TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Masalah Kesihatan Mental Lelaki Gagal Dikesan Kerana Suka Memendam Perasaan

8 Nov, 2023
Masalah Kesihatan Mental Lelaki Gagal Dikesan Kerana Suka Memendam Perasaan

Lelaki cenderung untuk memendam perasaan dan tidak berkongsi masalah menyebabkan masalah kesihatan mental mereka tidak dapat dikesan awal.

Masalah kesihatan kaum lelaki kurang dibincangkan secara meluas seperti kesihatan wanita lebih-lebih lagi masalah kesihatan mental.

Meskipun masalah kesihatan mental wanita lebih tinggi daripada lelaki, namun lelaki lebih cenderung untuk membunuh diri, menyalahgunakan dadah dan menjadi ganas.

Ini disebabkan penyakit mental mereka kerap tidak dikesan kerana lelaki tidak menunjukkan simptom dan tanda kepada masyarakat.

Tahukah anda apakah keadaan kesihatan mental yang baik? Ia adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Ini bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Kenapa Sukar Dikesan?

Penyelidikan Institut Kesihatan Mental Kebangsaan AS atau NIMH pula mendapati bahawa lelaki jarang meminta bantuan berkaitan dilema, konflik atau masalah mental jika dibandingkan dengan wanita.

Jelas bahawa lelaki masih mengambil ringan akan isu kesihatan mental dan mereka tidak mahu mendapatkan bantuan pakar yang berdaftar serta bertauliah kerana ‘stigma’ yang berkaitan dengan isu mental.

Pengurusan kesihatan mental lelaki memerlukan pendekatan sensitif-jantina yang membantu lelaki untuk berfikiran lebih terbuka.

Selain daripada itu, cabaran terbesar adalah stigma masyarakat berhubung stereotaip negatif kepada individu dengan masalah mental dan dikaitkan dengan ‘gila’.

Stigma itu menjadikan individu berkenaan disisihkan kerana berbeza. Stigma itu juga memberi kesan kepada lelaki untuk mencari bantuan kesihatan mental kerana ketahanan mental yang tinggi berbanding wanita dan imej maskulin.

Lelaki lebih cenderung untuk menyendiri dan tidak berkongsi lalu melepaskan rasa atau kesedihan mereka melalui perkara lain seperti melakukan keganasan, mengambil alkohol, dadah atau membunuh diri.

Tanda-Tanda Masalah Kesihatan Mental Lelaki

Menurut Ahli Daftar Kaunseling Profesional United Kingdom dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Dr Airil Haimi Mohd Adnan, proses sosialisasi membuatkan ramai lelaki tidak menghiraukan kesihatan mental sendiri.

Masalah mental sering kali dikaitkan dengan masalah fizikal atau fisiologi. Sebagai contoh, lelaki yang sedang murung atau dilanda depresi teruk selalunya akan ada masalah jantung berdebar, masalah pencernaan atau migrain yang berlarutan.

“Akhirnya, dengan mengambil ubat pening atau ubat angin, seorang lelaki mungkin berasakan dirinya sudah sihat walaupun hakikatnya kesan fizikal itu adalah petanda awal masalah mental yang lebih serius,” katanya.

Tambahnya, dalam situasi seperti ini, orang lain di sekeliling lelaki itu perlu berwaspada dan bersedia memberi nasihat dan membantu.

“Seorang isteri misalnya, perlu memerhatikan perilaku suaminya terutama apabila suami itu menunjukkan perubahan drastik dalam bentuk percakapan, perangai atau pembawaan tabiat pelik yang tidak pernah ditunjukkan sebelum itu.

“Agak jarang untuk individu yang menghadapi masalah mental teruk menyedari bahawa dirinya sedang ‘berperang’ dengan diri sendiri,” katanya.

Jelasnya, seorang suami yang tiba-tiba mengatakan bahawa badannya tidak bertenaga dan dia memilih untuk melebihkan tidur berbanding dengan beraktiviti boleh menjadi petanda amaran kepada isterinya untuk mencari bantuan pakar mental bertauliah dan berdaftar.

“Satu lagi tabiat yang boleh menjadi amaran awal kepada isteri ialah seorang suami yang tiba-tiba sahaja memilih untuk tidak banyak bercakap dan berdiam sendiri pada setiap masa.

“Isolasi atau suami yang memencilkan diri secara tiba-tiba juga patut menjadi amaran awal kepada seorang isteri,” jelasnya.

Katanya, semua ini tidak bererti kita perlu memikirkan hal yang terburuk apabila perilaku seorang lelaki berubah secara tiba-tiba. Bagaimanapun, dalam konteks rumah tangga, isteri seorang lelaki sudah pasti dapat memainkan peranan positif untuk menjaga kesihatan mental suaminya.

Cara Menjaga Kesihatan Mental

Apa cara lain boleh membantu anda menjaga kesihatan mental? Berikut beberapa langkah boleh anda ambil:

1. Perhatikan emosi anda.  
Sebagai manusia, emosi sebahagian besar daripada diri kita. Ia mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku kita. Cuba elakkan emosi yang tidak menyenangkan menggangu minda dan mempengaruhi kehidupan anda

2. Tetapkan rutin harian. 
Rasa cemas dan atau tidak selesa? Ini perkara biasa, terutama disebabkan pandemik ini membawa begitu banyak perubahan dan cabaran. Namun, ada satu perkara boleh anda lakukan untuk mendapatkan sedikit kawalan di sebalik begitu banyak ketidakpastian – dengan menetapkan rutin biasa!

3. Bersenam!
Bersenam secara teratur memberi manfaat bukan hanya untuk kesihatan fizikal anda tetapi juga kesihatan mental anda. Kajian menunjukkan senaman dapat mengurangkan tekanan, membantu anda pulih daripada kemurungan dan kegelisahan, serta menambah baik tidur anda.

4. Fikirkan lingkaran kawalan anda
Penting untuk akui bahawa ada perkara dalam hidup anda yang dapat anda kawal, dan perkara yang anda tidak dapat. Inilah sebabnya penting untuk melihat kehidupan melalui lensa kedua-dua lingkaran berbeza ini.

Stories Rakan Kongsi
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
The Tale of the Frog Prince comes to Malaysia. Win free tickets here!
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
Did You Know About 5 Additional Recommended Vaccines?
A Quick Look At How Asian Parents Teach About Money
A Quick Look At How Asian Parents Teach About Money

5. Cari perkara yang perlu disyukuri
Bersyukur dapat membahagiakan anda! Syukur adalah tentang menghargai apa yang sudah anda miliki dan bergembira dengannya. Dengan rasa syukur, kita melatih otak untuk fokus melihat perkara positif walaupun dalam situasi tidak menyenangkan. Ini bukan sahaja menjadikan kita lebih bahagia, tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

6. Mula menulis jurnal.
Selain mempunyai jurnal penghargaan, anda sebenarnya boleh menggunakan latihan yang disebut terapi jurnal. Ini dapat membantu menguruskan emosi anda, dan membantu meningkatkan kesihatan mental anda. Gunakan jurnal untuk menulis apa sahaja dan semua yang anda mahukan – dari apa yang anda fikirkan di kepala hingga yang anda rasakan di hati anda!

7. Cuba luahkan diri anda dengan seni dan warna.
Terapi seni dan warna dapat membantu anda menghilangkan tekanan, berkomunikasi, dan mengekspresikan diri. Jenis terapi ini merangkumi melukis, membuat lakaran, mengecat, membuat patung, mewarna dan pelbagai bentuk kreatif yang berbeza.

Facebook

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Amalan Membaca Doa Itu Baik Untuk Rohani Dan Mental. Ini Doa Harian Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

Baca juga : Tingkah Laku Anak Berubah Mungkin Disebabkan Gangguan Mental, Ibu Sila Alert Masalah Ini!

Baca juga : Kesihatan Mental Ketika Hamil: Maksud, Jenis Penyakit Mental & Cara Menjaga Kesihatan Mental

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Masalah Kesihatan Mental Lelaki Gagal Dikesan Kerana Suka Memendam Perasaan
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham