5 Perkara Wajib Buat Selepas Lakukan Hubungan Intim, Jangan Lalai Ya!
Selepas hubungan kelamin dengan pasangan, adakah anda akan buat 5 perkara ini? Jika tidak, anda mungkin terbuka untuk terkena jangkitan! Hati-hati, ya?
Apa yang anda selalu buat selepas hubungan kelamin dengan pasangan? Adakah anda akan sempat berpeluk-pelukan sebagai after sex, atau anda dan pasangan terus tidur?
Siapa di antara anda atau pasangan yang akan membiasakan diri ke bilik air selepas hubungan kelamin? Kalau tiada di antara anda yang akan ke bilik air selepas beraksi, anda sedang melakukan perkara yang salah!
Membersihkan organ intim selepas hubungan kelamin atau selepas anda mencuba mana-mana posisi seks amat penting untuk menjaga kesihatan faraj wanita.
Jadi sepatutnya, selepas habis hubungan kelamin, anda dan pasangan cepat-cepat melakukan 5 perkara ini sebelum kalian merehatkan diri:
5 perkara harus dibuat SELEPAS hubungan kelamin suami isteri
1. Basuh selepas berhubungan intim
Tahukah anda, perkara pertama yang harus dilakukan selepas hubungan kelamin adalah segera ke bilik air dan kencing? Ini supaya anda mampu mencegah jangkitan di saluran kencing!
Menurut pakar dari New York, Dr David Kaufman, kencing selepas seks mampu “mengusir” bakteria yang mungkin memasuki faraj wanita. Penetrasi sebenarnya mampu membawa masuk bakteria ke dalam uretha.
Jika faraj isteri terkena jangkitan, maka terjadilah rasa tidak “puas” kencing atau jangkitan di saluran kencing. Untuk menjaga kesihatan faraj, wanita digalakkan mencucinya dengan air dalam jumlah yang banyak setiap kali selepas hubungan intim suami isteri.
2. Cuci faraj dengan cara yang lembut
Cara yang lembut itu bagaimana? Untuk menjaga kesihatan faraj, isteri tidak seharusnya cuba mencuci organ intim itu dengan sabun yang ada pewangi.
Anda seharusnya membasuh faraj dengan air hangat dan sabun bebas pewangi. Jangan guna pencuci wanita pun, kerana faraj tak seharusnya dicuci dengan benda aneh.
Oleh sebab faraj wanita terlalu sensitif, anda juga dilarang melakukan perbuatan meruang iaitu menggunakan cairan dari pencuci wanita untuk mencucinya.
Malah anda juga tidak boleh mengamalkan amalan “mengorek” untuk mencuci faraj, ya!
3. Periksa tanda-tanda pendarahan atau luka
Orang pertama yang mampu mengetahui tanda-tanda kesakitan adalah diri anda sendiri. Jadi selepas berhubungan seks, isteri sepatutnya cuba check diri anda.
Jika anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena, atau ada pendarahan pada vagina, segera hubungi doktor. Jangan abaikan pendarahan selepas seks kerana ia mungkin tanda jangkitan!
4. Minum jus cranberry
Menurut Archieves of Internal Medicine, jus cranberry mampu mengurangkan risiko anda terkena jangkitan saluran kencing.
Malah, kajian dari Boston University juga membuktikan 185 daripada 322 wanita yang minum jus cranberry selama 6 bulan didapati mampu mengelak antibiotik jangkitan saluran kencing berbanding wanita yang tidak mengambilnya.
5. Jangan lupa periksa kondom
Okay jika tadi semua tugasan adalah untuk para isteri, kali ini apa kata anda tugaskan kerja nombor #5 ini pada suami. Suruh mereka periksa kondom yang digunakan.
Adakah kondom tidak bocor? Adakah bahan yang digunakan kondom mendatangkan iritasi pada anda dan pasangan?
Jadi jangan lupa untuk buat 5 perkara ini selepas anda dan pasangan melakukan hubungan kelamin, ya!
Bak kata pepatah, lebih baik mencegah daripada mengubati.
Sama-sama kita belajar 😉
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: 11 kesalahan seks yang sering dilakukan oleh wanita