"Saya ada hubungan sulit dengan bos saya. Adakah hubungan ini berbaloi?"

Ikuti luahan 4 orang wanita ini yang memiliki hubungan sulit dengan bos sendiri. Mengapa hubungan sulit ini boleh terjadi? Apa berlaku seterusnya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mempunyai hubungan sulit dengan bos sendiri seakan satu idea yang buruk, kan? Lebih-lebih lagi jika anda sudah berkahwin!

Memang hubungan sulit dengan bos anda itu mungkin boleh berjaya, takkan “terkantoi” atau kalian boleh berkahwin. Tapi, kalau ia tak berjaya macam mana?

Rumah tangga anda mungkin boleh musnah. Kerja anda pun boleh terancam!

“Saya ada hubungan sulit dengan bos saya. Adakah ia berbaloi?”

Untuk memahami mengapa hubungan sulit dengan bos boleh terjadi, theAsianparent telah mengumpul 4 wanita bagi memahami situasi mereka.

Mari ikuti perkongsian 4 wanita ini untuk mengetahui bagaimana rasanya ada hubungan sulit dengan bos sendiri dan apa yang boleh terjadi selepas itu…

1. “Errr…. sekarang nak buat macam mana?”

N, 29 tahun bekerja di Kuala Lumpur manakala suaminya pula di Ipoh. Oleh sebab mereka berjauhan, N akan menghabiskan waktu selepas pejabat dengan rakan pejabatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kadang-kadang, kami akan pergi karaoke atau pergi makan di mana-mana restoran. Satu hari, sama seperti hari-hari lain selepas habis kerja, saya keluar bersama rakan-rakan sekerja dan bos.

Malam itu ketika ingin pulang, bos pelawa untuk hantar saya sebab kami duduk di kawasan yang sama. Entah bagaimana, kami terlanjur malam itu. 

Lagipun sebelum ini bos saya itu memang ada nampak macam suka pada saya. Selepas malam tersebut, saya ada hubungan sulit dengan bos sendiri dalam diam. Apa nak buat sekarang? Patutkah saya tinggalkan dia? Saya pun tak pasti dengan hubungan ini.”

2. “Rupa-rupanya, saya cuma salah satu wanita simpanannya!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya seorang pembantu pengurus dan saya mempunyai hubungan sulit dengan bos saya sendiri. Ya, saya mengaku saya rasa agak bersalah kerana saya sudah berkahwin. 

Tapi hubungan ini menggembirakan. Dia seorang lelaki yang hebat, sama ada dalam kerjaya atau di luar ketika melayan saya. Tapi satu hari dia “terkantoi” dengan saya!

Rupa-rupanya, saya cuma salah satu wanita simpanan dia! Dia ada lagi wanita simpanan lain. Saya betul-betul kecewa ketika itu. Saya hampir-hampir bercerai dengan suami kerana dia! Sekarang kerjaya saya rosak, keyakinan saya rosak dan saya ketakutan. 

Kenapa saya sangat bodoh hingga boleh ada hubungan sulit dengan bos sendiri??!!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. “Siapa kata hubungan sulit dengan bos sendiri tidak boleh berjaya?”

Kredit: vix.com

“Selepas saya masuk bekerja di syarikat baru ini, saya perasan yang saya ada sedikit crush pada pengurus saya sendiri. Dia masih bujang juga!

Dalam masa yang sama, hubungan saya dan suami semakin berentakan kerana masalah keluarga mertua. Saya yang tertekan lama-lama mula tawar hati. Mulanya saya ingat crush dengan pengurus saya itu hanya perasaan biasa saja.

Tapi tiba-tiba, dia mula menunjukkan minat pada saya pula! Satu tahun kemudian, kami jadi pasangan senyap-senyap. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun sorok-sorok mempunyai hubungan sulit, saya nekad untuk meminta cerai dari suami. Selepas kami berpisah, saya berhenti kerja. 

Saya dan pengurus saya itu kemudiannya berniat untuk memulakan perniagaan baru. Dia juga telah melamar saya! Kini, ulang tahun perkahwinan kami memasuki tahun ke-3. 

Siapa kata hubungan sulit dengan bos sendiri itu tak boleh berjaya?”

4. Penyesalan yang tiada kesudahan

“Saya baru saja mempunyai hubungan sulit dengan bos kepada bos saya. Dia tua 30 tahun dari saya, tapi dia masih handsome. Kami hanya akan jumpa di pejabat untuk “mesyuarat”. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia memanjakan saya, lebih daripada suami saya sendiri. Saya memang tengah kecewa dan tawar hati dengan pasangan. Nasib baiklah bos saya ini menjadi peneman. 

Lagipun, saya mungkin sebenarnya mahukan lelaki yang bercita-cita tinggi dan boleh diharap. Suami saya kerja biasa saja…

Tapi lama-lama saya fikir apa yang saya buat ini salah. Lagi satu, saya rasa bos saya itu hanya mahu mengambil kesempatan. Entah-entah, pada semua pekerja wanita dia buat begitu!

Akhirnya, saya memutuskan hubungan sulit itu. Kini, saya masih menyesal.”

Hubungan sulit dengan bos sendiri, pelbagai pengalaman ada!

Wah, nampaknya keempat-empat wanita menyampaikan pengalaman mereka yang sungguh berbeza-beza. Apa pendapat anda tentang isu hubungan sulit dengan bos ini?

 

 

 

 

 

Kredit gambar: India Today

Artkel disumbang dari theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Selain Seks, Ada 3 Jenis Kecurangan Lain Yang Selalu Dibuat Pasangan

Penulis

Ayu Idris