TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Mesti baca: 6 fakta penting tentang faraj wanita yang anda wajib tahu

4 min bacaan
Mesti baca: 6 fakta penting tentang faraj wanita yang anda wajib tahu

Walaupun kita banyak membaca fakta tentang faraj wanita, tapi masih ramai di antara kita yang leka untuk menjaga bahagian kelamin ini dengan baik.

6 fakta tentang faraj wanita yang wajib diketahui

Bahagian faraj ialah anggota yang paling lembut dan sensitif pada badan seseorang wanita. Biarpun kita banyak membaca fakta tentang faraj wanita, tapi sebenarnya, kita masih leka untuk menjaganya dengan baik.

Masih ada wanita yang mencuci faraj mereka dengan sabun, malah ia siap disembur dengan air wangi supaya ia berbau harum.

Ada pula yang mencukur, wax dan menggunakan peluntur pada bulu kelamin. Lambakan kes seperti ini membuatkan saya terfikir, kita wajib tahu 6 fakta tentang faraj wanita yang penting ini. 

Kalau tidak, sampai bila-bila kita masih salah menjaganya!

1. Jangan cuci faraj dengan sabun!

Fakta tentang faraj wanita #1- Sabun boleh mengubah kadar pH faraj anda

Fakta tentang faraj wanita #1- Sabun boleh mengubah kadar pH faraj anda. Sumber gambar: Wikimedia Commons

Mencuci dengan air suam sudahpun memadai kerana menurut kajian ms V pandai cuci sendiri.

Anda tidak memerlukan produk yang kuat untuk mencuci bahagian faraj, kerana ia mempunyai kehadiran mikrob yang seimbang.

Apabila anda menggunakan sabun, ini akan menjejaskan keseimbangan pH di dalam faraj dan mengakibatkan masalah jangkitan seperti kandida dan bacterial vaginosis.

2. Jangan cukur bulu sampai botak!

Apabila bulu kelamin dicukur, ini meningkatkan kejadian bulu terperangkap di bawah kulit, luka, kulit yang berbintil dan jerawat.

Amalan mencukur bulu tidak bermakna faraj anda lebih bersih dan kurang bakteria. Tapi apabila anda mencukur bulu faraj, anda secara tidak langsung meningkatkan risiko jangkitan.

Jika berlakunya luka ataupun jerawat dan bulu yang terperangkap, jangkitan boleh masuk ke dalam faraj dengan senang dan menyebabkan pelbagai masalah lain.

Lagipun, siapa suka rasa gatal-gatal di (ahem) bawah sana. Kalau bulu kelamin anda terlalu tebal, kemaskan dengan menggunakan gunting tapi jangan cukur sehingga ia botak.

3. Meruang – jangan lakukannya!

Mesti baca: 6 fakta penting tentang faraj wanita yang anda wajib tahu

Fakta tentang faraj wanita #3 Amalan meruang hanya akan menjejaskan kadar pH dalam faraj. Sumber gambar: Siraplimau

Pakar wanita pasti akan menasihatkan anda supaya tidak mengamalkan perbuatan meruang.

Dr. Malpani, MD dari Klinik Kemandulan Malpani, Mumbai, India menjelaskan mengapa:

“Ramai wanita berpendapat meruang itu perkara yang baik, tetapi apabila anda sedang cuba hamil, meruang boleh mengubah tahap pH faraj anda dan memberi kesan kepada kesuburan,” katanya.

Dr Malpani juga menambah bahawa meruang boleh menyebabkan jangkitan faraj serta Penyakit Radang Pelvik.

4. Guna minyak pelincir

Apabila anda menggunakan minyak pelincir, ini bukan hanya akan meningkatkan pengalaman seks, tapi juga memastikan faraj tidak sakit jika berlakunya aksi panas di ranjang.

Elak dari menggunakan pelincir berasaskan minyak atau berasaskan silikon kerana ia boleh merengsakan kulit, menyebabkan jangkitan dan sangat sukar untuk dibersihkan.

Ia juga punca utama mengapa kondom boleh pecah dan mengakibatkan kehamilan yang tidak diingini.

Sebaliknya, pilih pelincir yang berasaskan air. Ia mudah dibersihkan dan berkesan untuk melindungi faraj semasa melakukan hubungan seks.

Anda tidak perlu malu untuk menggunakan minyak pelincir. Ia tidak bermakna faraj anda kering ataupun anda hampir putus haid.

5. Apa senaman untuk faraj selepas bersalin? 

fakta tentang faraj wanita

Fakta tentang faraj wanita #5 Senaman kegel penting untuk mengetatkan otot lantai pelvis

Seperti tubuh badan yang sihat, faraj anda juga memerlukan senaman terutamanya selepas melahirkan anak.

Menurut pakar, “Fungsi otot lantai pelvis ialah untuk menyokong rahim, pundi kencing, dan perut.

Sekiranya otot-otot ini lemah, organ-organ pelvis akan jatuh lebih rendah dalam faraj. Keadaan ini tidak selesa, dan juga boleh menyebabkan inkotinens urinari. “

Oleh itu rajinlah melakukan senaman Kegel kerana ini akan melatih semua otot-otot di dalam faraj anda dan anda boleh melakukannya di mana sahaja dan pada bila-bila masa!

6. Faraj anda tidak akan longgar selepas seks

Ha… jadi jangan salah fikir ya, faraj anda akan kembali ke saiz asal dan tidak akan menjadi longgar selepas seks. F

araj hanya akan kehilangan struktur asalnya dan menjadi longgar selepas bersalin dan apabila kita semakin tua, kata Dr. Justin J. Lehmiller.

Jadi jangan lupa 6 faktor tentang faraj wanita ini, kerana kesihatan faraj anda juga boleh memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan. 

 

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak

 

Sumber: yourtango, center4research

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ini Rupanya 5 Makanan Yang Bagus Untuk Menjaga Kesihatan Faraj Anda!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Mesti baca: 6 fakta penting tentang faraj wanita yang anda wajib tahu
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

    Bukan Sekadar Gigitan – Kos Tersembunyi Denggi untuk Keluarga di Malaysia

  • Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
    Stories Rakan Kongsi

    Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham