Mencipta hubungan suami istri yang romantis lepas bergaduh
Ada banyak posisi berasmara. Yang penting adalah kreativiti anda sendiri.
Tapi, ramai suami isteri yang mengaku hubungan seks lepas bergaduh adalah antara pengalaman paling best mereka pernah rasai.
Ini kerana selepas bergaduh, emosi yang meluap-luap akan ditukar menjadi ghairah seks. Sebab itu, hubungan seks lepas bergaduh akan jadi lebih intense dan bermakna.
Jadi, bagaimana nak mencipta hubungan suami istri yang romantis lepas bergaduh? Cuba buat 5 posisi seks ini.
5 posisi seks untuk hubungan suami istri yang romantis lepas bergaduh
1. Pelukan yang membawa kembali kemesraan
Untuk mencuba posisi ini, kalian berdua harus baring sebelah-menyebelah sambil berhadapan. Naikkan satu kaki anda ke pinggul suami.
Biarkan suami melakukan penetrasi sementara anda memeluk suami yang tengah bergerak. Nikmati keindahan posisi ini.
2. Minta maaf melalui rangsangan oral
Siapa yang akan menolak permintaan maaf jika ia datang dalam bentuk seks oral, kan? 😛
Bila suami benar-benar menyesal dan ingin meminta maaf, apa kata anda suruhnya memberi kepuasan seksual melalui rangsangan oral.
Jangan lupa untuk beritahu mereka apa yang anda suka dan tak suka!
3. Bercinta di dinding
Salah satu cara mencipta hubungan suami istri yang romantis lepas bergaduh adalah dengan mencuba posisi seks ini.
Lepas bergaduh, puncak ghairah yang meluap-luap itu makin menjadi! Jadi, anda dan pasangan perlu segera melepaskannya.
Dengan gaya ini, kalian boleh saja “menggunakan” dinding yang paling hampir.
Pasti anda akan terkenang dinding itu kelak. Cara nak buatnya mudah saja. Alihkan berat punggung anda ke dinding.
Naikkan satu kaki ke kerusi atau perabot lain. Biar suami melakukan penetrasi dari hadapan sementara anda menciumnya.
Anda juga boleh merangkul suami dengan memeluk pinggangnya melalui kaki.
4. Isteri mendominasi permainan
Hubungan suami istri yang romantis lepas bertengkar boleh dicapai jika anda berani mencuba aksi hebat ini.
Biar suami berada di posisi bawah sementara anda mendominasikan aksi di ranjang. Sekarang kita tengok siapa yang menakluk siapa!
5. Isteri dipangku dan dipeluk erat
Satu lagi posisi untuk mencipta hubungan suami istri yang romantis lepas bergaduh ialah dengan mencuba gaya berikut.
Anda pasti akan rasa lebih dekat dengan pasangan. Caranya mudah saja! Minta suami duduk bersila dan anda duduk di atas pangkuannya.
Posisi seks dari Kamasutra ini akan membuatkan kalian saling “melekat” dan memandang mata masing-masing dengan penuh rasa cinta.
Pasti hubungan suami istri yang romantis akan terjalin selepas ini!
Jangan lupa praktis 5 posisi ini untuk mencapai hubungan yang romantik walaupun selepas bergaduh.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
Tip Berasmara Diam-Diam Selepas Anak Anda Tidur, Syhhhh! Baca Ini Untuk Kembalikan Cinta Anda