Kebaikan Seks Untuk Kesihatan Mental & Fizikal Suami Isteri

Kebaikan seks kepada pasangan suami isteri antaranya kesihatan mental dan fizikal. Jangan pandang rendah kebaikannya ya!

Sebenarnya banyak kebaikan seks kepada pasangan suami isteri. Ia termasuklah boleh menjaga kesihatan mental dan fizikal anda dan pasangan. 

Kebaikan Seks Dengan Pasangan 

Dr Mehmet Oz, doktor ternama daripada Amerika Syarikat mengulas bahawa seks satu jalan mudah untuk wanita kekal sihat, muda, dan cantik. 

1.Kulit Kekal Muda Dan Sihat

Hubungan seks meningkatkan pengaliran darah. Oksigen akan lebih dipam membuatkan kulit anda akan kelihatan lebih cerah. Glowing, gitu!

2. Awet Muda

Healthsite melaporkan seks boleh buat kedutan hilang dan… anda boleh jadi awet muda! Waktu bersetubuh, anda akan melepaskan hormon yang boleh mengekalkan keanjalan kulit. Bebas kedutan lagi. Nikmat orgasm mampu buat kita kekal awet muda? Wow, bertuah sungguh!

3. Tingkatkan Imun Badan

Perumpamaan “an apple a day keeps the doctor away” mungkin patut tukar kepada “having sex keeps the doctor away!” Sebab apa? Sebab lebih kerap anda melakukan hubungan seks, lebih banyak antibodi immunoglobin terhasil. Immunoglobin adalah antibodi badan yang melawan selesema dan jangkitan!

4. Payudara Lebih Pejal

Dr Michael Roizen, Pengarah Klinik Cleveland Roizen menjelaskan seks mampu buat payudara anda lebih pejal. Payudara anda boleh membesar sehingga 25 peratus, dan puting akan lebih tinggi setengah inci. Tak perlu lagi push-up bra!

5.Rambut Lebih Berkilat

Cantiknya rambut hitam berkilat! Tak payah pakai minyak kelapa atau produk syampu yang mahal lagi. Seks pun boleh buat rambut anda lebih cantik! Kajian menunjukkan “hubungan yang semua orang suka ini” menggalakkan penerimaan nutrien dalam badan. Setiap folikel rambut berhubung dengan saluran darah. Lebih banyak pengaliran darah (sebab seks) lebih berkilat rambut anda!

6. Kuku Lebih Sihat Dan Kuat

Hello, jangan lupa tentang kuku! Seks yang boleh buat anda awet muda ini juga boleh buat kuku lebih sihat dan kuat. Lepas ini tak payah pergi manicure berkali-kali.

7. Sex-Exercise

Gim? Memang taklah! Lagipun, Dr Roizen menjelaskan hubungan seks sama seperti anda bersenam Zumba! Bersenam atas katil lah nampaknya, selepas ini.

8. Meredakan Stress

Hidup ini memang stress. Tapi ada bukti yang mengatakan seks mampu meredakan stress! Ia sebab hubungan seks boleh merendahkan tahap tekanan darah. Tak payah stress lagi, okay?

9. Tiada Lagi Masalah Kulit Muka

Masalah muka di sini adalah: muka berjerawat, kusam dan kering. Dan dengan seks, anda tak akan hadapi semua masalah ini lagi, pasti! Tambahan lagi, hubungan seks yang aktif menggalakkan pengeluaran peluh. Ia bagus untuk menghapus kotoran dalam pori muka.

10. Pain Killer Semulajadi

Oxytocin, salah satu bahan kimia yang dilepaskan ketika bersetubuh meningkatkan endorfin dan mampu mengurangkan sakit kepala. Seks juga mempercepatkan penyembuhan luka! Sebelum anda ke kabinet mencari ubat, apa kata cuba… quickie, dulu? Hehe…

11. Buang Lemak Badan!

Ini yang paling seronok! Hubungan seks mungkin tak mampu turunkan berat badan anda seperti senaman kardio, tapi ia mampu membakar kira-kira 170 kalori!

Kebaikan Seks Untuk Kesihatan Mental & Fizikal Suami Isteri

12. Meleperkan Perut

Terima kasih kepada oxytoxin, anda boleh atasi masalah perut buncit!

13.Tiada Masalah Tidur

Semua orang tahu manfaat mendapatkan tidur yang mencukupi. Tapi satu perkara anda tidak tahu. Hubungan seks boleh membuatkan tidur anda lebih tenang dan mudah! Sebab itu suami pun tiada masa nak cuddle, terus tidur! Semua kebaikan di atas belum termasuk dengan kebaikan hubungan seks kepada suami anda! Hakikatnya, hubungan intim yang aktif menghasilkan sperma yang lebih sihat, mengurangkan kanser prostat dan meningkatkan kesihatan jantung.

14.Merendahkan Tekanan Darah

Kajian menunjukkan bahawa hubungan seksual secara khusus iaitu bukan onani boleh merendahkan tekanan darah sistolik iaitu nombor pertama dalam bacaan tekanan darah anda.

15.Mengurangkan Risiko Serangan Jantung

Di samping meningkatkan kadar degupan jantung, ia mampu mengekalkan keseimbangan kadar estrogen dan testosteron dalam darah. Berdasarkan kajian mereka yang melakukan hubungan seksual dua kali seminggu mempunyai 50 peratus risiko serangan jantung lebih rendah berbanding orang lain.

16.Mengurangkan Risiko Kanser Prostat 

Lelaki yang kerap mengalami ejakulasi lebih kurang risiko mendapat kanser prostat berdasarkan kajian dalam Journal of American Medical Association.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 6 Posisi Seks Terbaik Yang Buat Wanita Kelihatan Makin Seksi Dan Menarik

Baca juga: Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

Baca juga: 5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan “Umph” Buat Anda Dan Pasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!