakan-rakan rapat biasa menceritakan macam-macam tentang kehidupan peribadi tapi yang masih berbataslah tidaklah sampai detail. Jadi sentiasa bertukar idea, dan minta pendapat apa yang patut dilakukan untuk menghangatkan hubungan intim dan sebagainya.
#7. Lakukan urutan batin sebelum bersama
- Mulakan urutan di bahagian telinga pasangan dengan jari. Urut semua bahagian kanan telinga dari atas ke bawah. Jangan lupa cuping telinga! Kemudian, telinga kiri pula.
- Urut bahagian kening dan kepala pasangan dengan lembut melalui jari-jemari anda. Kemudian, beri fokus pada leher pasangan pula.
- Letakkan tangan kanan anda di bahagian tulang belikat pasangan. Tekan dengan lembut.
- Gerakkan tangan kiri anda di bahagian belakang bahu dari atas hingga ke bawah. Ulang urutan ini sebanyak 20 kali untuk bahu kanan dan kiri.
- Angkat lengan pasangan, ramas dengan sekuat hati. Berikan ramasan dari hujung tangan atas hingga ke pergelangan tangan.
#8. Jangan jadikan video lucah sebagai rujukan
Menonton video lucah selepas berkahwin mungkin boleh membantu pasangan untuk mempelajari pelbagai teknik berasmara yang baharu untuk dicuba bersama pasangan.
Namun ia sebenarnya boleh memberi efek kepada lelaki untuk mengekalkan ereksi ketika bersama nanti. Malah anda juga tak mahu pasangan anda membayangkan pelakon porno ketika bersama bukan?
Dan untuk pasangan yang menjadikannya rujukan, apabila anda cuba membuat aksi yang sama tapi tidak berasa selesa atau tidak berasa seronok seperti yang ditonton, akhirnya anda dan pasangan akan kecewa, sudahnya hubungan intim anda berakhir dengan kekecewaan.
Sumber: Hellodoktor
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Cara Besarkan Zakar Tanpa Ambil Sebarang Ubat Atau Cuba Kaedah Pelik & Berbahaya