Selalunya bila raya haji, ramai yang dapat daging korban. Tetapi, apa pula yang perlu dibuat dengan lebihan tulang korban? Adakah ia boleh dibuang atau wajib ditanam, ini hukum buang tulang daging kurban dalam Islam yang semua orang perlu tahu.
Isi Kandungan
Hukum Buang Tulang Daging Kurban Yang Tidak Boleh Dimakan
Menurut Ustaz Azhar Idrus, sekiranya tidak mendatangkan mudarat orang lain dan tidak menyebabkan bau busuk maka hukum buang tulang daging kurban adalah harus.
Walau bagaimanapun, jika tulang daging kurban tersebut dibuang ke dalam tong sampah sehingga menyebabkan bau busuk dan menarik lalat yang mendatangkan penyakit maka disunatkan tanam.
Namun, jika tidak ditanam tetapi dibuang sahaja tidak mengapa kerana bukannya tulang manusia.
Sunat Tanam Apa Yang Keluar Daripada Anggota Tubuh Badan
Jelas Ustaz Azhar Idrus lagi, segala apa yang keluar daripada anggota tubuh badan seperti rambut, kuku dan darah sunat ditanam kerana perbuatan ini memuliakan anggota badan.
Sepertimana Rasulullah SAW bersabda:
الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
Maksudnya: Fitrah itu ada lima atau lima perkara yang menjadi fitrah adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai. – Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Berkata Imam Nawawi:
“Sunat menanam dan menimbus rambut serta kuku yang dipotong di dalam tanah, sebagaimana diriwayatkan bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh Ibn Umar dan disepakati oleh para ulama mazhab kami.” Kitab Al-Majmu’
Berbalik semula kepada hukum membuang tulang daging kurban adalah dibolehkan dan tidak wajib ditanam.
Malah tidak ada petunjuk dari Rasulullah SAW yang membahaskan bahawa tulang-tulang dan lebihan daging korban atau akikah mesti ditanam. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, Jangan Cuci Dulu Sebelum Simpan Agar Tahan Lama & Kekal Segar
Baca juga: Cara Pembahagian Daging Korban Dalam Islam, Apakah Hukum Jika Simpan Lebih 3 Hari?
Baca juga: Hukum Makan Daging Kurban Sendiri Menurut Ustaz Azhar Idrus, Ini Penjelasannya